Skip to content

Betulkah Wujud Masalah Integriti Dalam Kalangan Para Daie?

October 19, 2008

Masalah integriti

Integriti adalah berhubungkait dengan kejujuran, sifat amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab. Ini adalah ringkasan yang saya faham tentang perkataan INTEGRITI.

Integriti adalah bersangkut paut dengan ATTITUDE atau SIKAP. Sebagai contoh, isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ini contoh masalah integriti yang wujud dikalangan masyarakat Malaysia. Bukan sekadar masalah rasuah, malah masalah gangsterisme, kes pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan plagiarisme di kalangan mahasiswa juga merupakan antara contoh masalah integriti.

Apabila saya teliti masalah-masalah yang dikaitkan dengan integriti, saya membuat kesimpulan bahawa ia adalah masalah yang timbul akibat ‘kesakitan’ pada hati. Masalah integriti juga boleh diklasifikasikan sebagai masalah iman. Iman yang lemah, hati yang sakit dan kefahaman yang kurang tentang matlamat penciptaan diri menjadi antara faktor kewujudan masalah integriti dikalangan manusia, khususnya umat Islam. Ini secara umumnya. Saya sebenarnya ingin bawa kepada satu isu yang berkaitan dan lebih khusus.

Benarkah sebahagian ahli gerakan Islam kampus tidak berintegriti?

Saya sebenarnya cuba kaitkan dengan masalah dan cabaran yang berlaku dalam gerakan Islam dikampus. Bahkan, saya juga pernah mengalaminya sendiri.

Dalam matlamat sebenar gerakan Islam adalah untuk mendaulatkan Islam. Menegakkan Islam di atas segala yang lain. Mahu Islam dihormati. Bila diberi taklifan sebagai pemimpin di sesebuah negara, para pejuang Islam akan menegakkan hukum Allah yang bersifat adil dan saksama serta sesuai pengaplikasianya kepada semua manusia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Ini antara matlamat gerakan Islam. Selepas proses kemenangan, para jundu akan mengisi kekosongan tempat untuk menyerikan sistem yang sedia ada dengan sistem Islam yang diyakini keberkesanannya. Untuk itu, gerakan Islam memerlukan ahli-ahli yang kompeten dan professional dalam usaha untuk mengendalikan sistem-sistem yang diperdebatkan kebenarannya dengan orang-orang yang tidak atau belum lagi celik tentang Islam.

Proses melahirkan ahli yang mampu menggerakkan Islam ini memerlukan jundu yang pakar dalam pengkhususan masing-masing. Oleh sebab itu, ahli gerakan Islam di kampus-kampus memegang tanggungjawab yang besar untuk merealisasikan matlamat perjuangan Islam ini. Ia tanggungjawab besar dan amanah yang amat berat.

Tetapi, saya tertanya-tanya, adakah proses ke arah melahirkan professional ini mampu dicapai jika masalah integriti masih berlaku dalam kalangan ahli gerakan Islam?

Apa masalah yang dimaksudkan? Masalah PLAGIARISME(peniruan), minta tolong orang lain buatkan ‘assignment’, tiru tutorial dan sebagainya dalam kalangan ahli gerakan Islam(bukan semua, tapi sebahagian). Saya agak sulit untuk membincangkannya di sini, tetapi hati saya kacau memikirkannya. Saya bedebar waktu hendak menaip tentang isu ini tetapi saya perlu suarakan untuk difikirkan bersama. Ia juga agak sensitif kerana ia berkaitan dengan pemilihan keputusan setiap ahli gerakan untuk memilih sendiri cara bergerak kerja. Dalam hal ini, konsep pengorbanan dan tentang kesedaran ukhwah untuk saling tolong menolong antara ahli jemaah digunakan untuk ‘memurnikan’ hasrat ini. Di mana integriti bagi seorang ahli gerakan Islam dalam hal ini? Ada sesiapa mempunyai jawapannya? Adakah ini perbuatan yang boleh dikira bertanggungjawab? Adakah dalam hal ini terdapat kompromi untuk dibenarkan hal ini berlaku kerana begerak kerja dalam Islam?

Saya menimbulkan isu ini kerana saya bimbang satu hari nanti, gerakan Islam bakal melahirkan ahli-ahli yang tandus dengan kemahiran professional dalam bidang pengkhususan masing-masing yang dicanangkan sesuai untuk semua manusia. Saya juga pernah bergelumang dengan masalah ini sebelum ini, tapi pada saya ia adalah kerana saya kurang arif dengan kemahiran-kemahiran dan cara-cara membangunkan potensi diri. Saya belum jumpa sebelum ini. Tapi sejak akhir-akhir ini, saya didedahkan oleh Allah swt tentang mencari hakikat diri yang pada saya baru sahaja bermula. Setakat yang saya dapat ialah saya kuat mengatakan bahawa konsep plagiarisme adalah konsep yang tidak bertanggungjawab dan bakal menghancurkan gerakan Islam secara menyeluruh.

Anjakan paradigma perlu berlaku dalam kalangan ahli-ahli gerakan Islam dalam hal integriti. Ini hanya sebahagian kecil daripada bepuluh-puluh isu masalah integriti yang wujud dalam kalangan ahli-ahli gerakan Islam di kampus. Masalah-masalah yang wujud perlu diubati segera agar gerak kerja Islam dapat dilihat kesyumulannya secara realiti oleh seluruh umat manusia. Banyak lagi kemahiran yang perlu dicari dan dihadam oleh ahli gerakan Islam sebagai persediaan untuk turun bertemu masyarakat atau mad’u. Ayuh kita belajar untuk sama-sama memertingkatkan potensi diri kita. Hanya untuk Islam.

Isu ini saya bawakan untuk sahabat-sahabat pembaca dapat fikirkan bersama. Jika ada alternatif yang lebih baik, kita boleh kongsi bersama. Saya amat mengalu-alukan.

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”

Abu Nasih @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

19 Oktober 2008/19 Syaawwal 1429

3 Comments leave one →
  1. October 19, 2008 4:45 pm

    Assalamualaikum….Huhu, betul2 beri kesedaran pada Nuar…Igtkan kerana tidak redha terhadap sistem government nuar pun buat macam ni, tapi rupany2 itu tndkn emosi yang akan datangkan keburukan kepada kita sendiri…Pada mulanya sikap begini nuar akan lakukan dlm stuasi begini melainkan jika mengambil dalam bidang yang btul pada manhajnya….i`allah, BERUBAH UNTUK MENGUBAH…. -(INTEGRITI)-

  2. October 19, 2008 5:36 pm

    tahniah kerana masih komited untuk menulis…
    tentang hal ni ada benarnya juga…
    cuma bg ana para aktivis dakwah kena sedar akan hal ini…ianya bukan lah perkara yang remeh untuk difikirkan…
    tahniah juga kerana mengemukakan isu ni…

    P/S : teringat satu masa dulu…ada lecturer kata masa test
    “nak tiru boleh…tp make sure xde yang nampak”
    memang xleh tiru la…sbb Allah blh nmpak ^_-

  3. Abu Nasih permalink*
    October 19, 2008 5:53 pm

    Waalaikummussalam,uar n aktivis muda…
    Sekadar lontaran sbnrnya…tapi ana masih dlm proses mendapatkan jawapannya…ana tak selesa jika ia hanya tinggal persoalan…..

    syukran atas skgn kalian,shbt dunia akhirat ana…
    mhn tnjuk ajar ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: