Skip to content

Apabila ‘Non-Muslim Bercakap Tentang Islam

November 18, 2008

hupangchaw

Hati saya kagum bercampur gembira bila melihat berita tentang penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS tempoh hari. Melalui penubuhan kelab ini, menunjukkan bukti bahawa golongan bukan Islam dapat menerima perjuangan sebuah gerakan Islam. Sebuah gerakan Islam yang ingin mendaulatkan Islam sebagai cara hidup manusia. Tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. <BOLEH BACA DI SINI>

Saya teringat pertemuan saya dan sahabat-sahabat bersama beberapa orang pimpinan tertinggi Pan-Islamic Malaysia Party seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa(Timb. Presiden PAS), Ustazah Nuridah Salleh(Ketua Dewan Muslimat PAS) dan Saudara Hu Pang Chaw (Pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional) dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain di suatu majlis.

Pada malam itu, merupakan pertama kali saya mendengar dari mulut seorang yang bukan Islam tentang keadilan Islam yang ditunjukkan melalui wadah PAS di negeri Kelantan Darul Naim. Beliau bercakap seolah-olah beliau seorang Islam. Dialek percakapan beliau yang seakan-akan dialek ‘kelate’ amat memukau hati para pendengar pada malam itu terutamanya yang tidak pernah mendengar ucapan beliau seperti saya. Dia seorang cina yang bukan Islam, tetapi seakan-akan amat memahami Islam(tinggal belum Islam lagi). Menurut beliau, masyarakat bukan Islam di Kelantan dapat menerima kerajaan PAS di Kelantan kerana sikap kerajaan yang amat menjaga kebajikan kaum bukan Islam di negeri tersebut dengan baik sekali.

Majlis pada malam itu juga dihadiri oleh beberapa kaum India dan para pendukung dan penyokong PAS. Kehadiran bukan Islam di dalam majlis yang selalunya dihadiri oleh orang Islam itu amat asing bagi saya. Tapi saya gembira dan takjub dengan keadaan begitu. Ia berjaya menunjukkan bahawa kegemilangan Islam untuk diterima sebagai satu agama yang adil dan saksama seperti mana yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat akan tertegak satu hari nanti. Tinggal lagi, para daie perlu memainkan peranan untuk terus memberi kefahaman Islam kepada mereka yang bukan Islam.

Sekarang Mereka Belum Faham Lagi Ke?

Jawapannya ialah, ada dalam kalangan mereka yang masih tidak faham dan masih bersikap prejudis terhadap Islam. Mereka tidak dapat gambaran yang betul tentang Islam kerana ada golongan dari umat Islam sendiri yang menyalah tafsirkan ajaran Islam lalu disampaikan kepada mereka. Selain daripada itu, akhlak umat Islam yang semakin terhakis dan gagal untuk dicontohi oleh kaum bukan Islam turut menjadi faktor utama jauhnya mereka dari Islam. Mereka melihat agama Islam seakan-akan sama dengan agama lain. Tiada bezanya. Ini antara kesalahan besar yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini. Ditambah lagi apabila golongan yang tidak faham Islam, berlakon bahawa mereka pandai Islam lalu menyampaikan informasi tentang Islam yang salah pada rakan yang bukan Islam. Lebih teruk lagi, mereka yang jahil tentang Islam itu tidak mahu belajar Islam daripada para ulama’. Mereka berasa cukup dengan Islam yang sedang mereka fahami walaupun terdapat keraguan dan kecelaruan.

Kesimpulan

1) Semoga para daie dapat memantapkan diri dengan aqidah yang betul dan iman yang sahih. Dengan aqidah yang terpasak kukuh di hati, Insyaallah, Dia akan kurniakan kefahaman Islam yang syumul. Sentiasalah tambahkan ilmu di dada. Demi Islam yang dicintai.

2) Bergaullah dengan bukan Islam untuk memberi kefahaman Islam kepada mereka. Secara perlahan-lahan dan berterusan. Ini adalah kerja para Nabi dan Rasul.

3) Berilah sokongan kepada gerakan Islam yang benar-benar ingin mendaulatkan Islam di muka bumi Allah SWT. Moga-moga hidup kita diberkati Allah. Untuk tahu yang mana benar-benar ke arah yang dimaksudkan, kaji dan buat keputusan serta mohon petunjuk dari Allah. Jangan berdasarkan ikut-ikutan kerana kelak akan memakan diri.

4) Rakan pembaca boleh membaca teks salah satu ucapan beliau(Saudara Hu Pang Chaw).<DI SINI>

P/S: Peristiwa ini berlaku pada salah satu hari dalam kehidupan saya di bumi Allah..hehehe.. Sekadar perkongsian agar kita sama-sama hargai Islam yang kita anuti..

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan

7 Comments leave one →
  1. November 18, 2008 6:45 pm

    ada betulnya juga ye…kadang2 non-muslim lebih alert berbanding muslim sendiri…

    pengalaman ana di sekolah la:

    1. Pernah Head Prefect tanya ana kenapa wanita Melayu (dia x sebut islam, tapi melayu) kena pakai tudung. Ana pun cuba terangkan mengikut kefahaman ana yg xseberapa. Dan dia sangat2 khusyuk mendengar apa yg ana cakap dengan penuh minat. Tiba2 dia ckp “Siti Nurhaliza tak pakai tudung pun,” Huhu

    2. Kawan ana (chinese) baru dilantik sebagai head prefect, dan tiba2 ada seorang pelajar islam congrats kt dia lalu bersalam dgn dia. Masa tu ana juga nampak kejadian tu. Lepas tu, dia tanya ana, “Afzan, bukan orang melayu x boleh salam ke sesama lelaki dan perempuan?”

    Dari sini kita dah nampak, non muslim lebih mengambil berat tentang peraturan2 a.k.a syariat islam tu sendiri. Tapi, bagaimana pula dengan orang Muslim itu sendiri? Di manakah sensitiviti anda?

    Tanyalah hati, dengan penuh iman dan ilmu

    *nasihat buat diriku yg sering terlupa juga* :”>

  2. November 18, 2008 10:44 pm

    Itu realiti umat Islam sekarang.. Moga Allah beri kekuatan untuk kita berusaha beri kefahaman pada yang bukan Islam. Terutamanya umat Islam sendiri.

    Syukran atas perkongsian enti ya..πŸ™‚

  3. November 18, 2008 10:53 pm

    Wah…..makin siasah otak…bagus2…nuar sokong…:-)

  4. November 18, 2008 11:49 pm

    Abang sekadar berkongsi realiti untuk persediaan para daie. Moga kita ambil iktibar. Peringatan buat abang juga. Islam itu syumul.

    Syukran, nuar..πŸ™‚

  5. November 19, 2008 3:42 am

    Salam ziarah tuan..geng2 KAL turun prog Yusuf Estes tak?kalo turun nk sapu2 rumah..heh

  6. November 20, 2008 5:09 am

    saya pernah dengar ucapan pcik neh! kat muktamar haritu kot klu tak silap.
    menarik!

  7. November 20, 2008 5:01 pm

    Buat NurilHakim, ana baru sampai KAL…Terima kasih sebab bagi tumpang tidur..hehe…Bah, bila mau datang KAL? Datang la ba…πŸ™‚

    Buat Princessnur, Amat menarik dan patut dicontohi oleh umat Islam sendiri. Moga kita lebih menghargai Islam yang kita anuti..πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: