Skip to content

Public Bank Umum Penubuhan Bank Islam penuh

November 5, 2008

publicbank1

PUBLIC Bank Bhd mengumumkan penubuhan syarikat milik penuhnya, Public Islamic Bank Bhd bagi mengendalikan perniagaan perbankan Islam berkuat kuasa Sabtu lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata, berikutan itu, perniagaan perbankan Islam Public Bank yang sebelum ini dikendalikan menerusi konsep jendela, akan dipindahkan kepada Public Islamic Bank.

Public Islamic Bank, katanya, akan terus berkongsi infrastruktur, platform teknologi maklumat dan rangkaian cawangan kumpulan Public Bank termasuk penggunaan ATM.

“Justeru, pelanggan perbankan Islam kami akan menikmati perkhidmatan tanpa gangguan untuk melaksanakan semua transaksi seluruh negara.

“Buku akaun, buku cek dan kad ATM sedia ada akan terus sah dan pelanggan boleh meneruskan menggunakannya sehingga notis lanjut dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Teh berkata, Public Islamic Bank akan diterajui oleh Ismail Ibrahim sebagai Ketua Eksekutifnya.

Ismail sebelum ini adalah Pengurus Besar, Perbankan Islam Public Bank.

Teh berkata, perniagaan perbankan Islam Public Bank telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan 25 peratus sepanjang tempoh lima tahun lalu dan menyumbang dengan ketara kepada keuntungan syarikat.

Sumber: Berita Harian

“HATI TENANG TANPA RIBA'”

P/S: Satu lagi bank Islam ditubuhkan. Ayuh bertukar kepada Sistem Perbankan Islam.

12 Comments leave one →
  1. November 6, 2008 2:46 am

    Selangkah lagi mengganti system konvensional secara keseluruhan. Kelak ana harap tak hanya economy, politik pun harus sesuai syariah.πŸ˜€

    kalu boleh bertukar YM, add me (dd_wia@yahoo.com)

    Syukron Khairan KatsirπŸ˜€

    Keep contact ^_^

  2. Alifforhim permalink*
    November 6, 2008 4:02 am

    Betul tu… Moga akan datang, Islam akan kembali menjadi pilihan untuk menjadi sistem penyelesaian segala permasalahan manusia..

    TAKBIR!

    Syukran, Ukhti Wia…πŸ™‚

  3. November 7, 2008 12:12 pm

    salam ziarah.. melihat pada keadaan sekarang banyak diantara bank2 telah menggunakan sistem islam yang lebih menjamin. tapi harus diingat adakh dengan pertukaran asal ke branding islam.. ia menjamin sistem didalamnya masih berteraskan islam…. dan banyak diantara bank2 ini telah melantik advisor dri kalangan economist islam.. dan adakah pelantikan ini menjamin kepada sistem islam itu terjalan.. atau advisor ini sekadar buat2 ada sahaja

  4. November 7, 2008 2:32 pm

    Salam ziarah kembali, Ustaz Hafiz..

    Ana sokong, semakin bayak bank-bank sudah mula menggunakan Sistem Perbankan Islam sebagai alternatif kepada sistem riba’ yang tenyata haram.

    Pertukaran ke ‘branding’ Islam, pada ana adalah suatu permulaan yang baik, menunjukkan wujudnya kesedaran untuk kembali pada Islam, tetapi masih banyak yang perlu dikaji secara praktikalnya tentang sesuatu produk yang ditawarkan sama ada ia berlandaskan syarak atau tidak. Menurut teori yang ana belajar, sesuatu produk yg dikemukakan, akan dibincangkan bersama majlis pengawasan Syariah bagi setiap institusi kewangan Islam tersebut. Sama ada diterima pakai sebagai produk atau tidak, bergantung kepada MPS terbabit.

    Keberkesanan dan jaminan bagi sesuatu produk itu sama ada menurut syarak atau tidak, bergantung kepada ketelusan pihak kewangan untuk memaklumkan kepada MPS masing-masing tentang produk tersebut.

    Pada masa yang sama, MPS semestinya seorang yang warak dan sangat arif dalam bidang yang di telitinya agar tidak berlaku kesilapan.

    Saya tidak menafikan kesungguhan mereka(ahli MPS) untuk menjaga maslahah umat agar tidak terjebak dengan riba, tetapi saya merasakan perlunya sokongan disamping kritikan untuk memastikan sistem kewangan Islam benar-benar bebas dari riba dan segala yang melanggar syarak.

    Ana harap, 1 hari nanti ustaz dapat mewakafkan diri dalam bidang penyelidikan tentang Sistem Ekonomi Islam agar dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia. Sememangnya kita memerlukan ramai pakar dalam bidang Kewangan ISlam ketika ini.

    Salam perkenalan dari ana…

    Syukran atas respon Ustaz.
    πŸ™‚

    P/S: Isu pembatalan skim pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil perlu diambil iktibar oleh semua cendekiawan Islam…

  5. November 7, 2008 3:47 pm

    PTPTN lak cemane? :-<
    riba’ gak kn?πŸ˜•

  6. November 7, 2008 4:03 pm

    PTPTN sudah menurunkan kadar perkhidmatannya kepada 1%. Tapi tidak tahu bila ia berkuatkuasa.

    PTPTN sebelum ini dianggap riba’ kerana ia mengenakan faedah kepada peminjam. Kemudian dipertahankan oleh pihak PTPTN kononya lebihan itu merupakan kadar perkhidmatan.

    Tapi sebenarnya, kadar perkhidmatan yang ditetapkan mestilah hanya sekadar kos perkhidmatan bagi pengurusan pinjaman tersebut. Tidak boleh ambil lebih. Jika ada lebihan, maka ia mesti diberikan kepada pemilik.

    Kemudian ia diturunkan kepada 1%. Sebenarnya, menurut perbincangan ana dengan pensyarah ana tentang isu penurunan kadar perkhidmatan pinjaman PTPTN kepada 1% ini, ia sebenarnya masih boleh dipertikaikan perlaksanaannya. Setiap tahun, sudah tentu kos pengurusan bagi setiap individu semakin rendah, oleh itu, tidak releven sekiranya kos sebnyak 1% itu tetap kekal.

    Jadi, sebaiknya PTPTN itu menjadi biasiswa sahaja.πŸ™‚

    P/S:1) Ana mencadangkan sistem WAKAF TUNAI sebagai alternatif penyelesaian masalah.πŸ˜‰

    2) Juga boleh rujuk artikel di sini:http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=531&Itemid=93

  7. November 17, 2008 3:40 pm

    merujuk kepada persoalan MPS, saya selaku orang yg berada dalam industri dan berkait rapat dgn MPS (Sekretari MPS), kita perlu menghormati pandangan MPS. walaupun begitu, MPS hanya membuat keputusan atas apa yg tersedia untuk mereka. contohnya pihak investment mencadangkan satu bentuk pelaburan baru. MPS akan meluluskan pelaburan itu setelah menyemak kertas cadangan dan setelah mendapat penjelasan daripada pihak berkenaan.

    walaupun begitu, adakalanya MPS juga terlepas pandang beberapa isu. adakalanya kertas kerja betul tapi bila sampai operation jadi tak betul. Maka tidak boleh salahkan MPS. Seharusnya individu yang terlibat dalam menjalankan operasi mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dan membawa roh islam dalam pekerjaannya.

    berkenaan PTPTN saya juga berpandangan ia masih lagi riba memandangkan ia bersifat compounding. Nilai 1% kecil pada peratus tapi besar pada angka.

  8. November 17, 2008 4:31 pm

    Syukran kepada respon ustaz saifudin…

    Moga ustaz akan jadi salah seorang yang mampu membuat perubahan yang besar dalam bidang ekonomi Islam di Malaysia..

    Amin…

    Teruskan perjuangan..πŸ™‚

  9. erika permalink
    April 11, 2009 12:28 am

    salam seronk gaak cte pasal ni,xleast tau gak,erm nw nk tye la kan,sejauh mn pencapaian 2 tercapai?
    add me ym k,effyza_aries87@yahoo.com

  10. Aliff Bin Basri permalink*
    April 15, 2009 3:29 am

    Pncapaian apa maksud erika ya?πŸ™‚

  11. June 28, 2009 6:09 pm

    Samada perjanjian pinjaman bank islam haram/terbatal?

    Bagaimana transaksi Islam boleh halal sekiranya wang kertas itu riba dan haram? Cuba kita fahami apakah itu wang kertas.

    Apakah itu Wang Kertas?

    Seksyen 20 Akta Bank Negara Malaysia 1958
    20. The Bank shall have the sole right of issuing notes and coin… to pass as legal tender.

    Seksyen 24 Akta Bank Negara Malaysia 1958
    24. (1) Notes issued by the Bank shall… be legal tender in Malaysia at their face value for the payment of any amount.

    Definisi legal tender: Legal tender or forced tender is payment that, by law, cannot be refused in settlement of a debt; http://en.wikipedia.org/wiki/Legal_tender

    Definisi Bank Notes: A banknote (often known as a bill, paper money or simply a note) is a kind of negotiable instrument, a promissory note made by a bank payable to the bearer on demand, used as money, and in many jurisdictions is legal tender; http://en.wikipedia.org/wiki/Bank_note

    Definisi Promissory Note: A promissory note, referred to as a note payable in accounting, is a contract where one party (the maker or issuer) makes an unconditional promise in writing to pay a sum of money to the other (the payee), either at a fixed or determinable future time or on demand of the payee, under specific terms.; http://en.wikipedia.org/wiki/Promissory_note

    Definisi Negotiable Instrument: A negotiable instrument is a specialized type of “contract” for the payment of money that is unconditional and capable of transfer by negotiation. Common examples include cheques, banknotes (paper money), and commercial paper; http://en.wikipedia.org/wiki/Negotiable_instrument

    Kesimpulan:
    (a) Wang kertas adalah Negotiable Instrument (perjanjian pinjaman)
    (b) Wang kertas adalah Promissory Note (perjanjian pinjaman)
    (c) Negotiable Instrument & Promissory Note bukan wang sebenar, tetapi janji untuk membayar wang sebenar (mewakili wang)
    (c) Wang Kertas tidak bernilai adalah paksaan undang-undang legal tender

    Persoalan:

    (a) Perbankan Islam tidak meminjamkan wang, tetapi sekadar meminjamkan perjanjian hutang. Oleh itu, adakah Islam menghalalkan bayaran menggunakan perjanjian hutang sebagai wang sebenar? Adakah Islam menghalalkan perjanjian hutang yang mengalir sebagai wang dan tanpa had?

    (b) Kertas wang tidak mempunyai nilai melainkan paksaan undang-undang. Oleh itu, adakah paksaan boleh menghalalkan wang kertas sebagai mempunyai nilai mengikut Syariah?

    (c) Bank Note yang hakikatnya Promissory Note atau Negotiable Instrument adalah sekadar janji untuk membayar wang sebenar. Oleh itu, adakah halal untuk meminjamkan janji membayar wang sebenar (yang mana tidak pernah ditunaikan)?

    Sekiranya perjanjian pinjaman dari bank islam haram atau terbatal, ini bermaksud anda tidak lagi berhutang dengan bank.

    Sila komen dan berikan pendapat anda. Terima kasih.

    Rujukan Fakta Penuh: http://muslimvillage.wordpress.com/

  12. Aliff Bin Basri permalink*
    June 29, 2009 3:44 pm

    Syukran atas ziarah dan perkongsian ilmu.
    Saya sudah baca untuk fakta penuh di atas.

    Saya menyokong usaha yang dibuat untuk meranapkan sistem kewangan konvensional yang sangat menyimpang dari ajaran Islam.

    Usaha yang perlu dilakukan sekarang ialah perlu menyebarkan idea dan mempergiatkan perkongsian ilmu seperti ini dan kita memerlukan orang yang betul-betul ahli untuk melaksanakan perkara ini.

    We need more expertise in Islamic finance..

    Tidak cukup dengan ilmu untuk difahami, tetapi untuk diperjuangkan melalui platform2 yang ada danpelbagai.

    Teruskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam. Teruskan memberi kefahaman kepaa masyarakat yang lain,,,
    πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: