Skip to content

Jangan Menghasilkan Individu Muslim Tanpa Jiwa Dan Akal

November 14, 2008

tarbiyyah di kampus

Dakwah Islam dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dakwah jamaiyyah dan dakwah fardiyyah. Kedua-dua jenis dakwah ini harus dilaksanakan oleh setiap ahli gerakan Islam kerana ia merupakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai individu muslim.

Jika di kampus, jemaah Islam sebagai medan untuk melaksanakan dakwah. Juga sebagai medan menerima tarbiyyah. Begitu juga di rumah, yang boleh menjadi medan dakwah dan juga sebagi medan tarbiyyah.

Anggota jemaah Islam dilatih untuk sentiasa bersedia berhadapan dengan apa yang dipanggil mehnah dan tribulasi. Anggota jemaah dilatih agar menyerap tekanan yang datang dari luar atau dalam. Anggota juga diajar konsep pengorbanan yang mesti dilakukan untuk perjuangan yang diyakini. Kesetiaan dan wala’ terhadap jemaah juga amat dititik beratkan untuk memastikan gerak kerja Islam dapat dilaksanakan dengan lancar. Semua ini merupakan sebahagian daripada faktor diberi fokus selama mana anggota ditarbiyyah.

Program Di Kampus

Program-program yang bersifat kemasyarakatan akan diikuti oleh anggota gerakan Islam untuk mempertajamkan lagi soft skill atau kemahiran insaniah setiap individu muslim. Tidak kira ia anjuran jemaah Islam ataupun anjuran persatuan lain. Begitu juga penglibatan dalam program-program di dalam jemaah bersifat tarbiyyah. Anggota diberi peluang untuk memantapkan diri dengan gerak kerja tarbiyyah yang juga sebagai persediaan untuk mentarbiyyah anak-anak muda yang cintakan Islam apabila keluar kampus nanti. Adalah menjadi kerugian sekiranya ahli anggota jemaah Islam dikampus tidak meggunakan platform yang ada sebaik mungkin untuk mengasah bakat yang terpendam dalam diri masing-masing melalui platform jemaah islam.

Perkongsian Idea Dan Matlamat

Untuk memestikan keberkesanan kepimpinan sesebuah persatuan, kumpulan, organisasi atau dalam konteks ini, jemaah Islam sendiri, majlis tertinggi seharusnya berkongsi matlamat dan hala tuju dengan anggota yang lain. Penetapan visi, misi, objektif atau strategi memerlukan penglibatan anggota yang lain agar dapat mewujudkan kebersamaan dalam bergerakkerja bersama-sama untuk Islam. Kekurangan yang perlu ditampung sekarang ialah, apabila wujud anggota jemaah yang mempunyai idea yang sedikit berbeza dengan kehendak atau aturan jemaah(bahkan tidak diatur atau dirancang), idea mereka ini ditolak atau seolah-olah dipandang sebelah mata. Atau mungkin juga tidak sesuai dengn konteks semasa. Sedangkan jika dilihat dari maslahah dakwah, ia sebenarnya merupakan perkara ma’ruf yang perlu diperbanyakkan.

Teringat kata-kata seorang sahabat tempoh hari: “Perkara ma’ruf bersifat umum maka perlu diperincikan dan diperbanyakkan mengikut keadaan dan waqi’, manakala perkara dalam mencegah mungkar juga bersifat umum tetapi ia lebih memerlukan perincian lanjut mengikut waqi’.”

Kadangkala, jemaah Islam tidak dapat melaksanakan sesuatu aktiviti dakwah akibat keterbatasan waktu dan anggota. Walau bagaimanapun, jika wujud idea dakwah baru dari anggota bawahan, adalah sebaiknya diraikan dengan cara memberi peluang kepada pihak yang mencadangkannya untuk dilaksanakan. Lihat kemampuan mereka dan bimbing mereka. Dengan cara ini, sebenarnya pimpinan jemaah Islam sedang mengajar anak buahnya berdikari dan bertanggungjawab terhadap ideanya sendiri. Ini mampu meningkatkan lagi rasa kebertanggungjawapan anggota tersebut terhadap jemaah Islam. Anggota akan rasa dihargai dan turut rasa diperlukan dalam jemaah Islam.

Mereka tidak seharusnya hanya dibebankan dengan tugas, tanggungjawab atau peranan yang telah ditetapkan oleh pimpinan jemaah. Jika ini berlaku, ia mampu menyekat perkembangan minda seseorang ahli jemaah. Apatah lagi bagi anggota yang mempunyai idea dan pandangan yang mencurah-curah untuk kebaikan Islam, tapi ditolak mentah-mentah kerana ‘belum sesuai’ dan sebagainya . Ini merupakan kerugian kepada jemaah dan mampu membunuh semangat juang dalam diri anggota tersebut yang amat bersemangat membangunkan Islam.

Hargai Pandangan Ahli

Dengan cara menghargai pandangan dan idea ahli, jemaah Islam diyakini mampu untuk membawa ahli bersama-sama menghayati semangat berjunag dalam Islam dan dapat melahirkan rasa kebersamaan ahli di dalam perjuangan Islam secara berjemaah. Janganlah merasakan dengan hanya mengeratkan ukhwah sesama ahli, ia sudah mampu melayari bahtera perjuangan dalam jemaah. Tetapi lebih dari itu, pimpinan harus membawa ahli bersama merasai manis perjuangan melalui idea mereka sendiri. Beri mereka peluang untuk memperkembangkan kemahiran insaniah dalam diri mereka. Jangan hanya kongkong mereka dengan tugasan yang telah sedia ditetapkan oleh pimpinan atasan sahaja(sekali lagi ditegaskan). Jika ini berlaku, ia sebenarnya menunjukkan kejumudan dalam gerak kerja Islam bahkan mampu membunuh semangat jihad anak-anak muda kerana mereka seolah-olah menjadi individu muslim tanpa jiwa dan akal.

Kesimpulan

1. Disamping memperkasakan aktiviti jamaah yang yang ditetapkan oleh pimpinan, jemaah perlu mengambil kira juga idea atau aktiviti yang ingin dilakukan oleh ahli jemaah yang lain.

2. Jangan merencatkan perkembangan minda ahli jemaah Islam yang masih segar dengan idea-idea baru dengan perkataan ‘wala” kerana ia mampu membina ahli gerakan Islam yang seumpama boneka dan tanpa idealisma yang tersendiri.

3. Hargai setiap anggota jemaah dengan menghargai pandangan dan idea mereka. Tidak cukup dengan ‘berukhwah’ semata-mata.

4. Bimbing adik-adik yang bakal menerajui perjuangan Islam dengan memperbanyakkan praktikal disamping usrah yang berjalan serta selalu kaitkan dengan akidah Islam. Kerana akidah ialah asas perjuangan Islam.

5. Semua yang dinyakan diatas khas buat para pejuang Islam di kampus-kampus.

P/S: Teruskan perjuangan walau idea tidak diterima. Teruskan memberi pandangan walau pandangan tidak diterima. Teruskan perjuangan kerana ia adalah kewajipan dan tanggungjawab kita. Islam perlukan ramai pemuda-pemudi Islam yang tidak mudah mengalah dan berputus asa. Semua pengalaman dikampus akan mematangkan kita sebagai seorang daie.

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan

11 Comments leave one →
  1. November 15, 2008 3:43 am

    Hargai Pandangan Ahli

    Dengan cara menghargai pandangan dan idea ahli, jemaah Islam diyakini mampu untuk membawa ahli bersama-sama menghayati semangat berjunag dalam Islam dan dapat melahirkan rasa kebersamaan ahli di dalam perjuangan Islam secara berjemaah. Janganlah merasakan dengan mengeratkan ukhwah sesama ahli, ia sudah mampu melayari bahtera perjuangan dalam jemaah. Tetapi lebih dari itu, pimpinan harus membawa ahli bersama merasai manis perjuangan melalui idea mereka sendiri. Beri mereka peluang untuk memperkembangkan kemahiran insaniah dalam diri mereka. Jangan hanya kongkong mereka dengan tugasan yang telah sedia ditetapkan oleh pimpinan atasan sahaja(sekali lagi ditegaskan). Jika ini berlaku, ia sebenarnya menunjukkan kejumudan dalam gerak kerja Islam bahkan mampu membunuh semangat jihad anak-anak muda kerana mereka seolah-olah menjadi individu muslim tanpa jiwa dan akal.

    p/s: pimpinan kene take note yg ni.. sbb x mustahil, klu x amik berat kebajikan ahli lebih2 lagi dri segi idea dan pemikiran, akan mencetuskan satu perasaan yg boleh menjuruskan ahli ke arah kefuturan dalam perjuangan…nauzubillahi minzaliq

  2. November 15, 2008 6:45 am

    Syukran atas respon enti..

    Moga pimpinan Malaysia pada masa akan datang lebih faqih dalam Islam dan pada masa yang sama mampu menjadikan Islam sebagai realiti kehidupan.

    Bukan hanya retorik.
    🙂

  3. November 15, 2008 2:59 pm

    amiin…mudah2an kn jd kenyataan..insyaAllah…

    di samping itu kita sbg golongan yg bakal menjadi pemimpin dh blh mula fikirkan strategi yg perlu dilaksanakan pd masa akan dtg…am I right, akhi?🙂

    mohon tunjuk ajar :”>

  4. November 15, 2008 3:24 pm

    wah….betul2….Sokong sgt…mgkn bila berada di bawah ni blh merasainya…Tetapi bile berada dia ats ego kita pun turut sm naik atas….Nuar print yea note ni…Nak bagi pada pmpinan cni sebelum nuar berangkat ke STAM….:-)

    BERUBAH UNTUK MENGUBAH…hehe…sempoi~

  5. nadyel permalink
    November 15, 2008 3:25 pm

    Assalamualaikum… melahirkan pemimpin yang benar benar menegakkan islam tidak sukar untuk dicari dan tidak senang untuk ditemui… semuanya bergantung kepada persekitaran masyarakatnya… andai kita menanam benih yang baik insyaallah ia akan berbuah baik…
    ..pemimpin tidak terhad kepada golongan pemimpin negara sahaja… but ia juga merangkumi pemimpin keluarga.. olehitu kita sebagai lelaki… perlu melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran sebagai pemimpin anggota rumah tangga… jangan biarkan anak dan keturunan kita jauh dari landasan aqidah sebenar….. salam perjuangan buat pemimpin…

  6. November 16, 2008 12:16 am

    Buat Ukhti Afzan..Betul tu…Lihat, fikir, analisis dan rancang mekanisma baru untuk cuba selesaikan masalah ummah yang berlaku.. Ini tugas anak muda seperti kita, ukhti…Apatah lagi sebagai seorang ahli gerakan Islam…
    Ana mohon tunjuk ajar enti juga…
    :”)

    Buat Anuar, Apa yang abang tulis ni sebagai muhasabah agar satu hari nanti, lapisan kepimpinan negara tidak membuat kesilapan yang sama kerana ia mampu membantutkan pembangunan intelek anak muda…
    Kang jadi macam UMNO pula..hehe…😉

    Buat Nadyel… Terima kasih atas lawatan Nadyel. Betul tu, kena persiapkan diri untuk menjadi pemimpin dipelbagai peringkat.. Dekati orang bawahan agar mereka rasa lebih dihargai..

    Jangan khianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat(sama ada isi rumah, sesebuah organisasi atau negara)🙂

  7. November 16, 2008 3:57 pm

    “Qulil haq walau kaana murran”.. Salam ziarah kembali yaa akhi..

  8. November 16, 2008 8:56 pm

    “kesesatan yang bersistem akan mengalahkan kebenaran yang kurang bersistem”. memang agak susah dizaman begini,kerana telah banyak berlaku seperti falsafah saidina Ali as diatas..segala yang berkaitan dengan Islam kalau diperjuangkan mmg orang yang jahil akan nampak pelik..sebagai cth isu riba’, perkara ini walaupun lebih besar dosanya daripada berzina dgn 36 wanita (refer artikel ustaz zaharuddin) tetapi, biasa pada pandangan kebnyakan masyarakat,terutama di institusi, golongan muda yg kbnyknnya kurang mengerti kebenaran..
    tetapi insyaAllah,jika kebennaran itu disistemkan, akan berhasil
    p/s:lama tak online, aliff,ana mencari ketenangan bersama flora dan fauna..

    Aliff balas:
    Insyaallah, akhi.. Syukran atas respon enta..
    Moga akan datang, kepimpinan Islam akan terserlah keizzahannya..🙂

  9. November 16, 2008 11:36 pm

    ade smtg utk a.alif…

    Aliff balas:
    Syukran, nuar..hargai sangat-sangat…
    Abang tak pandai nak buat khat..
    ;P

  10. November 17, 2008 10:53 am

    sunnah orang berjuang..bukan sedikit mahar yang perlu dibayar, bukan sedikit pedih yang ditagih…

    Aliff balas:
    Betul tu…:)

  11. November 17, 2008 1:18 pm

    Disamping merancang strategi dan berfikir, pastikan juga diri tidak melupakan zikir.

    Ana lihat berapa ramai ahli jemaah hebat mengatur gerak kerja, tapi subuh entah kemana.

    itu yg menjadi fitnah buat jamaah. sama2 muhasabahkan diri

    Aliff balas:
    Ana tidak nafikan. Ada juga yang jaga solat tapi ego tinggi dan merasakan semua idea mereka betul. Ini juga salah satu penyakit dalam jemaah Islam..

    Kita sama-sama muhasabah diri.

    Moga solat yang didirikan mampu hindarkan diri dari perkara keji dan mungkar..
    Syukran atas respon enta..
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: