Skip to content

House Of Wisdom

October 29, 2008

Minggu ulangkaji hanya tinggal lebih kurang 4 hari lagi sebelum tibanya minggu peperiksaan. Minggu ini juga dikenali sebagai ‘study week’(mohon izin…macam dalam parlimen pula). Sepanjang minggu ini, mahasiswa kelihatan semakin sibuk dengan hidupnya sebagai mahasiswa. Seolah-olah baru nampak watak mahasiswa sebagai seorang mahasiswa dalam konteks menuntut ilmu. Suasana belajar wujud di mana-mana sahaja sekitar kampus. Terutama sekali di perpustakaan. Semalam, sewaktu saya mentelaah di perpustakaan, para pelajar sibuk mencari dan menyalin soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Di sudut lain, saya melihat pelajar-pelajar cina yang hampir sehari suntuk berada di perpustakaan. Setiap kali selepas saya menunaikan solat, seorang pelajar cina di suatu penjuru tetap tekun dengan komputer ribanya beserta dengan buku-buku rujukannya. Tidak jemu mengulangkaji pelajaran. Saya kagum, tapi kasihan. Kerana belum beriman.Moga Allah tetapkan iman di hati saya.

Fungsi Perpustakaan Zaman Silam

Dalam kesibukan para pelajar menggunakan perpustakaan sebagai tempat belajar, tempat menyalin soalan-soalan dari bank soalan, tempat membuat sebarang tugasan yang diberikan oleh para pensyarah, tempat beristirehat dengan membaca majalah kesukaan atau membaca surat khabar, fikiran saya menerawang ke zaman lampau. Zaman sewaktu perpustakaan menjadi kebanggaan sesebuah kerajaan besar. Zaman yang amat memuliakan ilmu dan cabang-cabangnya. Zaman yang menjadikan perpustakaan sebagai tempat menjana pemikiran dan idea baru untuk kemaslahatan(kepentingan) ummah. Ketika itu, perpustakaan melambangkan suatu kemahsyuran. Tanda ketamadunan sesebuah kerajaan. Saya kagum bila mendengar atau membaca kisah-kisah berkaitan dengan perpustakaan dan fungsinya di zaman lampau. Rasa seolah-olah ingin kembali ke zaman tersebut dan melihat bagaimana sesuatu ilmu itu dikembangkan oleh para intelektual zaman tersebut. Saya teringin melihat Ibnu rusyd yang amat rajin mentelaah karya-karya agung Yunani, Saya teringin juga melihat al-Khawarizmi mentelaah sesuatu ilmu sehingga berjaya mewujudkan ilmu matematik(Algorithm). Saya teringin merasai penat lelah Imam Bukhari dalam usaha mengumpulkan hadis Nabi saw, saya juga teringin melihat dan menghayati kehidupan para intelektual Islam yang lain dalam usaha mereka memartabatkan dan menzahirkan Islam sebagai satu cara hidup yang prktikal kepada umat manusia secara keseluruhannya.

Akibat dari keinginan saya yang mendalam itulah, saya mewujudkan sendiri suasana tersebut dalam diri saya dengan cara bertandang ke perpustakaan hampir setiap hari. Saya berminat melihat beribu-ribu buku yang terdapat di dalamnya. Kadang-kadang saya belek satu persatu buku yang ada. Pelbagai kategori buku ada di perpustakaan UMS-KAL ini. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya menghabiskan semua buku yang terdapat di dalamnya. Tapi apakan daya, saya tidak mampu membaca semua buku yang ada. Masa saya sebagai seorang pelajar bukan semata-mata duduk di perpustakaan sahaja. Banyak tanggungjawab lain lagi yang perlu diselesaikan. Pada saya, perpustakaan merupakan rumah ketiga saya selain di bilik dan masjid. Perpustakaan adalah tempat saya mempelajari ilmu baru selain di dewan kuliah. Saya semakin jatuh cinta dengan perpustakaan.

Minggu ini, perpustakaan tetap menjadi destinasi utama saya. Kalau pelajar lain, mereka mungkin datang ke perpustakaan untuk ‘memunggah’ bank soalan peperiksaan yang lepas. Kalau pelajar lain, mereka mungkin menggunakan perpustakaan sebagai tempat belajar untuk peperiksaan, saya pula menggunakan perpustakaan untuk membaca buku selain daripada untuk peperiksaan. Jika mahu ulangkaji, saya boleh ulangkaji di bilik sahaja. Tapi untuk mendapatkan ilmu selain daripada di dewan kuliah, perpustakaan adalah destinasi yang tepat (selain daripada melayari internet). Sekarang, saya dalam proses membedah ilmu ekonomi Islam berkaitan dengan wakaf kerana saya perlukan maklumat untuk mengukuhkan kertas kerja saya yang bertajuk ‘Potensi Wakaf Tunai di UMS’. Jadi memerlukan maklumat berkaitan dengan wakaf secara umum dan khusus. Selain itu, bidang falsafah juga mencuri tumpuan saya untuk dibedah. Saya ingin tahu lebih mendalam tentang apa titik perbezaan yang berlaku antara Ibnu Rusyd dan Imam al-Ghazali dalam mempertahankan hujah masing-masing berkaitan dengan ilmu falsafah kerana saya amat baru dalam bidang falsafah ini. Ini antara tujuan utama saya mengapa saya hadir ke perpustakaan, selain belajar ilmu pengkhususan saya dalam bidang kewangan Islam.

Kesimpulan

Saya melihat ada sebahagian para pelajar yang tidak suka ke perpustakaan dengan pelbagai alasan yang tersendiri. Saya hormati pendapat dan pandangan mereka. Tetapi bagi saya, perpustakaan yang ada seharusnya dimaksimakan penggunaannya sebagai tempat untuk menuntut ilmu. Proses menuntut ilmu bukan senang, tapi ia amat menyeronokkan bagi saya. Kelazatan membelek buku dan membaca satu persatu frasa ayat yang ada mampu memuaskan hati saya. Tapi saya tidak nafikan wujudnya kekangan dalam memahami bahasa selain daripada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, ia tidak pernah melunturkan keinginan yang mendalam saya untuk membaca intipati yang terdapat di dalam sesebuah buku tersebut. Kamus menjadi teman saya dalam menterjemahkan isi buku.

Untuk Para Da’ie

Sebagai daie, ilmu adalah keperluan utama dalam usaha memperkembangkan dakwah Islam. Lebih-lebih lagi ilmu yang bersifat fardu ain, perlu diberi penekanan. Ia sebagai syarat minimum untuk bergelar daie sleain daripada beberapa syarat lain. Saya tidak memaksudkan untuk tunggu sehingga sudah cukup ilmu, baru hendak berdakwah. Bukan itu maksud saya. Dakwah mesti terus dilaksanakan walau setakat mana ilmu yang kita ada. Pada masa yang sama, keinginan dan kesungguhan perlu wujud di hati para daie untuk mempertingkatkan ilmu di dada masing-masing, sebagai amalan hidup dan untuk disampaikan kepada ahli masyarakat yang lain. Oleh itu, selagi belum ‘gard’, gunakanlah perpustakaan sebaik mungkin. Jika tiada buku yang berkaitan, boleh syorkan pada pustakawan buku-buku yang patut ada di perpustakaan.

P/S: Kadang-kadang perpustakaan jadi tempat tidur sebab pendingin hawa sejuk sangat…

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”

Ibnu Basri al-Mursyid @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

29 Oktober 2008/29 Syawwal 1429

4 Comments leave one →
  1. October 30, 2008 4:40 am

    semoga ALLAH redha kamu

    al-Mursyid balas:
    Amin..Moga Redha Allah juga bersama mu, akhi…๐Ÿ™‚

  2. October 30, 2008 12:07 pm

    masyaAllah…ana tertarik dengan sejarah penggunaan perpustakaan di masa silam..tak dinafikan bahawa orang2 Islam terdahulu memang hebat dan benar2 ilmuwan..harap kita dapat contohi mereka..ingatlah kembali, disebabkan golongan seperti mereka inilah Islam pernah menakluki dunia..

    Tidakkah kita teringin mengecapi zaman kegemilangan Islam itu? Tepuk dada tanyalah iman….

    P/s: teringat masa buat research di kusza dulu tentang library..dalam questionnaire tu ada tanya “perpustakaan adalah tempat untuk anda?” dan ada yang menjawab “untuk tido dn gi toilet,”…adeh :))

    al-Mursyid balas:
    Syukran atas respon enti.. Betul apa yang enti cakapkan..
    Oh, ye ke? Subhanallah.. Itu realiti sekarang. Apa pun, harapan kita bersama agar mahasiswa Islam terus berusaha menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik…๐Ÿ™‚

  3. October 30, 2008 11:38 pm

    Assalamualaikum…bnyk gile buku tu….Huhu…Nway kita ni sgt2 kurang dgn ilmu…Ilmu al`quran punn terkial2 lagi mahukan nak d cari ilmu lain……yang duk cari slh ilmu satu hal plak…huhu.. BERUBAH UNTUK MENGUBAH

    al-Mursyid balas:
    Waalaikummussalam, nuar…hehe..buku banyak, tapi bukan semuanya di baca… Selalu ia hanya dibaca bila kena siapkan tugasan..;)
    Walau apa pun, nasihat untuk abang juga agar kita berusaha untuk perkasakan ilmu Islam di dada..๐Ÿ™‚
    Untuk maslahah dakwah…
    Teruskan mujahadah mu, sahabatku!

  4. October 31, 2008 12:46 am

    salam ‘alaik..kaifa kholuq ya akhi? ana sepertinya kenal ngan enta, senior ums-kal yang ada datang ke KML waktu program jati diri? am i right? kalau tak silap ana.. ana student ex-KML๐Ÿ™‚ great posting.. banyak memberikan kesedaran terutamanya buat mahasiswa yang semakin menjadikan perpustakaan itu bukanlah sebagai pusat menuntut ilmu malah kalau dilihat ada juga yang menjadikan perpustakaan untuk berdua-duaan terutamanya. itulah realitinya. pelajar2 zaman sekarang mmg sangat jauh bezanya dengan tokoh2 ilmu pada zaman dahulu yang begitu menghormati ilmu. masya Allah…

    al-Mursyid balas:
    Alhamdulillah, ana bi khoir..
    Oh, yeke?Yup, ana pernah ke KML untuk Kem Jati Diri…Syukran atas respon enti..
    Moga bermanfaat buat diri yang membaca.. Moga kita sendiri dapat meniikmati kelazatan membaca buku dan haamkan ia dalam hati untuk di amalkan..
    Semoga enti jadi doktor yang berjaya dan bertaqwa..๐Ÿ™‚
    Syukran,ukhti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: