Skip to content

Keputusan Bajet Negeri Perak 2009

November 12, 2008

IPOH : Bajet 2009 negeri Perak yang dibentangkan oleh YAB MB Perak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pagi ini telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema Bajet Kebajikan Untuk Rakyat telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosioekonomi dan pembanguna insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009
Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.
2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.
3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan
7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.
11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Labels:

Aliff Bin Basri: Alhamdulillah, moga rakyat terus mendapat manfaat daripada undian mereka bulan Mac yang lepas. Moga kerajaan Negeri Perak dapat menjalankan tugas sebaik mungkin. Kami mahasiswa Perak sentiasa menyokong segala usaha kerajaan negeri demi untuk kebaikan rakyat Negeri Perak. TAHNIAH BUAT RAKYAT NEGERI PERAK!

8 Comments leave one →
  1. November 12, 2008 1:24 am

    Hahah…cam kanal je pktaan sempoi tuh…hehehe..Tahniah2 anak perak…Sempoi~

  2. November 12, 2008 1:33 am

    Hehe… Syukran, Nuar…Saja guna..😉

  3. munirah_umkl permalink
    November 12, 2008 7:42 am

    alhamdulillah..syukran akhi untuk info terbaru ni..:-)

  4. November 12, 2008 9:43 am

    tu pun ada lagi yang tak puas hati…hai….

  5. November 12, 2008 11:46 am

    Syukran atas lawatan ukhti…🙂

    Buat akhi Rusdi: Hm, tidak dapat dihalangan ketidakpuasan hati manusia. Yang penting sedaya upaya kerajaan negeri mahu bagi yang terbaik. Walau apapun, tetap ada pro dan kontra bagi setiap yang berlaku. Semua terpulang kepada perspektif individu untuk memandang sesuatu situasi.

  6. November 12, 2008 12:25 pm

    salam ziarah juga.. good articel & good oppinion 2🙂
    maaf semalam ana off pc awal.. xdpt nk reply msg anta.

    Aliff Bin Basri:
    Tidak mengapa…
    Syukran atas ziarah enti…
    Sekadar perkongsian.. Ana mengalu-alukan komen sahabat-sahabat sama ada pro dan kontra untuk difikirkan bersama-sama..🙂

  7. November 20, 2008 5:00 am

    bangga jdi anak PERAK!😀

  8. November 20, 2008 4:58 pm

    Alhamdulillah, bila nak menetap di Perak?
    ;P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: