Skip to content

Sekitar Pilihanraya Kampus UMS-KAL

October 23, 2008

Salam Mujahid,

Hari ini ialah hari para pelajar Universiti Malaysia Sabah membuang undi. Saya baru lepas mengundi sebentar tadi. Suasana di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan agar tidak bermaya dalam mendepani musim pilihanraya kampus. Mungkin kerana waktu yang kian hampir dengan musim peperiksaan yang bakal menjelang bermula 3 November ini.

Walau bagaimanapun, bahang pilihanraya kampus dapat dirasai oleh para pelajar UMS-KAL pada malam rapat umum pada Isnin lepas. Sekumpulan mahasiswa yang sedar tentang tanggungjawab mereka untuk mengundi berusaha untuk mewujudkan bahang pilihanraya kampus dengan melaung-laungkan slogan HIDUP MAHASISWA! Secara berulang-ulangkali. Ada pro dan kontranya pada malam itu. Ada mahasiswa yang tidak senang kerana rasa tergangu dengan laungan-laungan tersebut yang pada saya menggegarkan kampus pada malam tersebut. Hinggakan Pengawal Keselamatan bertindak memberi nasihat agar tidak kelihatan seperti sebuah perhimpunan. Pihak penganjur hormat dan akur dengan nasihat Pengawal Keselamatan yang menjalankan tugas mereka.

SUARA WANITA AURAT?

Ini pertama kali berlakunya kejadian seumpama itu yang sememangnya amat baru untuk diterima warga kampus. Isu tentang suara wanita adalah aurat, mula kedengaran sayup-sayup di bibir mulut warga kampus. Betul ke suara wanita adalah aurat? DI sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mahasiswa yang sedikit keliru tentang masalah ini. Pada saya, ini merupakan petanda bahawa masyarakt Islam di kampus UMS-KAL semakin menunjukkan minat untuk lebih memahami Islam. Tahniah!

Sebenarnya, suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya terdapat di dalam al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw. Melalui al-Quran Allah membenarkan kaum wanita untuk berniaga atau melalukan aktiviti jual beli(Surah 2:275), berhutang-piutang dan memberikan persaksian(Surah 2:282), aktiviti sewa-menyewa(Surah 2: 233), memberikan ceramah(Surah 16: 125, Surah 41: 33), dan juga meminta fatwa(Surah 16: 43). Ini hanya di antara dalil-dalil daripada Al-Quran yang menunjukkan bahawa suara wanita bukanlah aurat kerana semua aktiviti-aktiviti di atas merupakan aktiviti berbentuk percakapan(tasharrufat Qauliyah). Sekiranya suara wanita ialah aurat, sudah tentu syarak mengharamkan wanita melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.(Muhammad Syuwaiki, a;-Khalas wa Ilkhtilar an-Nas, hal. 106).

Menurut Sunnah juga, terdapat beberapa situasi yang menunjukkan bahawa aurat wanita pada asalnya bukanlah aurat. Sebagai contoh, Rasulullah saw pernah mengizinkan dua orang hamba wanita menyanyi di rumahnya(Sahih Bukhari, hadis no. 949 & 952; Sahih Muslim hadis no. 892). Selain daripada itu, rasulullah saw juga pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah saw(Hadis Riwayat Tirmidzi,dinilai sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). Sebahagian dalil sunnah ini menunjukkan bahawa suara wanita pada asalnya bukanlah aurat, kerana jika ia adalah aurat, tentu Rasulullah tidak membenarkan ia berlaku.(Abdullah al-Baghdadi. Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 69-70).

Walaupun begitu, Islam melarang wanita membuat suara manja, memujuk rayu dan yang seangkatan dengannya yang boleh menimbulkan hasrat yang tidak baik dari kaum lelaki seperti hendak membuat zina, bersekedudukan dan sebagainya. Sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud:

“…maka janganlah kamu tunduk berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 33)

Suara wanita yang seperti di ataslah yang diharamkan syarak. Bukan suara wanita itu sendiri. Oleh itu, suara wanita bukanlah suatu yang tidak boleh diperdengarkan.

Merujuk kepada dadil-dalil di atas, pada saya, suara wanita adalah harus diperdengarkan. Dan untuk dikaitkan dengan situasi perhimpunan tersebut, maka ia dibolehkan, dengan syarat:

1) Suara itu dalam batas yang dibenarkan seperti tidak manja, mendayu-dayu, merayu-rayu atau yang seangkatan dengannya.

2) Perbuatan itu tidak disertai dengan perbuatan yang diharanmkan syarak seperti mendedahkan aurat, bercampur baur antara lelaki dan perempuan, dansebagainya.

Oleh itu, bedasarkan apa yang berlaku pada malam tersebut, saya melihat kedua-dua syarat ini sedaya upaya dipatuhi oleh rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi yang mengikuti peristiwa malam Isnin lepas. Para muslimatnya menutup aurat dengan baik dan mereka tidak bercampur dengan kaum muslimin(sekumpulan muslimin dihadapan dan sekumpulan muslimat dibelakang).

Tentang isu bising waktu belajar, saya merasakan kewajaran kepada pihak penganjur untuk menimbangtara isu ini pada masa akan datang kerana dibimbangi tujuan asal untuk mengajak mahasiswa lain turut merasai bahang pilihanraya kampus dan turun mengundi, dipandang serong pula. Tetapi pada saya, ia adalah fenomena berbentuk sementara kerana mereka(mahasiswa yang lain) belum pernah menghadapi situasi sedemikian rupa di bumi UMS-KAL. Tambahan pula, musim pilihanraya kampus pada kali ini amat dekat dengan musim peperiksaan yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Saya faham suara-suara hati yang merasa kurang enak dengan situasi Isnin lepas.

GOLONGAN TIKET ASPIRASI UMNO

Kali ini juga, kedengaran dari sumber-sumber yang diyakini bahawa golongan aspirasi(bukan aspirasi mahasiswa, tetapi aspirasi UMNO) sudah mula meresapi bumi UMS-KAL. Saya sebenarnya kurang selesa jika isu ini wujud dan benar-benar berlaku kerana kekuatan jentera mereka dijana daripada suntikan dana dari luar dan sokongan oleh pihak-pihak yang berotoriti diperingkat nasional. Ini merupakan contoh ‘double standard’ yang berlaku pada mahasiswa di kampus-kampus dalam negara dan termasuk juga UMS. Amat tidak adil kepada mahasiswa-mahasiswa yang tidak disokong sama rata oleh pihak HEP. Saya berani suarakan kerana saya pernah laluinya pada sesi Majlis Perwakilan Pelajar 06/07.

KESIMPULAN

Ini antara isu kampus yang saya ingin kongsikan bersama. Saya berharap agar pada masa akan datang, rakan-rakan mahasiswa yang bukan Melayu dapat sama-sama memperjuangkan hak mahasiswa melalui wadah PRO-MAHASISWA. Dari mahasiswa dan untuk mahasiswa. Apa itu Pro-Mahasiswa dan yang berkaitan dengannya perlu didedahkan pada mahasiswa. Pada saya ia adalah platform untuk menyeimbangkan sikap ‘bias’ yang berlaku dalam proses memilih kepimpinan pelajar di kampus. Ada pihak-pihak luar yang campur tangan dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar. Jadi Pro- Mahasiswa wujud dengan tujuan untuk memperkembangkan idealisme mahasiswa agar lebih bersikap intelek, profesional, progresif dan bebas dari kongkongn pihak tertentu yang bertujuan memperkudakan mahasiswa untuk kepentingan mereka YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

P/S: Terima kasih kepada pihak Pengawal Keselamatan atas nasihat yang diberikan… Penglibatan saya dalam PRK kali ini ialah penglibatan terakhir saya. Semoga mahasiswa-mahasiswa akan datang lebih matang dalam memilih kepimpinan pelajar di kampus. Petang ini keputusan PRK UMS-KAL. Kalah menang adalam asam garam perjuangan. Tetapi yang lebih penting, bagi golongan yang berjiwa kepimpinan, mereka tetap akan kehadapan memperjuangkan hak mahasiswa dan rakyat di luar sana, walau tanpa sebarang jawatan. BE A PROAKTIF LEADER!

Rujukan: http://konsultasi.wordpress.com/2007/01/18/apakah-suara-wanita-aurat/#more-133

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”

Ibnu Basri al-Mursyid @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

23 Oktober 2008/23 Syawwal 1429

3 Comments leave one →
  1. October 24, 2008 1:58 am

    Assalamualaiku…Hehe…isu ni nuar pnh kuarkan dlm bloggKalau a.aliff prasanlah..trylah search..tp nuar kuarkan dlm bidang nyanyian…A.aliff trylah search..agak keluaran yang awal…BERUBAH UNTUK MERUBAH..:-)

    al-Mursyid balas:
    Waalaikummussalam…yup, abang ada baca nuar punya artikel tentang suara wanita ni. Syukran atas perkongsian…:)

  2. NOT BADAR permalink
    October 24, 2008 3:26 am

    bukan tak manis ka perempuan menjerit-jerit?suara memang bukan aurat kalau tidak dilenggok-lenggokkan tetapi tidak manis.

    al-Mursyid balas:
    Pada saya, menjerit tanpa tujuan atau sia-sia yang tidak melambangkan dia seorang muslimah adalah tidak manis. Tetapi dalam usaha memberi kesedaran dan dalam batas-batas yang dibenarkan syarak, pada saya ia dibolehkan.

  3. November 2, 2008 7:30 pm

    salam…

    Apa hukumnya jika segelintir mengatakan bahawa aurat wanita itu haram?

    al-Mursyid balas:
    Salam kembali, Ochie..

    Pada Aliff mungkin dia berkata sedemikian kerana da mempunyai hujah atau dalil yang lain.. Atau dia jahil(tidak tahu).

    Akan tetapi, jika ada hujah dan dalil, dia kena kemukakan agar dapat dipertimbangkan.

    Setakat pencarian Aliff tentang adakah suara wanita ialah aurat, kebanyakkan ulama mengatakan suara wanita bukan aurat.

    Tiada hukum di keluarkan😉
    Terima kasih, sudi bertandang ke sini.. Mohon tunjuk ajar ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: