Skip to content

Jom Menabung Untuk Pergi Haji!

November 7, 2008

458px-yosribgntabunghaji

Bangunan Lembaga Tabung Haji

Salam Mujahid,

Selepas solat Jumaat sebentar tadi, bersama-sama dengan sahabat-sahabat, kami ke kafeteria untuk menjamu selera. Soto Ayam menjadi pilihan saya tengah hari tadi. Beza soto ayam di Labuan(atau sekitar Sabah) ialah bahan utamanya terdiri daripada mihun dan bukannya nasi impit. Jadi jangan terkejut jika anda yang ingin melawat ke Sabah dan meminta soto, tapi mereka memberikan seolah-olah seperti mihun sup.

Tajuk Perbualan

Ketika makan:

“Nadil, ada buka akaun di Tabung Haji tak?” Soalku spontan.

“Er, Tak de, bang.”

I see, yang lain ni, ada buka akaun di Tabung Haji?” Soalku kepada adik-adik yang lain.

Masing masing menggelengkan kepala.

“Kalau begitu, abang sarankan agar dibuka akaun tabungan di Tabung Haji. Untuk memudahkan urusan menunaikan haji satu hari nanti. Tak mahalpun, serendah RM20 sebagai permulaan.” Terangku secara ringkas kepada adik-adik tahun satu yang sedang makan di hadapan saya.

“Kalau disimpan duit tu nanti, boleh keluarkan ke, bang?” NAdil tanya saya.

“Boleh! Kiranya, Tabung Haji ni, macam bank la. Boleh keluarkan duit macam bank juga. Cumanya, Tabung Haji masih belum menyediakan kemudahan Kad seperti institusi perbankan yang lain.” Terangku panjang lebar.

“Abang dah buka ke?” Soal Nadil.

“Alhamdulillah, sudah.”

“Dah lama buka?”

“Erm, dalam 2 tahun lepas tak salah abang.” Saya jawab dalam keadaan saya cuba ingat semua tarikh saya mula membuka akaun di Tabung Haji. Saya ingat-ingat lupa. Tetapi, yang pastinya sejak saya belajar di Labuan.

logo tabunghaji

Kelebihan Menabung Di Tabung Haji

Tabung Haji merupakan badan tabungan untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menunaikan haji setiap kali musim haji. Ia di ilhamkan oleh Prof. Diraja Ungku Aziz(kalau tak salah saya la..Kalau salah, betulkan ya). Sudah hampir 50 tahun penubuhannya di Malaysia dalam usaha untuk memastikan kebajikan para jemaah haji terjaga.Rujukan di sini

Saya teringat perbualan saya dengan seorang pegawai Tabung Haji Cawangan Labuan yang bernama Encik Rasyid sewaktu saya dan seorang sahabat saya ingin membuat kajian tentang Pencapaian Tabung Haji Dalam Tempoh 5 Tahun Kebelakangan Ini, melalui subjek Ekonomi Kewangan Islam.

Dia kata:

Orang dulu nak pergi haji kena kumpul duit dahulu bagi cukup, baru dapat pergi haji. Maknanya susah nak pergi haji kerana masalah kewangan. Tapi orang sekarang kena tunggu giliran dahulu. Bila sampai giliran, baru dapat pergi haji. Tentang masalah kewangan, tidak perlu risau. Masalah hari ini ialah perlu tunggu giliran.

Ini antara seloroh yang dia lakukan sewaktu kami berbual perihal Tabung Haji. Walau bagaimanapun, seloroh ini ia hanya sesuai untuk orang yang menabung sahaja.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, perlunya mahasiswa sekarang atau anak-anak muda sekarang mempunyai niat dan usaha untuk menunaikan haji satu masa nanti. Tidak cukup dengan niat sahaja, tapi sebaiknya mestilah di laksanakan dengan perbuatan. Jadi salah satu cara untuk menunjukkan kita benar-benar berniat hendak menunaikan haji ialah dengan menabung. Boleh sahaja kalau mahu menabung di rumah, bilik atau bawah bantal. Atau mungkin juga minta tolong mak ayah simpankan duit. Tetapi, di sini ingin saya tampilkan Tabung Haji kerana saya merasakan ia merupakan alternatif tabungan yang paling sesuai dalam urusan untuk menunaikan haji.

Sebagai orang muda, kita tentu mempunyai pelbagai matlamat dalam usaha mengisi kehidupan yang secara akalnya amat panjang lagi untuk ditempuhi. Oleh itu persediaan perlu ada, perancangan mesti ada. Apatah lagi perancangan kewangan. Ia merupakan isu penting untuk diteliti oleh setiap insan. Oleh itu, berusahalah ke arah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji bagi yang berkuasa pada satu masa nanti dengan memulakan tabungan anda pada hari ini. Bukalah akaun anda di Tabung Haji di mana-mana cawangan seluruh Malaysia. Tidak rugi kita menabung, insyaAllah.

P/S: Sediakan payung sebelum hujan. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah jua sebaik-baik perancang. Dan lagi satu, saya tidak dapat komisen untuk iklankan perkara ini ya. Ini sekadar perkongsian yang saya rasa amat baik untuk dilakukan oleh anak-anak muda Islam. Ayuh menabung!

“MULAKAN LANGKAH DENGAN MENETAPKAN MATLAMAT DI MINDA DAN TERUS BERUSAHA KE ARAH MATLAMAT”

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan

7 November 2008

6 Comments leave one →
  1. mutiara iman permalink
    November 7, 2008 6:34 pm

    Betul3…saya setuju dgn pendapat saudara,perkongsian yg m’buka minda. Alhamdulillah,saya pun dah menabung di Tabung Haji sjk kecil lg,mak yg tlg bukakan, cuma xb’daftar je nama lg utk tggu giliran pg..Insya Allah mmg nak pg sementara msh muda ni…

  2. November 7, 2008 6:43 pm

    salam `alek…
    wwwaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh……..blog baru yea………………x bgthu pun…….:-(

  3. November 7, 2008 8:53 pm

    Kepada Mutiara Iman, Alhamdulillah, baguslah. Patut dicontohi oleh semua anak muda. Moga Mutiaa Iman dapat tunaikan haji satu hari nanti. Juga patut jadi panduan kepada ibu bapa agar dapat menanamkan semangat menabung sejak kecil dalam jiwa kanak-kanak.🙂

    Kepada Nuar, Ya Allah, bukan tak nak bagitahu nuar…. Maaf sangat-sangat. Agak ‘buzy’ pindah ‘item’ ke dalam blog baru sebelum ini. Itu yang lewat nak beritahu nuar.. Serba salah pula abang..

  4. November 8, 2008 3:26 am

    wah3 *wink wink*

    bagus bukak ngn tabung haji neh ;;)

    mutiara iman…samela kite..dh bukak dr kecik..
    tp tu la…bukak akaun tabung haji sudah…bile la dapat gi buat haji…

  5. November 8, 2008 4:53 pm

    Alhamdulillah, baguslah…
    Insyaallah, ada peluang, dapat pergi haji..
    🙂

  6. November 9, 2008 10:37 am

    hahahaha….main2 je…….hehe…tak bgthu pun dah tahu gak…hua3….shemales! kusangkrable….Sempoi~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: