Skip to content

Kenangan Di Italy Menjadi Renungan

November 4, 2008

Dalam Kota Castello Sforzesco

Dari Bern, Switzerland, kami meneruskan kembara seminggu kami untuk menuju ke Italy pula. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Bern, amat memenatkan, tetapi menyeronokkan dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Sepanjang perjalanan, kami melalui lembah-lembah dan lereng-lereng bukit yang curam dan dilitupi salji. Pemandangan yang amat mempersonakan. Jikalau di malaysia, bukit-bukau dilitupi oleh pohon-pohon hijau, tetapi berbeza dengan bukit-bukau di Switzerland ini. Bukit-bukau yang terpasak kukuh dilitupi dengan salji yang memutih. Sangat cantik. Memang hilang penat. Sepanjang perjalanan ini juga, kami melalui lebih daripada 10 terowong yang merentasi bukit-bukau bumi Swiss. Amat menakjubkan. Subhanallah. Terowong yang paling panjang yang saya dapat catatkan ialah sepanjang hampir 14 KM! Memang canggih betul!

Bandar Bern dalam kenangan

Kami mula masuk sempadan Italy pada waktu tempatan sekitar jam 6.00 petang. Matahari hampir terbenam. Sewaktu hendak masuk ke sempadan Italy, ingatkan mereka akan memeriksa pasport kami, tetapi tidak perlu. Saya mendapat tahu bahawa untuk bergerak sekitar negara-negara di Eropah, cukup hanya sekali pasport diperiksa. Iaitu ketika mula masuk ke salah sebuah negara di benua Eropah.

Pemandangan dalam Bas ke perjalanan ke Italy

Kami sampai di Milano(sebutan bagi Milan) sekitar jam 7.00 malam. Antara peristiwa yang meresahkan dan agak tegang yang berlaku sebelum sampai ke MIlan ialah apabila pemandu bas kami yang tersesat jalan. Selama dia memandu bas yang kami naiki, dia hanya berpandukan Global Positioning System(GPS). Sampaikan tersesat jalan, kerana dalam GPS tidak menunjukkan jalan yang kami lalui yang semakin mengecil dan ada pula jalan mati. Akibatnya, bas tersebut terpaksa menyelit-nyelit di taman perumahan dan tersekat. Kalau sayalah dalam situasi tersebut, tentu sudah buntu. Tapi saya lihat pemandu yang dalam lingkungan umur 60 tahun itu tenang sahaja keadaannya. Sewaktu dia undurkan bas sehingga menuju ke jalan besar, dia hanya menggerakkan stereng dan amat jarang menoleh ke belakang. Dia hanya berpandukan cermin sisinya sahaja. Subhanallah. Memang berpengalaman.

Sampai sahaja di bandar Milan, kami dibenarkan untuk turun seketika sebelum bertolak ke Verona pada malam itu juga. Kami diberi masa lebih kurang 30 minit untuk melihat sekitar bandar Milano. Di tempat perhentian kami, ia betul-betul berhadapan dengan sebuah kota lama yang bernama Castello Sforzesco. Kotanya sangat unik. Saya membayangkan kegemilangan zaman tersebut yang berjaya membina empayar yang kekal bangunannya sehingga kini. Sedang asyik saya dan sahabat-sahabat saya berjalan sekitar dalam kota tersebut, saya ternampak 2 orang perempuan yang sedang duduk di bangku batu di tengah kota yang lapang. Mereka mengadap antara satu sama lain. Sangkaan pertama saya ialah mungkin mereka sedang menunggu kekasih mereka masing-masing. Tiba-tiba, benda yang pelik dan sangat asing berlaku di depan mata saya. Pasangan tersebut berkucupan tanpa segan di khalayak ramai. Ya Allah!

Dalam hati saya, ini mesti golongan yang pernah wujud di zaman Nabi Luth AS. Itu di dalam kota. Di luar kota pula, tidak berapa lama selepas kejadian tersebut, kelihatan sepasang kekasih hati sedang bercumbu(mohon izin) di bangku. Ya Allah, sekali lagi hati saya tersentak. Apa sudah jadi! Tapi bila saya fikir semula, itu memang sebahagian daripada budaya hidup mereka. Pada mereka, semua itu adalah perkara normal. Sudah menjadi darah daging mereka. Tidak malu atau segan dalam kamus hidup mereka.

Saya terfikir, adakah Malaysia akan sampai tahap begitu satu hari nanti?

Bagaimana kehidupan generasi saya yang akan datang? Mohon dijauhkan darpada perbuatan terkutuk itu. Ia jelas-jelas berlanggar dengan syarak.

Benar. Jika amar ma’ruf nahi mungkar tidak dilaksanakan, tidak mustahil Malaysia akan jadi seperti itu. Kaum Bani israel sendiri hancur kerana mengabaikan amar ma’ruf nahi mungkar. Sekarang pun, sudah dapat dilihat keadaan sekeliling kita, rakan-rakan seIslam yang lain, ada antara mereka yang semakin menghampiri budaya yang sedang subur di bumi Italy itu.

Rahmat Kedatangan Islam

Kedatangan Islam tidak bermaksud untuk menyekat, tetapi sebenarnya untuk menjaga. Penguatkuasaan undang-undang Islam mesti dilaksanakan dan pada masa yang sama, proses tarbiyyah kepada masyarakat amat penting untuk disuburkan. Masyarakat mesti dihadamkan dengan Islam dan ajarannya. Penguasa mesti memainkan peranan menyuburkan Islam di hati setiap rakyatnya. Tidak kira sama ada dalam kalangan umat islam atau rakan-rakan bukan Islam. Islam perlu dijadikan cara hidup semua pihak.

Yang paling penting, saya dan anda yang membaca perlu terlebih dahulu untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Itu pun jika benar-benar kita mengaku sebagai umat Islam. Orang yang tidak mengamalkan Islam dalam dirinya, tidak akan mempunyai kekuatan untuk melaksanakan Islam di buminya atau di dalam pemerintahannya(dari segenap peringkat kepimpinan… Apatah lagi negara).

Bak kata Imam Hassan al-Hudaibi:

“Tegakkan Islam di hatimu, nescaya Islam akan tertegak di negaramu.”

Moga kita dapat benar-benar jadikan islam sebagai cara hidup, jika benar Islam adalah pilihan kita. Kalu tidak, mungkin Islam kita hnay warisan…

P/S: Sejuk dekat Milan tu. Tapi tidak sesejuk di Switzerland. Sampaikan kain pelekat pun boleh jadi skaf..Huhu

Aliff Bin Basri @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

4 November 2008/5 Zulkaedah 1429

4 Comments leave one →
  1. November 4, 2008 8:16 pm

    Salam mujahid,

    Syukran atas perkongsian. semoga ramai kan peroleh manfaat dari artikel ni. dan ana juga mengharapkan bahawa setiap orang akan lebih celik untuk melihat setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah satu pengajaran…

    Teringat kata naqibah, beliau sangat2 ingin menjadi seorang manusia yang sentiasa mengkaji dan menginsafi setiap perkara yang berlaku baik dari segi nikmat mahupun ujian. Semoga kita kan menjadi manusia yang sentiasa positif dalam melihat kepada setiap perkara.

    Dalam banyak2 ayat di sini ana juga tertarik dengan ayat ni,

    “…adakah Malaysia akan sampai tahap begitu satu hari nanti?

    Bagaimana kehidupan generasi saya yang akan datang?”

    Rasanya sekarang pun dah mula boleh nampak unsur-unsur westernisme menular ke Malaysia. Dan dalam hal ni tak boleh nak salahkan rakyat semata-mata. Sedangkan yang memimpin pun kita boleh lihat apa yang mereka pegang dan amalkan. Islam hanya sekadar nama. Nauzubillahi minzaliq. Jadi, apakah peranan kita sebagai daie? Tepuk dada tanyalah iman..

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    November 4, 2008 8:46 pm

    Moga kita menjadi golongan yang naqibah enti katakan itu.. Sentiasa bermuhasabah atas apa yang berlaku ke atas diri kita.

    Moga ALlah berikan kita kekuatan untuk terus memperbaiki diri…

    Syukran atas respon yang amat bermakna..🙂

  3. November 5, 2008 1:34 am

    We are all hoping our beloved malaysia wouldnt be like that,
    but it must start with a step.prevention step.
    And yea,
    it doesnt look like Malaysia’s leaders are really concern about it. They are just making such a fuss about how good their Islam Hadhari is, in fact is nothing.nothing at all.
    Instead, they are really concern about their ‘UMNO gathering’, status bla3 whilst rakyat Malaysia thirst of Iman. You can even see it by checking whatsoever media in Malaysia.
    May Allah gives us better leaders to drive us to the brilliance of Islam in Malaysia. InsyaAllah. (=

    By the way,
    dont be shocked if i say
    you can even see people kissing in primary skool in western country!
    kat high skool lagi byk. mcm skola saya. sstgh budak Muslim pun lebih kurang jer.

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    November 5, 2008 9:07 am

    Thanks for your respond, Princess…🙂

    Moga Malaysia diperintah oleh hamba-hambaNya yang benar-benar cintakanNya…

    Bukan sekadar kulit sahaja Islam, tapi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, mereka sendiri takut untuk ambil Islam sebagai jalan penyelesaian segala masalah yang timbul..

    CHANGE WE NEED!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: