Skip to content

Realitikan Ilmu Untuk Pembangunan Ummah

November 11, 2008

ngc

“Abang suka tengok Discovery Channel, National Geographic, Animal Planet dan History. Ni semua channel favourite abang kalau tengok Astro.” Teringat kembali perbualan saya bersama Salam sewaktu ke bandar siang tadi. Sahabat saya yang muda setahun.

Siang tadi dia berkongsi cerita tentang channel kesukaan dia dalam Astro. Dia suka membaca dan menonton berkaitan dengan kajian-kajian sains, tentang penemuan-penemuan baru dan juga berkaitan dengan psikologi manusia. Minat dia lebih kurang macam saya. Jadi saya tidak kekok untuk berkongsi tentang perkara yang saya tahu berkenaan dengan bab-bab yang berkaitan.

Timbul Persoalan

Selalunya bila saya menonton dokumentari-dokumentari tentang penemuan baru atau kajian terhadap kehidupan yang wujud di dunia ini melalui channel-channel tersebut, timbul persoalan di hati, mengapa ilmuan Islam tidak secara maksima menggunakan ilmu mereka untuk dipaparkan kepada umum? Adakah cukup penemuan mereka disimpan sekadar di dalam buku-buku atau lembaran-lembaran jurnal? Mengapa mereka tidak melakukan dokumentari-dokumentari seperti yang ilmuan-ilmuan barat lakukan? Sedangkan, ilmuan-ilmuan Islam mempunyai kelebihan dari segi hujah al-Quran dan sunnah yang amat terang lagi nyata. Mengapa seolah-olah tiada usaha untuk berbuat demikian? Kalau ada sekalipun, ia amat sedikit berbanding dengan drama-drama Melayu yang amat dan semakin memualkan bagi sesiapa sahaja yang cintakan agamanya bila menonton filem atau drama Melayu tersebut. Saya amat menyokong industri perfileman yang telah mewujudkan filem alternatif untuk memberi keinsafan kepada penonton di Malaysia. Tetapi ia masih belum dapat menyaingi kepesatan filem-filem atau drama-drama yang mampu menghancurkan daya intelek umat Islam secara keseluruhannya. Pemikiran umat Islam semakin dipenuhi dengan kelekaan, gelak ketawa melalui lawak bengong(dengan izin) dan semakin menjauhkan diri daripada Allah swt. Perlu perubahan yang besar dalam bidang ini jika mahu melihat kegemilangan generasi yang intelek pada masa hadapan.

booksAdakah Sekadar Hanya Dalam Buku?

Gunakan Kepakaran Untuk Islam

Saban tahun, beribu-ribu mahasiswa akan menamatkan sesi pengajian mereka di institusi pengajian tinggi masing-masing. Kehadiran mereka di pentas masyarakat disertai dengan ilmu-ilmu dan kepakaran masing-masing. Ada yang mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang Perundangan, Perikanan, Perhutanan, Multimedia, E-dagang, Kewangan Islam, Perakaunan, Psikologi, Pendidikan, dan pelbagai lagi kepakaran-kepakaran yang diterokai oleh mahasiswa-mahasiswi dari pelbagai institusi pengajian tinggi. Tetapi saya tertanya-tanya, di mana mereka sekarang? Kemelut dunia sedang menghadapi masalah dalam pelbagai sektor kehidupan.

Contoh Masalah Ummah

Sebagai contoh, dalam bidang Kewangan Islam, kita memerlukan ramai tenaga pakar untuk mengkaji berkaitan dengan Perakaunan Islam. Seorang professor jemputan dari UIA yang mengajar saya dalam subjek Isu-isu Semasa Dalam Kewangan Islam mendedahkan bahawa untuk menyiapkan satu kaedah pengiraan bagi produk kewangan Islam yang nyata agak berbeza dengan produk konvensional kerana penggunaan prinsipnya yang berbeza, memerlukan masa selama 4 hingga 5 tahun kajian. Baru dapat dihasilkan satu kaedah pengiraan. Tentang perundangan dalam kewangan Islam pula, menurut seorang pakar kewangan Islam dari INCEIF, Bank Negara, iaitu Prof. Dr. Murat Cizakca, bila ditanya tentang apa kekurangan utama pengaplikasian kewangan Islam di Malaysia masa kini. Jawabnya ialah kerana kelemahan dari sudut perundangan untuk menyokong pembangunan dalam sektor Kewangan Islam.

Ini hanya sebahagian contoh daripada permasalahan ummah yang sedang cuba diselesaikan oleh para intelektual Islam dalam bidang ekonomi kewangan Islam. Belum lagi dibincangkan keperluan kepakaran dalam bidang yang lain. Termasuk dalam bidang perniagaan dan sains.

Impian Oh Impian

Bila merenung hal yang terjadi, saya teringin hendak bantu dalam semua bidang tersebut. Saya teringin hendak membuat dokumentari tentang penemuan-penemuan sains menurut Islam dengan menggunakan hujah al-Quran dan Sunnah(sekarang memang sudah ada, tapi sedikit, sukar didapati dan amat mahal untuk dimiliki oleh orang awam yang hendak belajar Islam tetapi tidak mampu. Kementerian Peneranagn mungkin boleh ambil peranan untuk emmberi dan tayangkan dalam televisyen). Saya juga teringin untuk bantu penyelidikan di hutan-hutan dan laut dalam untuk dikongsikan bersama hasil kajian kepada umat Islam agar sama-sama dapat menghargai Islam kerana Islam adalah agama kebenaran. Saya teringin untuk membantu penyelidikan untuk membuat rang undang-undang agar dapat diaplikasikan kewangan dan ekonomi Islam secara total di bumi Malaysia. Saya juga teringin untuk menjadi tenaga pengaplikasian wakaf tunai untuk maslahah(kepentingan) masyarakat yang berbilang kaum. Ini antara keinginan saya. Kadang-kadang timbul rasa geram di hati kerana bukan semua ini saya dapat lakukan seorang diri. Saya memerlukan sahabat-sahabat seperjuangan yang faham benar tentang perjuangan Islam untuk sama-sama membantu mengembalikan zaman kegemilangan Islam.

Mahasiswa Harapan

Muhasabah perlu dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswi sekalian, tanpa mengira jurusan dan kepakaran. Apakah yang kita dapat sumbangkan sesuatu dalam bidang masing-masing untuk Islam? Atau cita-cita kita hanya hendak cari makan dan duduk rumah tanpa memikirkan masalah ummah. Di hadapan sana, cabaran sedang menanti. Generasi baru kita yang akan datang bakal berdepan dengan cabaran yang belum tentu baik buruknya buat generasi kita. Oleh itu, amat besar harapan saya agar mahasiswa-mahasiswi Islam dapat sama-sama bangkit dan menyalurkan kepakaran masing-masing untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Yakinlah bahawa Islam pasti akan menang. Kita perlu berusaha gigih untuk Islam. Agar syahid yang menjadi idaman dapat dicapai. Jika tidak sekalipun, biarlah hidup kita meninggalkan manfaat untuk kehidupan manusia sejagat.

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”


Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

Pelajar Sarjana Muda Kewangan Islam

W. P. Labuan

2 Comments leave one →
  1. November 12, 2008 4:36 pm

    kepakaran kita ada..cuma ruang dan peluang yang diberikan utk menunjukkan kepakaran itu mungkin tiada..

    mereka seolah-olah membuka ruang yang lebih terbuka kepada media massa picisan

    ada juga yang cuba meng’islamik’kan bahan cetakan dan bahan tayangan atau apa shj namun tak lari dgn unsur2 berbentuk sekularisme dan liberalisme. Islam cuma diambil separuh2 shj.

    Bilakah peluang itu akan terbuka? ana pun menantikan peluang utk menjadi karyawan filem ISLAM

  2. November 12, 2008 8:11 pm

    Ana tertanya-tanya, kenapa gerakan Islam seperti PAS tidak wujudkan perkumpulan khas untuk merealisasikan perkara ini? Seperti mana ana mendapat maklumat bahawa Forum Lingkaran Pena(kumpulan untuk karyawan indonesia) diwujudkan oleh PKS Indonesia. Mereka bergabung untuk menjadi platform menghasilkan bahan-bahan penulisan berbentuk Islamik. Ini hanya sebagai contoh..(Mungkin juga ada, tapi ana yang tidak nampak atau sedang diusahakan..Wallahu ‘alam)

    Ada baiknya setiap gerakan Islam di Malaysia bergabung tenaga dan berfikir(duduk semeja) mengikut kepakaran masing-masing untuk mengembalikan kesejahteraan aqidah umat Islam di Malaysia melalui metod dakwah bersepadu. Tidak ‘bertaburan’ walau seolah-olah nampak berlaku kepelbagaian metod.
    Sekadar pandangan..

    Moga enti salah seorang yang akan lakukan tajdid secara menyeluruh dalam bidang perfileman malaysia. Who knows…🙂
    Syukran atas respon enti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: