Skip to content

Bai’ah 10 Tahun Atau Pulang Semenanjung?

November 24, 2008

kyAbg Salman(kopiah ungu) dan Abg KY(baju merah)

Kehadiran sahabat-sahabat penggerak jihad dari Kota Kinabalu beberapa hari lepas sangat memberi kesan pada saya. Berjaya membuatkan saya tidak tidur lena. Suntikan berdos tinggi jenis ‘Anti-Futur’ membuatkan saya semakin menginsafi diri. Apa tujuan saya di hantar di Sabah ini sebenarnya? Persoalan ini yang bermain di fikiran saya. Semakin menghantui diri.

Dengan keadaan Labuan yang ketandusan penggerak Islam. Begitu juga seluruh negeri Sabah yang ketika ini sedang berlaku proses percambahan para da’ie yang ikhlas menginfakkan diri pada jalan Allah, membuatkan saya berfikir panjang dalam hal ini. Sahabat-sahabat seperjuangan yang berasal dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh semenanjung Malaysia sanggup meninggalkan rumah mereka di seberang laut untuk sama-sama berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia Sabah ini. Mereka ini adalah anak-anak muda yang baru sahaja bergraduasi sejak beberapa tahun lepas. Kalau ikutkan hati, boleh sahaja mereka bersama kepakaran mereka masing-masing untuk pulang ke semenanjung dan bergerak di sana, meneruskan kehidupan di sana dalam keadaan aman damai, tanpa susah payah merantau seperti sekarang. Juga meneruskan impian peribadi masing-masing.

Tetapi disebabkan kefahaman dan semangat jihad yang mereka miliki untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, mereka sanggup tinggalkan impian hidup yang asal. Mereka sanggup tinggal berjauhan daripada keluarga mereka sendiri. Semuanya untuk Islam yang dicintai.

abg-lanDari kiri: Abg. Fairus dan Abg. Lan(Mujahid Macho)

Kehadiran Abang KY, Abang Salman(Naqib tersayang), Abang Roslan dan Abang Firdaus tempoh hari amat saya hargai. Pengorbanan kalian mampu menjadi perangsang dan pendorong untuk kami anak-anak muda Labuan berfikir dua kali sama ada mahu pulang ke semenanjung semula atau tinggal di bumi Borneo ini dalam suatu tempoh atau selama-lamanya. Ada di antara mereka dan sahabat-sahabat yang lain yang berbai’ah(berjanji) untuk tinggal 10 tahun di bumi Sabah bagi memperjuangkan Islam. Subhanallah…. Satu permulaan untuk pengorbanan yang besar. Itu belum lagi masuk pengisian bagi permulaan pengorbanan tersebut.

Pada saya, mereka ini contoh buat diri saya dalam menilai di mana dan setakat mana sebenarnya tahap pengorbanan saya dalam Islam. Amat jauh. Teramat jauh.

Labuan memerlukan penggerak untuk memacu Islam sebagai cara hidup masyarakat. Perak pula, sebagai sebuah negeri yang baru diberi mandat untuk memerintah menurut lunas-lunas Islam yang menekankan aspek keadilan dan kebenaran, memerlukan tenaga-tenaga kerja untuk mengisi kemenangan yang ada. Kemenangan yang menjadi kunci untuk Islam terus subur di bumi Perak. Banyak perkara yang timbul difikiran untuk membuat keputusan sama ada akan menetap di bumi Borneo ini atau pulang untukΒ  berjuang di Semenanjung.

Ya Allah… Bantulah hambamu untuk membuat keputusan……. Walau di mana aku berada, Engkau istiqamahkanlah hatiku dan sahabat-sahabat seperjuanganku untuk terus berada di atas jalan Mu ini, di atas jalan dakwah yang suci ini….

Buat anak-anak Borneo yang mendapat kefahaman Islam, jangan lupa pulang semula ke bumi Borneo(Sabah dan Sarawak) selepas habis belajar untuk membantu sahabat seperjuangan di sini. Buat penggerak-penggerak Islam di semenanjung, di alu-alukan kehadiran anda untuk sama-sama menyumbang dalam perjuangan Islam di bumi Borneo.

P/S: Terima kasih abang-abang yang sudi hadir ke Labuan. Datang lagi ya. Penggerak di Bumi LAbuan memerlukan para murobbitun untuk terus memberikan suntikan ‘Anti-Futur’ dan suntikan jenis ‘Terus Istiqamah’. Adakah saya salah seorang yang akan bersama sahabat-sahabat di Borneo satu hari nanti? Tiada siapa yang tahu, tapi InsyaAllah.. Anda pula bagaimana? Keputusan ada pada diri kita sendiri. Mohon petunjuk Allah…

“TIADA PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN”


Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan

15 Comments leave one →
  1. qatrunnada permalink
    November 24, 2008 2:02 am

    assalamualaikum…

    bagus jka jentera penggerak Islam lbh rmi d borneo…
    d snilh medan sbnrnye…
    lambakan da’ie d smnnjung kalo dbawa menggegar borneo, pasti tanah ini lbh cpt hilang ketandusannya…

    mohon tnjuk ajr…ya akhi…

    bersama mendaulatkn Islam…!

    wallahualam…

  2. November 24, 2008 2:15 am

    Waalaikummus salam ustazah Qatrun..

    Harapnya begitulah.. enti kena tinggal sabah la ye…hehe..
    πŸ™‚

    ana mohon tunjuk ajar enti juga sebenarnya..

  3. November 24, 2008 2:41 pm

    salam ziarah, terharu pengorbanan saudara.

  4. November 24, 2008 2:50 pm

    Salam ziarah kembaliπŸ™‚

    Alhamdulillah.. Keputusan yg sgt bagus. Sabah memang sepatutnya diberi perhatian yg lebih.. Semoga Islam tersebar luas lagi dgn usaha-usaha kalian. γŒγ‚“γ°γ£γ¦οΌ Do your best!

    Borneo is a wonderful place to live in.. It may not be the same as your home, but if u treat people the same way as u treat your family, it would feel like homeπŸ™‚ Insya-Allah..

    ~What goes around, comes around~

  5. November 24, 2008 8:01 pm

    Buat AIDC, ana tak korban apa-apa lagi… Itu semua sahabat-sahabat ana..bukan ana…ana kagum dengan mereka.. Jadi perangsang buat ana.. SYukran atas ziarah ya..πŸ™‚

    Buat Hasanah, Amin..moga Islam terus tersebar luas di bumi Borneo…
    Betul tu…orang Labuan amat peramah…kadang-kadang malu dengan depa… Mudah menerima tetamu luar.. Really appriciate them!

    Hasanah bila nak mai Labuan.. Tak jauh pun dari Brunei..πŸ™‚

  6. November 25, 2008 6:28 am

    Hehe.. A’ah..sy mmg teringin nak pegi Labuan.. I’ll definitely go there if I’ve time..and companion. Insya-AllahπŸ™‚

  7. November 25, 2008 11:37 am

    Tahniah dan salam perjuangan buat mujahideen yg sedia menginfaqkan diri dlm perjuangan agamaNya!

    Aliff balas:
    Moga mereka dan kita istiqamah dalam perjuangan Islam..
    Syukran atas respon…πŸ™‚

  8. November 25, 2008 4:31 pm

    salam. semacam kenal dengan salah seorang di dalam gambar di atas, senior ana..ustaz saifuddin

    ana ramai senior yg posting mengajar ke labuan, juga di sekitar sabah dan sarawak

    kagum dgn spritual dakwah yg mereka miliki…

    Aliff balas:
    Ya? Bah, datanglah sabah…berjumpa dengan sahabat-sahabat di sini..πŸ™‚

  9. November 26, 2008 7:43 pm

    masyaAllah…ana bile diminta nak stay di arau pun rasa mcm berat hati je….kalau labuan lagi la kot..rase segan lak ngan diorang…kagum juga dengan semangat diorang…ni barulah dikira tadhiyah :”>

    Aliff balas:
    Hehe…agaknya nti kena stay arau kot…
    πŸ˜‰

  10. norazaiman permalink
    November 27, 2008 4:11 pm

    assalamualaikum……apa khabr aliff….alhamdullilah akak berpeluang juga tinggal pesanan@komen disini. mulanya rasa segan dan malu nak tinggal komen disini..yerla bila baca nukilan2 alif dan komen dari teman2 alif, akak rasa diri nie terlalu jahil dan kerdil. Apapun…akak bangga kerana dlam kemelut umat islam berdepan dengan kemelut akidah dan akhlak masih ada pemuda-pemudi islam yang terus bersemangat untuk merungkai kemelut ini..

    Aliff balas:
    Waalaikummussalam…ALhamdulillah,sihat..aliff baru sampai Lumut. Dah lama tak tengok blog..maaf lambat balas kak..hehe..Jangan rasa begitu, akak lebih berpengalaman dari Aliff…Terima kasih,kak..

    akak tidak sehebat alif dan teman2mu dik. tapi ketahuila dik untuk anda memperjuangkan islam dibumi borneo amat disanjungi tapi alif dan teman2 juga perlu sedar yang sebenarnya memperjuangkan islam tidak hanya dibumi borneo. kalau alif dan teman2 alif renungkan kehidupan dikampung halaman….adakah islam telah terbela? adik2 tepuk dada tanya iman……

    Aliff balas:
    Akak lebih hebat dari saya..πŸ™‚
    Betul, tidak hanya di Borneo..Di mana-mana sahaja kita boleh perjuangkan ISlam selagi mana nyawa ada di badan…Aliff bagi perumpamaan di Borneo kerana Aliff tau keadaan dan perluan di sana,kak. Tidak dinafikan keperluan di kampung halaman. Tetapi kalau akak berada di Borneo, akak akan tahu di mana keutamaannya berbanding di kampung halaman..πŸ™‚

    alif dan teman2 pernah dgr x cerita mengenai seorg pemuda dizaman nabi(kalau salah tlg perbetulkan)dia hendak ikut pergi berperang kerana idamkan syahid tapi dilarang Rasullallah kerana dia punya ayah ibu yg telah tua yg perlukan perhatian dan jagaannya. Alif dan teman2 alif renungkan.

    Aliff balas:
    Pernah, kak.. Kisah itu turut dalam pertimbangan kami. Petunjuk dan sokongan dari ibu bapa amat diperlukan, tidak kisah untuk berjuang di mana-mana sekali pun. Walau di rumah.. πŸ™‚

    apapun tidak salah alif dan teman2 alif punya niat begitu iaitu ingin perjuangkan islam dibumi borneo..tapi ingat anda semua punya t/jawab pada keluarga…terutama mak ayah dan adik2. jika mak ayah merestui dan meredhai maka teruskan niat anda utk terus perjuankan islam dibumi borneo jika tidak ertinya adik2 semua sedang berdepan dgn ujian allah utk memperbetulkan akidah dan akhlak saudara islam kita yg telah lama bergelar islam

    Aliff balas:
    Sahabat-sahabat Aliff yang berada di Borneo itu semua mendapat restu ibu dan ayah mereka, kak. Jika tidak, mereka tidak berada di Borneo. Tanggungjawab sebagai anak tidak pernah dikesampingkan, insyaallah.. Jika kesampingkan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu, bapa dan keluarga, itu bukan seorang Islam yang benar-benar mukmin! Dan itu bukan sifat para pejuang ISlam yang sebenar… Doakan Aliff sentiasa dapat berbakti dengan keluarga aliff ya, kak..πŸ™‚

    maaf andai ada tulisan akak yg menguris perasaan alif dan teman2 alif.

    Aliff balas:
    Eh, tak lah, kak. Aliff sedia terima teguran dari akak dan sahabat-sahabat lain. Terima kasih atas sokongan akak. Aliff bimbang ada pihak salah faham dengan mereka. Jika akak nak tahu lebih lanjut, akak datang Sabah k! bOleh jalan-jalan kat sana…πŸ˜‰

    moga allah merahmati anda semua

    Aliff Balas:
    AMINNN…πŸ™‚

  11. November 29, 2008 11:07 am

    stay arau ye…kene pk berjuta2 kali duluπŸ˜›

  12. qatrunnada permalink
    November 30, 2008 9:46 pm

    InsyaAllah…

    kalo ikutkn hati, pertama kali smpi sni ana terfikir perlu utk ana lakukan ssuatu… d labuan…

    perancangan ana mmg sudh diatur, perancangan Allah itulah yg terbaik!

    Wallahu’alam…
    dan Allah lbh mengetahui…

    Doakn ana istiqamah djln ini… dn mnjd lbh baik dr smlm…

    tegur ana skiranya slh…

    bersama mendaulatkan Islam!

  13. December 2, 2008 3:43 pm

    subhanallah.

    ana sangat terharu kpd mereka yang ingin memperjuangkan islam di bumi borneo terutamanya di sabah.

    akhi, ana di medan kat sini. situasinya juga lebih kurang dengan sabah. malah, lebih hebat rintangannya dari sabah.

    bagaimana kah aku menjadi sekuat mereka??

  14. Aliff Bin Basri permalink*
    December 4, 2008 3:09 pm

    Buat afzan… Teruskan berfikir…hehe

    Buat qatrunnada, Moga terus istiqamah dalam perjuangan Islam… Allah tahu hati enti dan kita semua..πŸ™‚

    Buat srikandi, Kita doakan bersama agar merekaakan terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalamperjuangan Islam. Ya? Mesti banyak yang enti belajar di sana.. Hanya dengan iman dan kefahaman yang jelas tentang Islam serta perjuangan, mampu memberi kekuatan untuk terus kita istiqamah dlm perjuangan. Kita mohon hidayah dan pertolongan Allah atas setiap apa yang kita lakukan..πŸ™‚

  15. kakak permalink
    December 6, 2008 1:34 pm

    salam

    terharu dgn pengorbanan shbt2 yg nk stay di Labuan.Allah tidak akn mensia-siakan pengorbanan seseorg semata-mata kerana Islam dan mengharap redha Allah. di mana2 ditempatkan semua ats kehendak Allah…yg penting perancangan yg baik perlu ada jika nk stay d Labuan,insyaAllah hasrat nk stay di Labuan dimakbulkan Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: