Skip to content

Bab 1: Pengenalan Sistem Politik Dalam Islam (siri 1)

November 10, 2008

spi11

Oleh: Ustaz Khalid Ali Muhammad al-Anbariy

Al-siasah(politik) dalam bahas Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr,siayasat bererti ia melaksanakannya.

Dalam hadis ada disebutkan bahawa: “Bani Israel telah disiasahkan oleh nabi-nabi.”[1]. Maksudnya nabi-nabi menguruskan urusan-urusan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh raja-raja dan pemimpin-pemimpin terhadap rakyat.[2]

Al-siasah(politik) dari sudut istilah pula mempunyai beberapa definisi. Antaranya ialah mentadbir urusan negara. Definisi lain ialah satu ilmu atau kemahiran meemrintah negara. Di samping itu, terdapat juga definisi-definisi lain.[3]


Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk ‘ilmu politik’. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana ingin ditekankan bahawa dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.[4]

Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan. Teks sistem politik terdapat dalam perlembagaan dipelbagai negara. Sistem-sistem politik juga berbeza mengikut sumber kekuasaan… cara mengatur kekuasaan… dan struktur negara.[5]

Politik dari pandangan Islam pula ialah menjaga urusan umat di dalam dan luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar’iyyah tidak terhad kepada apa yang disebut syarak, tetapi disyaratkan agar ia tidak menyalahi teks al-Quran , sunnah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya.

Ibn al-Qayyim telah berkata: “Sesiapa yang berkata bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu perkara yang tidak difahami oleh segolongan manusia, lalu dengan itu mereka telah menjadikan syariat itu lemah dan tidak mampu menangani maslahat(kepentingan) manusia dan ia memerlukan kepada yang lain. Maka apabila pemimpin-pemimpin melihat keadaan ini, mereka pun melakukan kejahatan yang berpanjangan dan kerosakan yang luas dalam sistem politik mereka, lalu ia menjadi semakin runcing dan susah untuk ditangani. Sesungguhnya Allah swt telah mengutuskan rasul-rasulnya dan menurunkan kitab-kitabnya supaya manusia dapat berlaku adil, maka apabila terdapat tandanya dan ia nampak jelas dalam apa bentuk sekalipun, maka itulah yang dikatakan syariat dan agama Allah.[6]

Oleh itu, kita sendiri perlu menambah undang-undang yang sesuai dengan zaman kita dan tuntutan-tuntutan kehidupan kita dengan syarat kita tidak membenarkan diri kita mencipta undang-undang yang bertentangan dengan teks dan roh syariat, kerana Allah swt telah memberi amaran kepada kita daripada perkara tersebut dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Dan tidak harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara untuk mempunyai hak memilihketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan barangsiapa yang mengingkari Allah dan RAsulNYa, sesungguhnya bahawa ia telah benar-benar sesat.” (al-Ahzab: 36)

Oleh itu, perlembagaan negara mesti menyatakan bahawa mana-mana undang-undang pentadbiran terbatal apabila ia bertentangan dengan mana-mana teks syariat.[7]

[1] Muttafaq ‘alaih: al-Bukhari 3455 dan Muslim 1842.

[2] al-Nihayat Fi Gharib al-Hadith Wa al-Ahar, 2/421.

[3] Lihat: Qamus al-Mustalahat al-Siyasiyyat, 267 dan Mabadi’ Ilm al-Siyasat, hlm. 15.

[4] Qamus al-Mustalahat al-Siyasiyyat, hlm. 267.

[5] Qamus al-Mustalahat al-Siyasiyyat, hlm. 452.

[6] Al-Turuq al-Hukmiyat, 21 (dengan ringkas). Lihat juga: Bada’i al-Fuwaid, 2/162.

[7] Minhaj al-Islam fi al-Hukm, hlm. 75.

3 Comments leave one →
  1. November 11, 2008 12:05 am

    bukan mudah untuk menjadi mudah dan bukan susah untuk menjadi susah…tindakan ditangan kita tapi bila,dimana dan bagaimana, yang Allah yang punya kuasa…

  2. November 11, 2008 2:12 am

    wuah…nak mnyelami siasah nmpk…Amek kat buku politik islam ke????jmput ke blog,ade smtg utk a.aliff

  3. November 11, 2008 6:05 am

    Moga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk menjadi salah seorang yang mahu dan bertindak sebagai seorang ansarullah..

    Iya, sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat pembaca…

    Mohon tunjuk ajar ya…

    Okey, syukran..abang tengok nanti..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: