Skip to content

Program OPKIM ’08 Berjalan Lancar

December 4, 2008

logo BERSATU PERAK www.bersatuperak.blogspot.com

Salam Mujahid,

Program OPKIM ’08 anjuran Gabungan Mahasiwa Bersatu Perak (BERSATU PERAK), baru sahaja berakhir semalam. Program yang dijalankan di Kampung Telaga Nanas meninggalkan nostalgia indah buat para peserta yang rata-ratanya merupakan anak kelahiran Perak sendiri. Walaupun anak negeri perak, tetapi hampir semua peserta tidak pernah lagi datang menziarahi kampung ini yang terletak di kawasan yang agak pedalaman. Kedudukannya yang sejauh lebih kurang 7 KM daripada jalan utama menuju ke Trong-Lumut, menyebabkan perkampungan tersebut agak terpinggir dari sudut kemudahan harian seperti pengangkutan.

Selama 5 hari bermula sejak 28 November lalu, para peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan universiti mula sampai di Kampung Telaga Nanas sekitar jam 8.30 malam. Keesokan paginya, kami di agihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Rata-ratanya, para penduduk kampung merupakan nelayan secara kecil-kecilan. Kehidupan mereka amat sederhana.

Pengalaman Bersama Keluarga Angkat

Keluarga pak cik Azmi Khan merupakan keluarga angkat saya. Bersama dengan Akhi Arifin, kami tinggal bersama keluarga pak cik Azmi selama 5 hari program ini berlangsung. Pak cik Azmi merupakan seorang nelayan. Hari kedua, saya berkesempatan untuk turun ke laut bersama dengan pak cik Azmi, abang Khairil(anak sulungnya) dan Along(anak saudaranya). Kami ke laut sekitar jam 12.00 tengah malam. Berdebar pun ada, seronok pun ada. Ini pertama kali saya ikut nelayan untuk memukat. Sebenarnya, malam itu pak cik agak terlambat. Selalunya, pak cik akan ke laut sekitar jam 11.00 malam kerana air masih surut. Dan akan pulang dengan hasil laut sekitar jam 3-4 pagi. Aktiviti melempar pukat tidak boleh dilakukan pada waktu air surut sangat atau ketika air pasang kerana ia boleh menyebabkan ikan tidak sangkut pada pukat.

Aktiviti memukat tersebut dilakukan sebanyak 2kali sahaja pada malam itu(selalunya 3-4 kali). Pukat yang sepanjang 250 depa(tidak tahulah berapa meter.. Boleh kira sendiri) mengambil masa lebih kurang 7 minit untuk dilepaskan sedikit demi sedikit. Selepas itu, aktiviti ‘menghalau ikan’ dilakukan dengan ‘menyebat’ permukaan laut menggunakan sebatang kayu yang panjang. Tujuannya ialah untuk menghalau ikan menuju ke arah pukat. Tugas melepaskan pukat dan menarik pukat ke atas dilakukan oleh abang Khairil dan Along. Manakala pak cik Azmi pula mendayung sampan. Enjin Yamaha 30 ada, tapi tidak digunakan ketika aktiviti memukat dilakukan.

“Bimbang ikan lari,” kata pak cik Azmi Khan.

Saya dapat lihat kesungguhan mereka mencari nafkah untuk keluarga. Pak cik Azmi mempunyai 8 orang tanggungan termasuk anaknya seramai 7 orang dan isterinya.

Menurut pak cik Azmi, sejak akhir-akhir ini hasil tangkapan mereka semakin sedikit kerana laut tercemar. Ini dikatakan berpunca daripada kilang-kilang berdekatan. Pada masa yang sama, sumber ekonomi mereka yang utama hanyalah dengan melakukan aktiviti sebagai nelayan. Kebanyakan mereka penduduk kampung tidak mempunyai tanah yang banyak untuk diusahakan. Anak-anak muda pula sudah ramai meninggalkan kampung Telaga Nanas untuk mencari nafkah hidup di sekitar pekan Ayer TAwar, Manjung dan Lumut. Kampung semakin sunyi. Masjid semakin kosong. Bahkan, solat Jumaat ada kalanya amat lewat didirikan kerana menunggu kehadiran jemaah untuk dicukupkan seramai 40 orang.

Kuliah Subuh, Asar & Maghrib

Kuliah subuh, asar dan maghrib diberikan silih berganti oleh mahasiswa-mahasiswa yang terlibat, baik peserta atau para ad-hoc(ajk program). Peringatan dan nasihat diberikan secara terus-menerus pada waktu pagi, petang dan malam. Para ustaz yang  bertauliah seperti Ustaz Syed Shariman(Ketua Pemuda Lumut) dijemput untuk memberi kefahaman tentang usaha pembentukan masyarakat muslim. Selain daripada kuliah-kuliah tersebut, diskusi intelektual turut diadakan dalam program OPKIM kali ini. Tajuknya sekitar kebajikan dan ekonomi penduduk kampung. Saya diberi peluang untuk bergandingan dengan Akhi Shahir selaku Exco penerangan BERSATU PERAK merangkap Jurucakap Pro-Mahasiswa Universiti Malaya. untuk menjadi ahli panel pada pagi itu dan dipengerusikan oleh Akhi Hafez Sabri sendiri selaku Presiden BERSATU PERAK. Alhamdulillah, program diskusi tersebut berjalan lancar selama hampir 2 jam lebih. Ia diserikan lagi dengan diskusi dua hala  bersama masyarakat dan para peserta program selepas sesi pembentangan oleh ahli-ahli panel. Segala permasalahan yang diajukan oleh penduduk kampung dan para peserta anak angkat di catat dan diambil berat untuk disalurkan kepada kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat. Ini antara tujuan utama program OPKIM 08 ini dianjurkan. Iaitu sebagai platform untuk mahasiswa menyelami permasalahan masyarakat kampung yang dialami oleh mereka, seterusnya diserahkan maklumat permasalahan tersebut untuk diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berwajib.

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan tetapi kerana keterbatasan saya untuk menulis pada petang ini, cukuplah kiranya saya berkongsi serba sedikit secara ringkas aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan, seperti gotong-royong sekitar kampung dan projek mengutip dan memproses siput Belatong untuk kenduri. Turut di adakan program motivasi untuk para belia kampung dan kanak-kanak serta ziarah dari rumah ke rumah bagi setiap penduduk kampung untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama peserta dan penduduk kampung.

Peranan BERSATU PERAK Dan Mahasiswa

Program seumpama ini akan terus dilakukan oleh BERSATU PERAK sewaktu cuti semester dan diperingkat pimpinan BERSATU PERAK, mereka telah mendapat banyak jemputan untuk menjalankan program OPKIM ini di kampung-kampung sekitar negeri Perak. Tinggal lagi ia memerlukan komitmen sahabat-sahabat yang pulang ke kampung masing-masing sewaktu cuti semester untuk turut serta sebagai peserta  dan pelaksana program.

Semoga BERSATU PERAK dan mahasiswa seluruhnya dapat terus menjadi medium suara masyarakat atau jambatan antara masyarakat dan kerajaan yang berkesan. Yang lebih penting ialah, mahasiswa dsebagai da’ie yang bertanggungjawab untuk merubah pemikiran masyarakat agar kembali kepada Islam yang menjanjikan kedamaian dan ketenangan.

P/S: Rindu pada keluarga angkat di sana. Rindu hendak turun laut lagi…

Aliff Bin BAsri @ https://hadifulwan.wordpress.com

Lumut, Perak

11 Comments leave one →
  1. December 5, 2008 1:09 pm

    pengalaman yg menarik…nanti kongsi lagi eh

    [ai, bilelah dapat gi kampung nelayan 8->]

  2. hasanah272 permalink
    December 6, 2008 6:04 pm

    Wah..aktiviti yg menarik! Hmm.. I wish we have similar activities like that at my place..tapi negara kite ni kecik sgt hehe.. Syukran 4 sharing!😀

  3. kakak permalink
    December 6, 2008 7:36 pm

    x dak pa nk komen..cuma nk kongsi 1 artikal ni..

    lmu-ilmu tersirat, ilmu-ilmu seni itulah ilmu tasawuf, itulah ilmu rohani. Banyak dosa-dosa batin yang kita buat tak tahu. Lebih-lebih lagi sembahyang banyak, ibadah banyak, wirid zikir banyak, kerja-kerja umrah/haji dah banyak tetapi dah takut dengan Tuhan, sebab ditutup oleh kebaikan lahir tadi. Itu satu kejahatan paling besar. Sebab ianya telah mencabut rasa kehambaan. Rasa kehambaan itulah yang Tuhan nak. Bila dicabut rasa kehambaan dia tak nampak dosa besar. Bila rasa kehambaan tercabut datanglah rasa ketuanan, dah besar, bila dibiarkan dia akan datang rasa keTuhanan. Musnah dia punya akidah, tak bahaya ke ?

    ni cuma sebahagian…nk bc penuh bk ni..
    http://kawansejati.ee.itb.ac.id/dosa-dosa-besar-yang-tidak-disedari

  4. kakak permalink
    December 6, 2008 9:41 pm

    mgkin sdr aliff pernah bc artikel seumpama ini..’kakak’ cuma nk kongsi sbb ia sgt memberi
    kesan dlm jiwa….nk ltk dlm blog,x dak blog..so gn blog orang lain..he

  5. December 13, 2008 5:38 pm

    Buat Hasanah, buatlah program macam ni kat Brunei.. 🙂

    Buat Kakak, Syukran atas perkongsian tersebut…
    Bila kakak nak buat blog?😉

  6. kakak permalink
    December 17, 2008 5:55 am

    insyaAllah akan bt blog.tgh cari idea…bt blog mgkin senang tp nk maintain kualiti isi dlm blog susah..so kena pelan2..mcm pepatah melayu ‘biar lambat asal selamat’ tapi kalau nk guna pepatah ni pun ble…’takpa laju asal cermat’ mcm memandu..dlm hadis pun ada sebut …’Perlahan – lahan itu daripada agama manakala gelojoh itu daripada syaitan.’ tp tidaklah sampai tggu sempurna baru nk bt..sampai bila2 pun x dpt bt..

  7. kakak permalink
    December 17, 2008 8:54 am

    terkesan dlm hati kata2 seorang sahabat ni..buah fikiran atau pendapat yg lahir dr ucapan adalah gambaran pemahaman kita tentang Al quran..TERASA betul…x pa la semua pun dlm proses belajar…baguih jg ada terasa2 ni..ada la semangat nk belajar..

  8. hakita permalink
    December 27, 2008 4:32 pm

    slaam..
    saya balik 8/1/2009
    flight kul 7.30 pagi..huuh
    balik sana nanti saya tanya pasal bersatu perak tu yee..jelass skit…huhuhu

  9. December 30, 2008 9:00 am

    Buat kakak, Moga dibri kekuatan untuk menyumbang melalui blog… Syukran atas ziarah enti ya…🙂

    Buat hakita… Boleh..Insyaallah..kita jumpa nanti ya…🙂

  10. nurkasih permalink
    November 18, 2009 9:10 pm

    salam..
    saya berminat dgn artikel yg saudara paparkan brkenaan dgn prog yg dijlnkn di kg telaga nanas.kami student Upsi tgh merancang utk membuat prog di tmpt trsebut pada 18/12/09 nanti.oleh itu, kami mohon kerjasama saudara utk mndptkn mklmt brkaitan kwsn itu.ape2 mklmt yang saudara ada bolehla email kpd saya…kerjasama saudara amat dhargai.terima kasih

  11. Aliff Bin Basri permalink*
    November 19, 2009 4:09 pm

    Salam..

    M, maklumat apa yang saudari ingin kan ya?
    InsyaAllah, setakat yang ana boleh bantu,ana bantu..
    🙂

    aliff.attasian@gmail.com

    Ini email ana..
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: