Skip to content

Sedikit Komentar Buat Para Nuqaba’

October 26, 2008
tags:

“Abang Mad rasa kenapa banyak program-program tarbiyyah yang telah dibuat, tetapi masih ramai yang tidak mahu ikut?” Soal saya pada sahabat saya tempoh hari.

Saya pun tiada jawapan yang konkrit dalam hal ini. Banyak program tarbiyyah di atur tapi masih ramai yang tidak mahu ikuti. Mengapa ye?

Mungkin juga ia berkaitan dengan tahap kefahaman terhadap Islam dan perjuangannya yang masih lemah atau samar-samar.

Atau mungkin juga, pendekatan yang dilakukan hanya bersifat awang-awangan. Tidak sesuai bagi keadaan semasa. Menyebabkan ahli susah mahu ikut program tarbiyyah yang dijalankan. Saya tidak memaksudkan tamrin-tamrin yang telah ditetapkan. Yang saya maksudkan ialah aktiviti tarbiyyah amal soleh dan ruhiyyah seperti qiyammullail, baca al-quran, solat berjemaah dan sebagainya.

Mungkin juga kerana naqib/naqibah gagal menyampaikan dengan baik fikrah Islamiyyah kepada adik-adik.

Ya Allah, banyak kemungkinan-kemungkinan yang belum ada jawapan yang konkrit.

Para mad’u perlu lebih didekati. Amalan ziarah-menziarahi mesti dijadikan budaya hidup sebagai seorang murobbi. Dekati dan terus mendekati mad’u. Para duat perlu sentiasa tambahi ilmu di dada. Amalan banyakkan bertanya kepada yang lebih arif sebagai budaya hidup seorang yang ingin belajar dan menuntut ilmu. Jangan tangguhkan sebarang pertanyaan mad’u.

Jika tidak, bimbang ia boleh memberi peluang kepada syaitan dan nafsu untuk menjadikan mad’u lebih keliru. Fikrah Islam perlu dijelaskan. Memerlukan masa yang panjang untuk beri kefahaman. Teruslah merapati mad’u dan kehidupannya. Nescaya, para pelatih murobbi akan dapat menyelami jiwa mad’u seterusnya menyampaikan fikrah Islam dengan cara yang terbaik.

Mereka adalah golongan yang inginkan Islam. Jika tidak, mustahil mereka sudi datang ke usrah. Itu adalah pengorbanan bagi mereka yang cintakan ilmu dan islam. Hargailah kehadiran mereka. dan bertindaklah sebagai seorang abang dan kakak kepada adik-adik. Sayangi dan kasihi mereka. Moga mereka dapat menerima Islam dengan tenang. Moga mereka dapat fahami dan amalkan Islam dengan rela tanpa paksaan.

Selepas dijaga sebaik mungkin, saya yakin, dengan taufiq dan hidayah Allah, mereka mampu berdikari melaksanakan Islam di dalam kehidupan mereka. Tidak perlu paksaan atau tekanan yang terlampau sehingga menyebabkan mereka hilang hormat dan percaya.

Ingatlah selalu bahawa kita mahu beri kefahaman Islam kepada manusia. Ia memerlukan masa yang panjang dan kesabaran yang utuh. Kita berurusan dengan manusia yang pelbagai ragam.

Teruskan menimba ilmu tentang cara berurusan dengan emosi manusia yang pelbagai.

Latih diri untuk menjadi seorang murobbi. Seorang pendidik insan agar menjadi terbilang di dunia dan akhirat.

Diri ini perlu belajar banyak lagi perkara.

“KE ARAH MELAHIRKAN MUROBBI MITHALI”

Ibnu Basri al-Mursyid @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

26 Oktober 2008/26 Syawwal 1429

4 Comments leave one →
  1. October 26, 2008 5:40 pm

    salamz
    tankiuso much!
    =]]]
    bytheway
    blog ni nmpk bersih je!
    (:
    i lke it!

    al-Mursyid balas:
    Salam kembali..you are welcome…:)
    Yeke?mohon tunjuk ajar ye…

  2. October 28, 2008 12:48 am

    Assalualaikum ya akhi Basri,

    Salam Ziaroh…menarik hati ana tentang moto / slogan yang digunakan…erm, kalau enta dapat senaraikan caracteristics murobbi mithali…lagi menarik. mungkin ini dapat membantu…kearah kebaikan bersama…INSYAALLAH…

    al-Mursyid balas:
    Salam ziarah kembali…:)
    Tentang caracteristic murobbi mithali, insyaallah, ada kesempatan, ana kongsikan bersama. Insyaallah…
    Moga akan datang, dapat melahirkan para petugas Islam yang berkualiti.. Ia bermula dari diri yang hendak mengubah…:)

  3. November 5, 2008 8:37 am

    salam alaik.

    nice post. nasihat yg membina.

    kesabaran itu perlu. jgn terlalu terburu. harus memahami keadaan mad’u….barulah cuba menyelami.

    jangan terus terjun menyelam, tidak tahu mana hulu mana hilir.

    moga dipermudahkan Allah.

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    November 5, 2008 9:03 am

    Salamun alaik..
    Syukran atas lawatan doktor..🙂

    Moga akan lahir lebih ramai doktor yang mampu sembuhkan hati manusia, insyaAllah…

    Mohon tunjuk ajar ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: