Skip to content

Jangan Lupa Belajar Cara Sampaikan Islam

October 24, 2008

Gambar ehsan dari saifulislam.com

Salam Mujahid,

Bila saya membaca artikel Ustaz Hasrizal yang bertajuk MANA PINTU MANA TINGKAP?(KEMASKINI) melalui blognya http://saifulislam.com, saya dapat melihat bahawa ia merupakan antara permasalahan utama yang dihadapi oleh ahli gerakan Islam di kampus yang tidak mempunyai jurusan pengajian agama.

Semangat untuk membela Islam yang dipelajari oleh mahasiswa Islam sama ada melalui usrah-usrah atau di kelas-kelas pengajian agama yang berpusat di masjid atau di mana-mana sahaja, merupakan ransangan luar yang membangkitkan semangat berkobar-kobar dalam hati mereka untuk sama-sama membantu membela Islam. Sikap dan semangat golongan mahasiswa sedemikian yang juga terbit dalam hati sanubari yang faham tanggungjawab sebagai seorang mukmin ini patut dipuji kerana bukan semua bekas pelajar yang mengambil jurusan pengajian Islam seperti Usuluddin, Pengajian hadis dan seangkatan dengannya mempunyai semangat untuk membela Islam. Saya tidak kata semua, tetapi terdapat segelintir yang bersikap sedemikian rupa. Ada antara yang mengambil jurusan berkenaan hanya untuk mendapat pekerjaan semata-mata. Jika hendak dibandingkan dengan mahasiswa-mahasiswa yang disebutkan di atas, mereka adalah lebih baikjika hendak dibandingkan dengan para lepasan pengajian Islam yang tidak bertindak sebagai seorang yang membela Islam dengan ilmu yang mereka perolehi.

TERUSKAN USAHA

Pada hari ini, semakin ramai mahasiswa yang menunjukkan minat mahu memahami Islam yang bersifat sejagat ini. Bahkan, dengan semangat yang berkobar-kobar mereka menyampaikan Islam setakat yang mereka tahu. Ini adalah satu usaha yang perlu diteruskan oleh mahasiswa yang cintakan Islam.

Tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu direnung oleh mahasiswa berkenaan bahawa, semakin mereka cuba memahami Islam, semakin banyak yang mereka perlu tahu sebenarnya. Islam yang di anuti ini adalah agama bersifat menyeluruh dan sesuai dengan semua keadaan dan tempat. Akan tetapi, bagi seseorang yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia dakwah, kerap kali melakukan kesilapan dalam usaha menyampaikan Islam kepada orang ramai. Mereka ini punyai ilmu tentang Islam, tetapi mereka kurang ilmu tentang bagaimana cara untuk menyampaikan Islam sebaik mungkin. Akibat daripada kekurangan ini pada diri seseorang daie(pendakwah), ia berkemungkinan boleh menjadikan seseorang yang didakwahi itu semakin menjauhi dari Islam. Para mad’u (penerima dakwah) akan rasa berat dan susah untuk amalkan Islam. Sedangkan, dalam usaha menyampaikan dakwah islam itu, seseorang daie perlu terlebih dahulu memahami para mad’u. Mesti tahu cara mad’u berfikir, cara hidup mereka, latar belakangnya dan ahli keluarga mereka, tahap pendidikan Islam mereka dan sebagainya. Ini sebenarnya membantu para pendakwah untuk membuat strategi bagaimana untuk menyampaikan dakwah kepada mad’u tersebut. Setiap ma’du mungkin berbeza cara hendak mendekati mereka agar dakwah diterima. Selain daripada itu, waqi’ semasa(keadaan setempat atau semasa) perlu dinilai. Ini juga amat mempengaruhi penerimaan dakwah.

Sebagai contoh, dalam suatu tempat yang masyarakatnya sukakan muzik. Seseorang daie, tidak boleh terus mengatakan muzik yang mereka dengar(walau sudah tahu jenis muzik yang mad’u dengar itu, melalaikan) itu adalah haram didengari kerana sekian-sekian dalil. Padahal, mad’u tidak pernah belajar secara serius tentang Islam, apatah lagi menjadikan Islam sebagai cara hidup. Sepatutnya, daie perlu terlebih dahulu fokuskan kepada isu akidah. Soal iman dan taqwa menjadi mainan perbualan ketika usrah dan perjumpaan. Tidak perlu terlalu kerap hingga membosankan. Pada masa yang sama, jadilah sebahagian daripada mereka yang sukakan muzik dan berkongsi dengan mereka tentang muzik alternatif. Dalam satu tempoh tertentu, secara tidak langsung, mad’u itu sentdiri akan bertindak memilih jenis muzik yang baik untuk mereka. Pokok ceritanya di sini, keutamaan perlu diketahui oleh para daie dalam usaha memahamkan seseorang mad’u tentang Islam. Percayalah, bila soal pokok kita berikan pada mereka, tentang soal cara hidup, mereka perlahan-lahan akan cuba pelajari, memahami dan amalkan. Tidak perlu memaksa mereka.

BERAZAM UNTUK DALAMI ISLAM

Islam adalah bersifat menyeluruh dan merangkumi seluruh cara hidup. Jika tanya para duat yang tahu tentang Islam dan perjuangan, mereka mengiakan pernyataan ini. Oleh yang demikian, buat mahasiswa yang mungkin tidak pernah belajar pengajian Islam secara formal seperti melalui sekolah pondok, mengambil pengajian Islam sejak semasa berada di sekolah rendah atau menengah, apatah lagi dalam pengajian Islam yang lebih khusus seperti bidang Usuluddin, pengajian al-Quran atau bahasa arab, meraka ini mestilah mempunyai azam dan beriltizam untuk mempelajari Islam secara berstruktur agar mereka benar-benar hadam ilmu Islam di dada. Amat penting untuk para pendakwah memahami Islam dengan metodologi pembelajaran yang sebenar, agar para daie benar-benar dapat melihat bahawa Islam itu syumul(bersifat menyeluruh).

HARAPAN

Harapan saya agar mahasiswa-mahasiswa yang tidak mempunyai asas agama yang mantap jangan rasa lemah. Teruskan tekad dan usaha untuk memahami Islam. Gunakan masa muda ini, walau sudah berkahwin sekalipun, untuk mendalami Islam yang kita anuti dan cintai ini. Teruskan usaha dakwah disamping mempelajari Islam dan bagaimana cara menyampaikannya. Banyak buku-buku yang mengajarkan tips-tips untuk menyampaikan dakwah dengan berkesan. Berkorban sedikit wang dan masa dengan membeli dan membaca agar dapat menghayatinya untuk diamalkan. Anda semua adalah aset kepada Islam. Bukan sahaja anda, malah saya juga. Kita sama-sama pelajari Islam dengan hati yang gembira tetapi serius untuk mempelajarinya.

P/S: Doakan saya agar berpeluang untuki dalami Islam secara lebih berstruktur lepas saya bergraduasi nanti. Hanya untuk Islam…

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”

Ibnu Basri al-Mursyid @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

24 Oktober 2008/24 Syawwal 1429

6 Comments leave one →
  1. October 24, 2008 9:28 pm

    Salam ziarah kembali..
    jzkk kerana sudi menjenguk ke blog saya..

    Teruskan berjuang juga.. moga terus istiqamah menyelamatkan ummah..

    al-Mursyid balas:
    Afwan…amin..moga kita sama-sama istiqamah dalam perjuangan Islam..:)

  2. October 25, 2008 3:56 am

    salam ziarah.. Semoga mendapat barokah dan sentiasa dlm rahmat kasih sayang-Nya

    al-Mursyid balas:
    Amin.. Syukran, akhi Syakur.. Moga enta istiqamah dalam perjuangan Islam.:)

  3. October 26, 2008 8:55 am

    Salam `alek…ehm! btul tu, kalau kita fhm matlamat kita i`allah kita tahu apkh method yg terbaik,melainkan jika sorg daie tu bjuang krn mahu tnjuk hebat,sbb tu matlamat sukar utk capai sbb kehebatan tersebut utk kptgn dri sndri bukan utk islam…hehe,skdr pdpt..jemput ke blog yea,ada 3 post baru…maas salamah! BERUBAH UNTUK MENGUBAH

    al-Mursyid balas:
    Betul tu..matlamat mentarbiyyah kena jelas..abang teringat antara isi buku ‘7 Habits of the High Effectively’ Peolple oleh Stephen R. Covey..dia cakap, ‘kecekapan adalah objektif berurusan dengan benda , tetapi keberkesanan adalah objektif berurusan dengan manusia’.. Jadi perlu kesabaran untuk berurusan dengan manusia…:)

  4. October 26, 2008 8:07 pm

    ya sememangnya begitu. bukan semestinya anda perlu mempunyai latar belakang yang beragama untuk berdakwah. anda mesti ingat, mereka yang mempunyai latar belakang sains akan merasa lebih teruja, untuk melakukan sedemikian. Bukti dapat dilihat didepan mata. Apa yang terdapat dalam al Quran boleh difikir secara logik. Dimana mempelajari agama sahaja tidak dapat melakukan begitu. Oleh itu, segalanya perlu belajar, dan yang penting, agama adalah didahulukan atas apa jua perkara.

    Allah Almighty Knows Best.

    al-Mursyid balas:
    betul tu, rodin… Moga kita diberi kefahaman yang sebenar untuk beramal dengan islam..πŸ™‚

  5. November 7, 2008 10:07 pm

    salam ziarah..syukran atas ksudian ziarah ke blog n syukran ats suntikan smgt..betul2..stuju sgt apa yg akh tulis ni..untuk mencapai misi dakwah haruslah menggunakan metodologi yang efektif..agar mad’u selesa dgn da’e dan sistem yang tersusun juga perlu krn kita tidak mampu menggalas tugas ini individually..
    semoga langkah mujahid terus maju dalam misi memperbaiki ummah masa kini..
    wallahua’lam..

  6. November 8, 2008 12:13 am

    Salam ziarah kembali, ukhti ausarullah…

    Moga enti akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Doakan ana ya..

    Moga enti mampu menjadi Murobbi pada abad ini..

    Syukran atas respon enti..πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: