Skip to content

Kembara Tarbawi Ke Kota Kinabalu

November 20, 2008

yusuf_estes_india_terroism

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam bertukar menjadi 6 jam. Cuaca mula hujan ketika feri mula menghampiri jerti Menumbok.

“Bilalah nak okey ni?’ Aku bermonolog.

Jam di tangan menunjukkan angka 3.15 petang. Hari ini agak feri agak laju. Hati yakin sangat akan sampai awal untuk melihat Sheikh Yusof Estes berbicara pada malam ini di Bangunan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Tapi, tiba-tiba sahaja feri yang dinaiki terhenti di tengah laut. Feri berputar beberapa kali. Aku rasa ini mesti ada masalah enjin.

Hati jadi resah. Tidak tahu jam berapa akan sampai. Program bermula jam 7.30 malam. Tentu akan ketinggalan beberapa minit. Harapnya untuk beberapa minit sahaja. Abang Pai tentu akan tertunggu-tunggu kehadiran aku.

“Ya Allah, permudahkanlah perjalananku…”

Masih Di Tengah Laut

Masuk kali ini, sudah lima hingga enam kali aku keluar dan masuk dari kabin penumpang untuk berjalan sekitar feri. Feri masih lagi tidak berjalan. Padahal hanya tinggal lagi bebeapa ratus meter sebelum sampai ke jeti. Sudah dekat sangat. Jam di tangan menunjukkan angka 4.50 petang. Rupanya sudah hampir dua jam aku dan penumpang yang lain ‘tersadai’ di tengah laut. Nasib sudah solat Jama’ di Jeti Labuan tengah hari tadi.

Alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 petang, barulah feri menjadi seperti sediakala semula dan perjalanan diteruskan sehingga ke jeti sebelum menaiki bas ke Kota Kinabalu. Bas yang aku pilih kali ini ialah Borneo Ekspress. Ia agak eksklusif. Bayaran sebanyak RM14 untuk perjalanan sehala agak mahal jika dibandingkan dengan perkhidmatan bas-bas yang lain. Ada bas yang tambangnya RM10 dan RM12. Untul kali ini, aku teringin menjadi penumpang bas Borneo Ekspress. Pejalanan ke KK mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Bas bertolak dari Menumbok tepat jam 6 petang dan sampai di KK sekitar jam 8.15 malam. Dalam bas lagi, aku sudah berniat untuk solat jama’ Ta’khir.

Di Hadapan bangunan Wawasan Plaza, aku menunggu Abang Pai dan Sahabatku, saudara Kamal. Dia naik bas yang lain dan sampai agak lambat. Beberapa minit kemudian, Abang Pai yang ditemani Nadhir pun sampai. Sejurus selepas itu, Kamal pula menyusul. Tanpa membuang masa, kami meneruskan destinasi ke Bangunan Yayasan Sabah. Tempat program bermula.

yayasan2

Nostalgia Di Bangunan Yayasan Sabah

Bangunan Yayasan Sabah. Mengembalikan nostalgia aku dan rakan-rakan Majlis Perwakilan Pelajar yang lain bagi sesi 2006/07. Majlis penyampaian watikah perlantikan kami di adakan di bangunan itu. Di restoran berputar. Suasana restoran agak eksklusif dan romantik. Tetapi, di satu sudut, kelihatan sebuah kaunter atau ‘bar’ yang agak panjang dan dipenuhi dengan botol-botol arak. Pelbagai warna ada. Teringat kata-kata sahabatku, bagaimana sebuah bangunan kerajaan seperti ini boleh tersedia hidangan arak!? Tapi, itu realiti yang berlaku. Sesuatu mesti dilakukan. Tidak tahu bila, tidak tahu siapa akan lakukan. Mungkin aku, mungkin dia, mungkin MUIS(Majlis Ugama Islam Sabah), atau mungkin juga para aktivis dakwah yang cintakan Islam yang lain.

Dalam Auditorium

Dalam auditorum yang boleh muat sekitar 2000 orang itu, hampir semua tempat duduk penuh. Syeikh Yusof Estes sedang berucap. Beliau sedang mengupas isu kesamaan hak menurut Islam. Beliau membangkitkan sebuah cerita yang berlaku di India satu masa dahulu kmetika dia berprogram di sana. Seorang doktor yang beragama Hindu bertanya pada beliau tentang satu persoalan yang dia tertanya-tanya sehingga hari ini tentang Islam. Adakah antara lelaki dan perempuan ada hak yang sama rata seperti yang diperjuangkan oleh segolongan manusia masa kini?

“Anda seorang doktor?” Soal Yusof Estes.

“YA,” jawab Doktor tersebut secara spontan.

“Jadi selama anda menjadi doktor, adakah anda tidak dapat melihat perbezaan antara lelaki dan perempuan?”

Lama dia berfikir lalu berkata,” Ya, saya baru nampak perbezaan tersebut walaupun sudah berpuluh tahun menjadi doktor.”

Ketika itu juga dia melafazkan syahadah: “Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, Dan Aku bersaksi Bahawa Nabi Muhamad Itu Pesuruh Allah.”

Dalam Islam, antara lelaki dan perempuan ternyata berbeza. Dari sudut biologi sahaja sudah menampakkan perbezaannya. Apatah lagi dalam sudut yang lain, walaupun terdapat sedikit kesamaan dalam sudut ibadah dan sebagainya. Apa yang diperjuangkan oleh pertubuhan hak asasi sedunia tentang kesamarataan hak antara lelaki dan perempuan merupakan suatu yang berada di awang-awangan. Di dalam Islam, ada perkara yang sama anatar lelaki dan perempuan dan juga ada yang tidak sama. Hakikatnya, lelaki dan perempuan adalah pelengkap antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan ada bidang tugas masing-masing yang agak berbeza skopnya. Tetapi, ganjaran yang bakal mereka perolehi adalah sama dan seperti yang dijanjikan Allah. Allah itu Maha Adil.

Dalam pada itu, Yusof Estes juga berkongsi dengan peserta tentang beberapa laman web yang berguna untuk dijadikan rujukan dan panduan pada kita sebagi umat Islam.

Program berakhir jam 10.30. awal dari jangkaan iaitu sekitar jam 11.30 malam. Seusai program, kami beramai-ramai ke kedai Bismillah 24Jam untuk minum malam.

Keesokkan harinya, aku terpaksa bergerak awal ke Plaza Wawasan untuk menaiki bas ke Menumbok. Cadangnya mahu tinggal lama sedikit di KK, tapi di sebabkan ada tugasan lain di Labuan, aku mesti bergerak awal.

Di sini aku ingin kongsikan bersama, beberapa laman web yang beliau berikan untuk kita jadikan rujukan:

www.allah.com

www.linkstoislam.com

www.scienceislam.com

www.allahsquran.com

Semoga bermanfaat buat kita semua. Sayangilah Islam yang kita miliki.

Aliff bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan

4 Comments leave one →
  1. November 22, 2008 3:36 pm

    salam, kaifa kholuq ya akhi?πŸ™‚
    wah naik feri ke kk..
    lama dah tak naik feri labuan hehe.
    ana baru tau kat yayasan sabah tu ada jual arak..
    hurm. spt yg enta kata, inilah realiti..
    bes ye dpt dgr bicara Yusof Estes..
    syukran atas link yg dikongsikan .
    wassalam..

  2. November 23, 2008 12:27 am

    Salam kembali, srikandi..
    Ya..ana dan sahabt-sahabat pun terkejut mula-mula tu…
    Afwan..sekadar perkongsian..moga bermanfaat buat kita semua..πŸ™‚

  3. November 24, 2008 2:58 pm

    Wahh.. Yusuf Estes! One of my fav scholars!πŸ˜€ Mesti seronok dpt jumpe Yusuf.. I bet his speech was as intriguing & inspiring as the person himself. Teringin nak jumpe beliau satu hari nanti..hehe

  4. November 24, 2008 8:06 pm

    Alhamdulillah, best sangat..tapi sayang, feri lambat, jadi tertinggal banyak.. Walau apapun, bersyukur sangat kerana diberi peluang jumpa dia…πŸ™‚
    Moga HAsanah dapat jumpa dia nanti..πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: