Skip to content

Surat, Faham dan Cinta

October 28, 2008
tags:

“ Din,ada surat untuk kau,ni!”, jerit Sufi kepada kawan baiknya itu. “ Dari siapa sheikh ? “ tanya Izzudin.“ Ntah la,tapi surat ni dalam bahasa arab.” Izzudin menerpa Sufi lalu terus diambilnya surat itu dari tangan Sufi. “ Mak oi !,panjangnya surat ni,tak larat aku nak baca,dah la dalam bahasa arab,kalau dalam bahasa melayu boleh la nak baca.” rungut Izzudin

“Nak aku tolong bacakan dan terjemahkan untuk kau tak? “ tanya Sufi yang hebat dalam bahasa arab yang pernah dipelajarinya ketika menuntut di Nilam Puri dahulu. “ Tak pa la,nampak macam surat main-main je ni,lagipun aku malas nak baca panjang sangat,esok-esok la.Kau ingat aku tak faham ke bahasa arab ni,kacang je!!” Izzudin menyimpan surat misteri itu dalam almarinya.Tidak ada langsung dalam benak hatinya untuk cuba membaca dan memahami surat itu.

Hari demi hari,malam berganti siang,siang berganti malam.Genaplah sebulan selepas surat itu dihantar ke rumahnya.Akhirnya mula terdetik dalam hatinya untuk mengetahui isi kandungan surat yang diterima sebulan yang lalu.Terdetik dalam hati kecilnya bibit penyesalan kerana tidak mampu memahami bahasa arab,walaupun dulunya dia pernah menuntut di Nilam Puri,mempelajari bahasa arab.Maklumlah dah lima tahun meninggalkan bahasa arab,malah dulupun dia hanya menghafal semata-mata apa yang disampaikan oleh ustaz-ustaz tanpa memahaminya dan hanya membuka buku apabila tibanya waktu peperiksaan.

Izzudin merasakan ada sesuatu yang penting dalam surat yang ditulis dengan tulisan tangan yang memenuhi tiga muka surat kertas A4 itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertanya kepada Sufi tentang isi kandungan surat tersebut.Walaupun pada mulanya dia merasa agak malu untuk bertanya kawannya itu,akhirnya dia pasrah kerana memikirkan hatinya yang sering bergoncang untuk memahami surat tersebut.

“ Ya Allah, Din surat ni dari Atikah,muslimat yang kau tergila-gilakan sangat time kat Nilam Puri dulu.” “ Dia kata apa syeikh ? “ tanya Izzudin kepada Sufi. “ Dia nak kahwin dengan kau,dia kata dia nak jadikan kau sebagai suami dia,emmm.. qadarullahi wa ma syaa fa`al [1]tapi kau dah terlambat Din,aku baru dengar dia dah kahwin dengan Syeikh Hatikullah.” tambah Sufi lagi. Mendengar kata-kata sufi itu mengalirlah air mata Izzudin penuh penyesalan.

Kisah ini sekali baca mungkin mengarut kalau nak difikirkan,tapi penulis cuba nak bawakan  perumpamaan yang banyak dari kisah ini.

Perumpamaan Pertama

Surat  yang dihantar kepada Izzudin sebenarnya adalah perumpamaan al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya.Mengandungi berita gembira[2],janji,ancaman [3]dan juga harapan yang akan merubah keadaan seseorang daripada kesesatan kepada cahaya,kejahilan kepada ilmu,kesusahan kepada ketenangan dan kemudahan,kegagalan kepada kejayaan.Namun apabila hambaNya tidak memahami bahasa yang digunakan oleh Allah jalla wa`alla,mana mungkin dia mampu memahami apa yang diberitakan dalam al-Quran,malah orang yang membaca sesuatu tetapi tidak memahami apa yang dibacanya ibarat orang yang tidak bijak kerana dia tidak boleh memanfaatkan apa yang dibacanya itu.Begitu juga hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam dalam bahasa arab.

Allah berfirman:

حم (1) تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (2) كِتَابٌ فُصِّلَتْ آَيَاتُهُ قُرْآَنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (3) بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ (4) وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آَذَانِنَا وَقْرٌ وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ (5

. Haa Miim.

. Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui,
yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya); maka mereka tidak (mau) mendengarkan.

. Mereka berkata: “Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka beramallah kamu(dengan cara kamu); sesungguhnya kami juga beramal( mengiku cara kami)”[4]

Realiti di mana-mana,penuntut ilmu agama[5] lebih suka menyedapkan diri dengan lagu-lagu  ciptaan manusia yang lemah,lebih mentadabburinya  ,tapi apabila dibacakan al-Quran kepada mereka mereka tidak merasa apa-apa jadilah di antara mereka dengan al-Quran hijab[6](penutup) yang menghalang mereka menerima kebenaran,menghalang dari mengingati Allah,ketaatan terhadapNya,melakukan kewajiban syariat [7]Apabila diingatkan dengan al-Quran tidak langsung mereka merasa apa-apa,Apabila hujjah al-Quran dan hadith yang sahih datang di hadapan mereka,mereka lebih redha dengan kesesatan berbanding petunjuk,menukarkan keimanan mereka dengan kekufuran,menjual kepentiingan akirat mereka dengan kepentingan dunia yang tidak bernilai[8] mereka,mereka masih keberatan untuk meninggalkan hawa nafsu mereka,kepentingan,adat resam mereka,nenek moyang takut dituduh wahhabi,pemecah belah,ekstrimis,fundamentalis dan sebagainya,bagi mereka al-Quran hanyalah untuk dipertandingkan setahun sekali,dipersembahkan ketika majlis-majlis rasmi,dibacakan hanya pada waktu-waktu kematian.

Mereka juga mempelajari bahasa arab,tapi tujuan mereka hanyalah untuk mendapat gelaran sarjana,untuk mendapat habuan dunia semata-mata,untuk berbangga-bangga,mereka terlupa tujuan sebenar mempelajari bahasa arab adalah untuk memahami kalam Allah dan juga perkataan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam,mereka tenggelam dalam perangkap iblis yang menjauhkan mereka dari al-Quran[9].Meraka hebat meng`irab kalimah-kalimah demi kalimah tapi mereka masih tidak memahami kehendak Allah dan rasulNya.Kebijaksanaan mereka  melampaui batas apabila mereka  condong kepada kesesatan mentakwil sifat-sifat Allah untuk mencari fitnah[10] yang tidak pernah ditakwil oleh utusan rasmiNya,Muhammad sallallahu`alaihiwasallam.

Perumpamaan Kedua

Apabila kita mahu menyintai seseorang maka sudah pastilah kita perlu mengenali peribadi,sifat-sifat dan perkara yang disukai olehnya dan yang dibenci olehnya.Kelalaian seseorang daripada mengenali Tuhannya adalah satu kerugian yang paling besar.Justeru ramai penuntut agama yang apabila ditanya tentang Allah dan sifat-sifatNya mereka tidak mengetahuinya dengan sebenar-benar pengetahuan berdasarkan apa yang diberitakan sendiri oleh Allah tentang diriNya dalam al-QuranNya dan juga apa yang disampaikan kepada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam.Hal ini disebabkan sikap mereka yang jauh dari mentadabburi ayat-ayat al-Quran.Mereka lebih suka menyibukkan diri mengenali perkara-perkara yang tidak dituntut mereka mengetahuinya terlebih dahulu berbanding mengenal Allah,mengenal perkara yang dibenci olehNya,yang dicintaiNya dan batasan-batasanNya,tentang rasulNya dan perjalanan hidupnya dan para sahabatnya.Jadilah mereka hebat berbicara tentang daulah islamiyah,perjuangan,mehnah dan tribulasi sedangkan apabila ditanya tentang Allah,maka mereka akan menggunakan jawapan-jawapan yang tidak berdasarkan pengetahuan sebenar berdasarkan al-Quran,sunnah dan juga kefahaman para sahabat dan salaf-al soleh,malah boleh jadi mereka terjerumus kedalam lembah kesyirikan dan bid`ah dan mungkin mereka akan menerima dan mengiktiraf  jawapan-jawapan berkaitan Allah yang keluar dari kaum muktazilah[11],syiah[12],khawarij[13], dan wahdatul wujud.[14]

Maka diri yang hina ini menyeru agar kembalilah kita kepada Kitab Allah dan sunnah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam..

Yang Mengharapakan keampunanNya,

Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi
APIUM Nilam Puri,Kelantan
27 Syawal 1429H
11: 12 am

[1] Riwayat Muslim ,ucapan apabila ditimpa sesuatu yang tidak disukai.

[2]  ,Yunus [10]:64

[3] Thaha [20]: 113

[4]  Fusshilat [41]: 1-5 ,Berkenaan ayat ini penulis syorkan merujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim,Ibnu Kathir untuk mengetahui sabab nuzulnya.

[5] Penulis menujukan risalah ini kepada  sesiapa sahaja yang bergelar penuntut agama@ ustaz-ustaz

[6] Tafsir al-Quran al-`Azhim,Ibnu Kathir : 2/447,Dar at-Thaibah , CD ROM Maktabah Syamilah cet; 2

[7]  Tahrim alat at-Thorb,Muhammad Nasiruddin al-Albani : ms 142 Dar ad-Dalil, CD ROM Maktabah Syamilah cet; 2

[8]  Taisir al-Karim ar-Rahman fi tafsir Kalam al-Manaan, Abd Rahman ibn Naasir ibn Sa`di : 1/744, CD ROM Maktabah Syamilah cet; 2

[9] Penulis syorkan agar membaca “ Talbis Iblis” karya Ibnu Jauzi

[10] Ali Imraan [3]:7

[11]  Golongan yang meletakkan sumber akal melebihi wahyu dalam memahami akidah Islam. Rujuk juga Manhaj Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah,Ismail bin Omar m/s 445

[12]  Golongan yang melampau-lampau terhadap ahl-Bait,dan juga menyebarkan bid`ah,khurafat,dan syirik,mengkafirkan para sahabat,menuduh al-Quran diselewengkan oleh para sahabat.

[13] Golongan yang mengkafirkan ahli kiblat

[14] Golongan yang menyatakan Allah bersatu dengan hamba atau apa disebut “ ittihad” atau “al-hulul”.Pemikiran ini banyak diterima oleh tarikat-tarikat tasauf yang menyeleweng

Rujukan: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=121327

P/S: Peringatan buat para insan yang benar-benar cinta pada Islam…

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”

2 Comments leave one →
  1. October 28, 2008 5:44 pm

    slm `alek…exam hbs 14,tp ade program krjaan ngri kedah,mgkn ry haji br ade kat kL…sempatlah kita jumpa…hehe….
    …btul tu, beramal tanpa ilmu,maka akan mudah kita terdorong dalam kesesatan..na`uzubillah min zalik…mntk jauh…

  2. October 28, 2008 7:22 pm

    salam, alhamdulillah ana baek2 je…
    syukran atas perkongsian…
    betul2…kite kene blajar juga bahasa Arab…Imam Hassan Al Banna juga ada mewasiatkan dalam wasiatnye yang ketiga..

    “Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.”

    Teruskan perjuangan!!!

    al-Mursyid balas:
    Afwan, ukhti…Ana teringin nak belajar:)
    Ada peluang, insyaallah ana belajar secara serius..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: