Skip to content

Apa Beza Takaful Dan Insuran Konvensional?

November 13, 2008

                                                                                         

abu dhabi takaful

PENGENALAN TAKAFUL


TAKAFUL berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling menjamin’ atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.

Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem ‘aqila’ (tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu.

Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu.

Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru’). Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful. prubsn_logo

APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:

1. KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI:

Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarru’ (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah). Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).

2. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG

POLISI:

Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.

3.LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL / PENANGGGUNG INSURANS:

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.

4. PELABURAN KUMPULAN WANG:

Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

Di Malaysia, industri takaful bermula sejak tahun 1985 lagi, dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ia adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad. Sehingga kini, terdapat sembilan syarikat pengendali takaful yang sudah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Pada tahun 2005, penembusan pasaran atau market penetration industri takaful di Malaysia hanyalah 5.6 peratus, berbanding 38.7 peratus untuk industri insurans. Ini menunjukkan bahawa industri takaful mempunyai potensi yang amat luas yang perlu diterokai.

Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini. Dua model yang dikenali ialah ‘Model Mudharabah’ atau profit/surplus sharing dan ‘Model Wakalah’ atau agency. Pengendali yang menggunakan model mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil untuk menjual produknya, tetapi menggunakan kakitangan syarikat untuk memasarkan produk-produknya. Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau wakil takaful untuk memasarkan produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau syarikat yang disenangi.

Sumber: http://perbankankewanganislam.blogspot.com/

P/S: Pencaruman takaful merupakan salah satu sistem tabungan yang seharusnya dimasukkan dalam perancangan kewangan setiap individu muslim selain daripada perancangan kewangan untuk tujuan lain. Untuk jangka masa panjang ia boleh diklasifikasikan sebagai salah satu sumber kewangan kecemasan pada masa depan. Seharusnya setiap anak-anak muda memulakan sistem tabungan peribadi dari sekarang, walau 10sen sehari. Selamat menabung untuk menghadapi hari muka.

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

Pelajar Sarjana Muda Kewangan Islam

W. P. Labuan

6 Comments leave one →
  1. November 13, 2008 12:02 pm

    salam. teruskan usaha anta menyebar luaskan informasi tentang muamalat islam.

    Sebagai maklumat tambahan. Syarikat Takaful Malaysia sekarang menggunakan kedua-dua model iaitu mudharabah dan wakalah.

    model mudharabah digunakan dalam produk-produk takaful am sementara wakalah digunakan dalam produk-produk takaful keluarga.

  2. November 13, 2008 2:20 pm

    Salam kembali, ustaz…
    Syukran, ustaz..

    Alhamdulillah.. Moga industri takaful di Malaysia dan dunia Islam semakin berkembang luas.

    Syukran atas respon ustaz..🙂

  3. azrin permalink
    February 8, 2009 6:39 pm

    salam.terima kasih ustaz.saya byk mendapat informasi dari maklumat yg ustaz berikan.namun, saya ingin mengetahui dgn lbh mendalam tntang perbezaan model mudharabah dan model wakalah dalam produk takaful..
    tq ustaz..

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    February 9, 2009 11:40 am

    Semoga ia bermanfaat,azrin..

    Insyaalah, ada peluang,akan saya kongsikan bersama di dalam blog ini..

    Salam perkenalan..🙂

  5. July 22, 2009 11:03 am

    Salam ziarah,

    Posting yang bermanfaat.

  6. zul permalink
    September 23, 2009 12:19 pm

    salam..mohon kebenaran utk copy artikel yang bermanfaat ini agar dapatr dikongsi baca dgn rakan2 yang lain..
    salam eidul fitri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: