Skip to content

Mahasiswa Islam Vs. Mahasiswa Biasa

October 21, 2008
tags:

Salam Mujahid,

Mahasiswa merupakan segolongan ahli masyarakat yang diberi peluang oleh Allah swt untuk meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Ia juga merupakan sekumpulan masyarakat yang kecil di dalam sesebuah IPT. Dalam kalangan mahasiswa sendiri terdapat pelbagai golongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ini sebenarnya memberi peluang kepada mahasiswa itu sendiri untuk mempelajari bagaimana untuk mempelajari cara berhadapan atau bergaul dengan pelbagai jenis manusia.

Walau bagaimanapun, di mana-mana IPT, mahasiswa dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Di antara ‘labelan’ yang pernah didengari dan diberikan kepada mahasiswa adalah seperti ‘mahasiswa lesu’, ‘mahasiswa progresif’, ‘mahasiswa sedar’ dan ‘mahasiswa Islam’, Ini hanya di antara contoh-contoh gelaran atau ‘labelan’ yang diberikan kepada golongan mahasiswa di kampus. Pada tulisan kali ini, ingin saya membawa rakan mahasiswa untuk memahami tentang tanggungjawab sebagai Mahasiswa Islam. Klasifikasi saya berkaitan dengan Mahasiswa Biasa ialah golongan mahasiswa yang tidak dinafikan kesadaran mereka terhadap isu-isu semasa sama ada berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan segala isu yang berkaitan dengan tanah air tercinta mahu pun isu sejagat seperti isu palestin, kesan rumah hijau dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kesedaran mereka masih belum mencapai tahap di mana mereka mampu dan seterusnya bersama-sama dengan golongan mahasiswa yang optimis dan konsisten dalam usaha melakukan sesuatu untuk merubah sesuatu yang dilihat bertentangan dengan keadilan sejagat, apatah lagi yang bertentangan dengan prinsip Islam walaupun pada masa yang sama mereka sedar tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa iaitu menuntut ilmu (akademik).

Apabila bercakap tentang Mahasiswa Islam, saya merujuk kepada konsep asas pembentukan sebagai individu muslim yang menuntut pengislahan diri sebagai permualaan untuk melakukan pengislahan ke atas keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya. Mahasiswa Islam perlu menyedari bahawa dalam usaha untuk mendaulatkan Islam, ‘batu-bata’ atau tenaga pejuang mestilah kental dan bersedia dari segi intelek, emosi, jasmani dan yang paling penting ialah spiritualnya. Kerana dengan kemantapan dan kedalaman iman di hati Mahasiswa Islam, nescaya mereka dapat mengarungi segala mehnah dan tribulasi yang bakal mereka tempuhi kelak.

Bagaimana hendak memiliki jiwa yang kental dan persediaan yang rapi?

Mahasiswa Islam harus menjalani proses tarbiyyah yang berterusan. Saya teringat kuliah Ustaz Nik Abduh ketika program Himpunan Mahasiswa Islam Sabah (HAMAS), beliau membahagikan jenis tarbiyyah itu kepada enam cabang iaitu tarbiyyah imaniyyah, tarbiyyah amal soleh, tarbiyyah ruhiyyah, tarbiyyah jihadiyyah, tarbiyyah jama’iyyah dan tarbiyyah siyasiyyah. Dalam proses melahirkan Mahasiswa Islam yang sempurna dari segenap aspek, setiap cabang tarbiyyah ini perlu dititik beratkan agar seimbang dan tidak berat sebelah. Dan sebagai ahli gerakan Islam, Mahasiswa Islam seharusnya sentiasa mengambil berat soal tarbiyyah dan sudah semestinya mengikuti program-program yang telah ditetapkan oleh organisasi. Jangan pula menganggap bahawa program-program tarbiyyah itu sebagai bebanan pada diri Mahasiswa Islam. Sebaliknya, jadikanlah ia sebagai usaha untuk mendekatkan diri kita kepada Kekasih Agung dan seterusnya memohon pada-Nya agar dapat memberikan kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan. Umum mengetahui bahawa perjuangan Islam itu adalah panjang dan memerlukan stamina yang panjang dan oleh kerana itulah, program-program tarbiyyah diatur untuk menyediakan tentera-tentera yang benar-benar faham erti perjuangan dan sedia bekorban untuk Islam.

Pasca perjuangan Mahasiswa Islam pada hari ini adalah lebih mencabar. Mahasiswa Islam perlu sedaya-upaya untuk memperkasakan diri dengan kemahiran insaniyyah(softskill) di samping mengikuti program-program tarbiyyah yang ada. Kemahiran berucap, menulis, berhujah dan kemahiran IT perlu ditajamkan oleh setiap Mahasiswa Islam. Kedua-dua aspek tersebut iaitu menghadiri program-program tarbiyyah dan pemerkasaan kemahiran insaniyyah perlulah dilakukan oleh Mahasiswa Islam dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkualiti. Ia sudah semestinya akan digandingkan dengan akademik yang cemerlang. Kepakaran dalam bidang masing-masing harus dinilai dalam konteks ingin mengaplikasikan kepakaran tersebut demi melihat kecemerlangan ummah. Oleh itu, kepakaran mesti diperolehi oleh Mahasiswa Islam. Mahasiswa Islam juga mesti peka dengan isu-isu semasa berkaitan dengan isu umat Islam di luar dan dalam negara serta isu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Kesimpulan

Inilah di antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh Mahasiswa Islam yang agak berbeza dengan Mahasiswa Biasa. ‘Mindset’ perlu ditukar daripada seorang Mahasiswa Biasa kepada seorang Mahasiswa Islam yang sedar akan tanggungjawab besar yang sedang dipikul. Program tarbiyyah wajib dihadiri disamping pemerkasaan kemahiran insaniyyah yang perlu dilakukan oleh Mahasiswa Islam. Juga tidak lupa kepada penguasaan dalam jurusan yang sedang dipelajari oleh setiap Mahasiswa. Semua ini dilakukan tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai persediaan untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Islam yang disalah fahamkan oleh sesetengah pihak mesti perbetulkan. Dakwah Islam mesti diperluaskan dan masyarakat perlu didekati. Semoga Mahasiswa Islam yang diredhai Allah akan lahir disetiap IPTA/s seluruh Malaysia.

Sekadar perkongsian pendapat dan saranan…

P/S: Artikel ini saya pernah paparkan dalam blog saya sebelum kewujudan blog ini.

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”

One Comment leave one →
  1. October 28, 2008 10:19 pm

    dalam hal seperti ni, saya rasa sukar utk diubah kerana mahasiswa yg mengikut Islam (kalau ckp yg mahsiswa islam jer mcm mengkafirkan yg lain plak) apa yg saya lihat seperti menjadi ditelan mati emak diluah mati bapak..yelah,selagi negara belum betul2 berubah, guna hukum islam yg sebenar, agak sukar..dan ada yg mengatakan program tarbiyah buang masa,beban dan menyebabkan gagal dlm pelajaran, ini institusi saya la, tak tau la tempat anda bagaimana..
    perlu ader anjakan paradigma daripada semua pihak…

    al-Mursyid balas:
    Syukran atas respon akhi tentang artikel ini…
    Memang wujud cabaran dalam usaha mentarbiyyah mahasiswa Islam(secara keaseluruhannya). Walau bagaimanapun, moga enta, ana dan sahabat-sahabat yang sedar akan hal ini akan terus mencari formula yang terbaik untuk menyelesaikan masalah pentarbiyyahan ini. Mahasiswa hari ini berbeza dengan yang lepas atau akan datang. Jadi perlu ada perubahan dari sudut cara mentarbiyyah kerana kita berdepan dengan ‘arus yang deras’ di luar sana. Ia turut mempengaruhi mahasiswa Islam.
    Apa pun, kita jangan putus asa dan mesti teruskan gerak kerja Islam. Moga Allah istiqamahkan hati enta, ana dan sahabat-sahabat yang lain dalam amal Islami.
    Syukran sekali lagi atas respon enta.. Ana amat hargai..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: