Skip to content

Hidup Bermakna Dengan Memberi

November 2, 2008

Salam Mujahid,

Hidup sebagai manusia tidak akan sempurna jika tidak meninggalkan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan insan lain. Setiap hari tanpa menulis, memberi dan memperoleh(ilmu dan pengetahuan baru), saya rasa hidup ini tidak ada makna. Hidup sebagai manusia mempunyai hikmah yang amat besar. Ia adalah proses untuk mengenal Allah Yang Maha Sempurna. Dengan kasih sayangnya, Dia menjadikan kita. Sudah tentu ada tujuan yang besar. Kerana itu, Dia memberikan jawapan bahawa Dia lebih mengetahuinya berbanding para malaikat ketika mana malaikat bimbang bahawa manusia akan saling menumpahkan darah.

Ada tujuan besar yang Allah tetapkan kepada kita untuk dilaksanakan di muka bumi Nya ini. Adakah hari ini saya telah memberi sesuatu pada umat Islam yang lain? Hanya saya yang dapat menjawabnya. Ini adalah saya…

Anda pula bagaimana?

Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali RA, Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun.” (Riwayat Muslim)

Esok belum tentu dapat memberi dan berkongsi. Mulakan saat ini…

Sekadar perkongsian..

FASTABIQUL KHOIRAAT!


Aliff Bin Basri @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

2 November 2008/3 Zulkaedah 1429



4 Comments leave one →
  1. November 3, 2008 9:10 pm

    Masya Allah.. ana terharu sebenarnya dengan posting nie walaupun ringkas tapi cukup bermakna. semoga perjuangan enta diredhai oleh-Nya..

    “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
    (Hadis Riwaya Abu Daud dan At-Tirmizi)

    teruskan perjuangan! mohon tunjuk ajar akhi..
    wassalam🙂

  2. Ibnu Basri al-Mursyid permalink*
    November 3, 2008 10:26 pm

    Subhanallah…
    Moga ia bermanfaat untuk diri ana, enti dan sahabat-sahabat yang lain. Sekadar perkongsian,ukhti…
    Ana juga mohon tunjuk ajar enti…

    Syukran jaziilan…!🙂

  3. November 4, 2008 1:52 pm

    Slm `alek bro…..tertarik dgn kata2 srikandi td ” walaupun ringkas tetapi pnuh bermakanan,hehe clap..bermakna…hehe..
    btul…kita sgt2 kurang memberi…dlm konteks jamaie pun kita byk meminta2….spt minta sponsor utk tamrin dan sbgainy….Islam akhir zaman ni menjadi kebiasaan utk meminta2….Jadi siapakah yang nak amalkan manhaj memberi ni???Kita2 nilah yang patut mulakan….mg yg lain dberi kesedaran….Maaf atas kkrgn dan kclpn…skdr pdgn dari mujahid yg cetek ilmunya…hehe…sempoi~ berubah utk mengubah!

    yang italy tu beznya dpt kuar jln2…..pglmn yg patut dkongsi bersama..:-)

  4. Ibnu Basri al-Mursyid permalink*
    November 4, 2008 5:05 pm

    Salamun alaik..

    Yup, betul tu.. Fokus jemaah dalam proses kesinambungan dakwah antaranya perlu kepada penekanan aspek memperkuatkan ekonomi jemaah.

    Para cerdik pandai dalam bidang perniagaan, marketing, kewangan(apatah lagi kewangan Islam) dan apa-apa jurusan yang berkaitan dengan proses peningkatan ekonomi Islam, mesti bergabung tenaga dalam usaha meningkatkan ekonomi Islam serta ummatnya…

    Perhatian:’Take Note’ untuk mahasiswa Islam yang mengambil jurusan yang disebutkan..hehe…
    Tidak terkecuali yang lainh yang mempunyai idea untuk pembangunan ekonomi Islam…

    Syukran, nuar!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: