Skip to content

Kad Matrik: Objek Ujian Allah Kali ini

November 5, 2008

dewan peperiksaan

“Erm, slip peperiksaan ada bawa?” Soal pengawas peperiksaan.

“Saya masih tak dapat slip sebab saya tak dapat bayar yuran yang tertunggak. Jadi Bahagian Akademik tak bagi ambil slip ‘exam’.” Jawab saya.

“Sekejap ye…” Dia terus berlalu dan kelihatan sedang berbual dengan pengawas peperiksaan yang lain.

Kemudian dia kembali pada saya dan memberikan sehelai borang yang berwarna biru.

“Em, kalau begitu, adik kena isi borang ini dan kad matrik adik akan diambil untuk sementara waktu.” Jelas pengawas peperiksaan tersebut.

“Jadi bila saya boleh dapatkan semula kad matrik saya?

“Adik boleh ambil di bahagian akademik selepas membayar yuran.”

Sekali lagi kad matrik saya ditahan. Buat kali kedua dalam tempoh sebulan. Pertama kali berlaku ialah dalam beberapa minggu yang lalu, apabila saya dan sahabat-sahabat lain tiba lewat 15 minit ke kampus setelah habis diskusi dan kenduri di luar kampus, iaitu tiba pada sekitar jam 11.15 malam. Akibatnya, kad matrik kami ditahan dan dikehendaki menuntutnya di HEP.

Mahu ambil kad matrik pun perlu fikir banyak kali sebab waktu-waktu sekarang ini ialah waktu ‘kekeringan’. Untuk menuntut kad matrik, kami dikehendaki membayar RM20 sebagai denda. Di sebabkan hendak ‘exam’, saya gagahkan diri untuk keluarkan RM20 kerana kad matrik diperlukan sewaktu peperiksaan.

Tetapi Isnin lepas, di dalam dewan peperiksaan, sekali lagi kad matrik saya ditahan kerana gagal membawa slip ‘exam’. Siapalah yang sengaja tidak mahu bawa slip? Masalahnya, saya mahu bayar setakat yang saya mampu, tetapi Bahagian Kewangan, ‘tidak berkenan’ dengan jumlah di bawah RM100. Hendak buat macam mana lagi. Pergi ke HEP, HEP tidak dapat bantu. Katanya bukan dalam bidang kuasa mereka. Hubungi MPP, MPP bagi perangsang agar masuk je dewan ‘exam’. Itulah semangat yang saya bawa bila masuk ke dewan peperiksaan. Tiba-tiba, sekali lagi kad matrik saya diambil. Kepada siapa saya hendak mengadu? Allah sahaja yang tahu betapa saya tahan marah(sabar..sabar..).

Jadi mangsa tersepit saya ini, akibat daripada proses birokrasi dan tanpa jalan penyelesaian yang konkrit. Masalah pelajar tidak mampu bayar yuran dan seterusnya tidak dapat memeperolehi slip peperiksaan ini berlaku setiap tahun.Walau bagaimanapun, selama 2 sesi MPP(termasuk ketika zaman sahabat-sahabat seperjuangan jadi MPP), perkara ini dapat diselesaikan secara baik, walaupun pada saya ia bukan jalan penyelesaian yang konkrit. Tapi, sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian yang konkrit untuk permasalahan ini. Bukannya pelajar tidak mahu bayar. Cuma mohon sedikit masa untuk bayar kemudian. Ini sampai menyebabkan emosi terganggu(chewah..terganggulah sangat).

Di Bilik Sahabat

Di bilik sahabat saya, saya dapat tahu yang ramai pelajar lain ‘duplicate’ slip peperiksaan. Saya teringin hendak ‘join’ sama, tapi entahlah. Hati saya tidak tenang kalau saya buat begitu. Tapi kalau ikutkan, apalah sangat kalau buat begitu. Sekadar ‘scan’ slip orang dan ‘edit’ maklumat-maklumat yang ada dalam slip tersebut sesuai dengan maklumat untuk diri saya sendiri. Sekejap sahaja boleh siap dan boleh ambil peperiksaan seperti biasa pada esok harinya. Tapi, hati saya tetap kata jangan buat. Hati saya kata benda itu macam tidak menepati nilai Islam kerana menipu. Tapi betulkah tidak menepati nilai Islam? Kalau tidak buat begitu, memang tidak dapat masuk dewan peperiksaan. Bukankah itu lebih menyusahkan?(hatiku boleh berkata-kata…mahal tu!)

Walau bagaimanapun, saya tetap dengan keputusan naluri saya untuk tidak mahu ‘duplicate’ slip peperiksaan. Ini keputusan saya. Biarlah susah macam mana sekalipun.

Sekali Lagi Diambil

Semalam, sewaktu mahu ambil peperiksaan Asas Multimedia, sekali lagi saya pasrah menyerahkan kad matrik saya kerana tiada slip ‘exam’. Padahal baru sahaja saya ambil kad tersebut tengah hari semalam. Maknanya sudah 3 kali kad matrik saya diambil pada bulan ini. Sedangkan selama 3 tahun saya belajar disini, tidak pernah walau sekalipun kad matrik saya diambil atau ditahan. Memang pengalaman berharga betul.

Kesimpulannya

Bila agaknya masalah pelajar UMS-KAL yang masih belum mampu bayar hutang yuran ini sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan akibat ketiadaan slip ini akan selesai? Saya berharap MPP dapat memainkan peranan anda sebagai wakil pelajar untuk berbincang dengan pihak atasan bagi memikirkan mekanisma terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Nilai untuk mengatakan tidak baik untuk ‘duplicate’ slip tersebut datang dari hati saya kerana saya rasa itu perbuatan yang tidak berintegriti. Itu saya, kalau anda bagaimana?

Saya yakin, ada perkara yang Allah hendak ajarkan pada saya. Terpulang pada saya untuk mengambilnya secara positif atau negatif. Begitu juga dalam segala aspek kehidupan kita yang lain. Sesetengah orang, sewaktu hidup senang dan hati tenang, tidak pula dia berkira, tetapi sewaktu Allah uji dengan sedikit rasa gelisah dan hilang ketenteraman hati, berkira pula dia. Sampai tidak sabar lalu merungut, bilalah hendak berakhir kesusahan iitu. Itulah sifat manusia.(tapi ada yang bukan begitu)

Hati selalu dapat mengesan sama ada sesuatu perbuatan itu adalah perbuatan yang baik dan diredhai Allah atau bukan. Jika diredhai Allah, hati akan tenang. Tapi jika tidak, maka jauhkan diri dari perkara tersebut. Tapi kadangkala, was-was datang dari syaitan. Justeru, gunakanlah mata hati dan mohonlah petunjuk dari Allah dalam membuat setiap keputusan.

Moga kita menjadi insan yang sentiasa mahu perbaiki diri.

P/S: Artikel ini tidak membela mana-mana pihak yang menyalahgunakan sumber kewangan yang disediakan seperti PTPTN atau apa-apa biasiswa. Ia khusus buat segolongan individu atau pelajar yang benar-benar tersepit berkaitan dengan sumber kewangan. Saya menyuarakan bagi pihak mereka. Juga, jangan ingat saya menyalahkan pihak atasan semata-mata akibat masalah ini. Cuma sebagai renungan untuk memperbaiki diri. Semester ini, saya tidak mendapat pinjaman, jadi kena bayar menggunakan duit sendiri.Oleh itu, saya bayar secara beransur-ansur. Bukan tidak bayar langsung.πŸ™‚

Semua ini sekadar perkongsian.


Aliff Bin Basri @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

5 November 2008/6 Zulkaedah 1429

9 Comments leave one →
  1. November 5, 2008 9:50 am

    pengalaman itu amat berharga hanya mereka yang melaluinya mengetahui betapa mahal nilainya…kerana ada sesuatu yang menjadi rahsia antara mereka dengan Tuhannya..

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    November 6, 2008 1:51 pm

    Betul tu, akhi…

    Hidup manusia mesti berfikir. Kalau tidak, mudah-mudah kita akan melenting terhadap apa sahaja ujian dari Nya terhadap kita. Ter\utamanya ketika susah..

    Subhanallah..

    Syukran,akhi…πŸ™‚

  3. November 6, 2008 2:05 pm

    Assalamu’alaikum… InsyaALLAH setiap ujian itu ada hikmahnya.. ttg permasalahan tu, shbt ana pun alami mslh bkaitan yuran jg. Alhamdulillah dgn budibicara pihak berkenaan(pegawai bhgn kewangan) bole byr kurang drpd RM100, wp arahan asal minta byr RM100. so,slip pun diperolehi b4 exam. ttg kad matrix ditahan+denda, mmg ramai shbt2 turut brmslh, simpati jg, tp xdpt nk bantu scr langsung. 1st paper exam aritu..ana try xtunjuk kad matrix, just letakkan IC..its OK je.. Alhamdulillah. bole brhubung jika ada apa2 pertanyaan lanjut.. Salam Perjuangan..

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    November 6, 2008 3:22 pm

    Waalaikummussalam..

    Alhamdulillah, baguslah. Dia dipermudahkan segala urusan. Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin ajar ana dan sahabat-sahabat yang lain.

    Walau apapun, masalah dipihak ana sudah selesai, alhamdulillah. Cuma ana masih belum berpuas hati selagi masalah asasi tersebut tetap berlaku saban tahun.

    Masalah itu mesti diselesaikan dengan mekanisma yang konkrit. Moga dipermudahakn urusan sahabat-sahabat MPP yang lain.

    Ana sentiasa seokong mereka.

    Wassalam..πŸ™‚

  5. November 7, 2008 12:02 am

    salam…

    ermm ochie tak pandai komen sgt ni… tapi.. bg ochie, ochie sedih lihat kwn2 dpt masalh mcm ni.. x perlu nengok pd alif sorg.. mahasiswa yg lain pun mghdpi masalh sama..

    ochie setuju sgt sekiranya cmpurtgn MPP dpt menyelesaikn permaslahan ini dan memainkn peranan..
    skrg.. ochie nengok.. pihak kakitgn UMSKAL mcm besar kepala sdh.. kita as a mahasiswa mcm makin di pijak2.. eiiiii x suka ni.. hemm.. nak marah pun.. takut.. tp nak wat mcm na.. hemmm..
    (ops.. heheh terlebih sudah)

  6. November 7, 2008 12:33 am

    Salam kembali,ochie..terima kasih sudi dtg ke ‘rumah’ baru alif..hehe..

    Hm, betul tu…aliff sekadar amik contoh diri aliff. Tapi aliff yakin, sahabat-sahabat lain masti lagi susah dari aliff… Moga-moga MPP kali ini tengok blog aliff..heheπŸ˜‰

    Thanks for your comment, ochie…

    All The best for your final exam k!πŸ™‚

  7. Nursyahadah permalink
    November 8, 2008 6:44 am

    Assalamualaikum w.b.k. Salam ukhuwahfillah…

    Sabar itu separuh daripada iman. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita semua. La Tahzan.. Bagaimana kita boleh mengaku beriman sedang kita tidak diuji. Mungkin ALlah nak tengok setakat mana kita bersyukur dengan nikmat yang Dia kurniakan. Mungkin malam tu kita terleka sedikit, lepas pada ni, berjaga-jaga la dalam tindakan.

    Wasalam

  8. November 8, 2008 6:47 am

    Hidup mahasiswa. Jangan merasa lemah dan putus asa. Usrah tunjang tarbiah. Allah nak tarbiyah kita dari sudut ini. Terima ketentuanNya, beriman pada qada’ dan qadar ALlah. Sungguh kamu orang yang beruntung jika kamu orang beriman. Lantaklah d orang kata apa. Saling Ingat memperingati sesama kita.

    Salam Perjuangan…!!!

    Sebarkan dakwah dengan lebih meluas di bumi KAL..
    Takbir..!!!!

  9. November 8, 2008 4:57 pm

    Syukran, Ukhti Nursyahadah…
    Moga kita tabah hadapi segala ujian daripada Allah..πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: