Skip to content

Makna Cuti Yang Baru Dua Hari

November 28, 2008

damai20beach1

Salam Mujahid,

Hari ini adalah hari ke dua saya berada di rumah. Ketiadaan internet di rumah menjadikan sedikit sukar buat saya untuk melihat blog yang sudah agak lama(bagi saya) tidak diziarah. Selalunya jika dikampus, hampir setiap hari, akan ada peruntukan masa untuk menjenguk blog.

Kereta papa sedang diservis, memberikan peluang kepada saya untuk berbakti pada dia. Selama 2 hari ini, berkesempatan untuk saya hantar dia ke pejabat. Terasa nikmat dengan berbakti pada kedua ibu bapa setelah lama tidak pulang ke kampung. Hati rasa tenang dan sangat senang untuk berbakti pada mereka.

Petang ini, saya akan ke Kampung Pasir Panjang, Lumut, untuk mengikuti program ke masyarakatan (OPKIM) anjuran BERSATU PERAK. Hampir 5 hari kami akan berada di tapak program bersama keluarga angkat masing-masing. Doakan program kami berjalan lancar. Program-program sebegini sebaiknya digunakan sebagai peluang merapatkan diri dengan masyarakat sekitar untuk emngetahui keperluan mereka dan bertindak sebagai suara ummah.

Sebarang perkongsian, insyaallah, akan saya kongsikan bersama.

P/S: Biar masa sedikit dengan keluarga, tetapi berkualiti dan bermakna dalam kehidupan mereka.

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

Lumut, Perak

7 Comments leave one →
  1. Qurratu'ain permalink
    November 30, 2008 5:45 pm

    Salam perantau.. Sedih terasa di hati pabila tidak dapat memberikan khidmat dan sokongan terhadap program di tanah air sendiri.. Apapun,semoga nta dan sahabat yg lain mendapat keredhaan ALLAH dan sudi berkongsi pengalaman.

  2. munirah_umkl permalink
    November 30, 2008 11:30 pm

    salam, akhi..
    selamat bercuti..semoga berbahagia bersama keluarga..:-)

  3. December 1, 2008 12:54 am

    Assalamu’alaikum…SALAM ZIARAH… Alhamdululillah ya sahabat…dh smpai Kg..mmg nikmat. berbakti pada ibubapa…bt perkongsian bersama2 shbt…rujuk surah Al-Ahqaf:15…sm2 bt pedoman. nanti share ya input2 program…take care adik2 di sana ya…syukran. InsyaALLAH 1st DEC,Isnin kmi mula Praktikal di LABUAN..DOAkn kmi..emm..baru terasa erti berdikari.. SALAM PERJUANGAN

  4. December 4, 2008 2:33 am

    salam,

    selamat bercuti.Anta belum menjawab soalan ana dulu.

    sila masuk link kwn ya

    Aliff balas:
    Salam, terima kasih… Soalan mana ya?🙂

  5. Aliff Bin Basri permalink*
    December 4, 2008 3:03 pm

    Buat Qurratu’ain, tidak mengapa.. walau di mana pun kita berada, perjuangan mesti diteruskan. Allah menjadikan kita masing-masing ada peranan yang perlu dilaksanakan. Sudah pulang nanti, jangan lupa berkhidmat k..semoga berjaya..🙂

    Buat munirah, syukran ya ukhti… moga enti juga begitu..🙂

    Buat Mujahidah, Semoga dapat menimba pengalaman di alam pekerjaan. Ana belum tempuh lagi.. Dpoakan ana ya…

  6. hakita permalink
    December 16, 2008 12:16 pm

    salam..memg seronokadadkg..bersamakeluarga..namun ketiadaan xtvt juga..membosankan..
    heeh…baykklaif masukkprogrm..macambest tu..nantiklu ader ajak2la..huhuh

  7. December 16, 2008 12:20 pm

    Salam kembali, Hakita…
    Iya..kena lah rancang program bila balik kampung..
    Moga kita jadi bermanfaat walau kat mana kita berada..(ni muhasabah diri ana sendiri ni)

    Terima kasih atas ziarah…
    Datang lagi..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: