Skip to content

Dompet Oh Dompet…

October 17, 2008

Saya jadi hilang punca selama hampir 2 hari akibat kehilangan dompet yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan beberapa kad ATM serta beberapa dokumen lain.

Bermula pada Isnin lepas sewaktu bersiap-siap hendak ke mesin ATM, baru saya sedar dompet saya hilang. Sekitar tempat program pada Sabtu dan Ahad lepas, saya amati, juga di bilik saya sendiri, tapi tetap tidak jumpa. Memang saya kena akui yang dompet saya hilang. Saya tidak syak sesiapa, cuma mungkin tercicir dan akibat daripada kecuaian saya sendiri. Inilah pertama kali saya hilang dompet selama saya hidup dan juga pertama kali saya kehilangan kad pengenalan, lesen memandu serta beberapa kad ATM lain.

Buat Repot

Hari Selasa, saya ke Balai Polis Wilayah Persekutuan Labuan untuk membuat laporan polis tentang kehilangan dompet dan yang lebih penting ialah kehilangan kad pengenalan. Cerita tentang penjualan kad pengenalan kepada pendatang asing menjadikan saya sedikit gelabah, lalu keputusan diambil secepat mungkin untuk membuat laporan polis. Sekadar untuk menyatakan bahawa ‘kad pengenalan itu, saya yang punya!’

Ketika laporan dibuat, saya ditakdirkan Allah bertemu dengan satu kes kecurian oleh 3 orang kanak-kanak dalam lingkungan 10-13 tahun. Mereka ditangkap oleh ‘pak guard’ pasaraya Utama Jaya kerana mencuri 2 papan coklat seperti Cadbury. Geram ada, sedih pun ada. Apa tidaknya, selepas saya bersembang dengan ‘pak guard’ pasaraya tersebut, dia menyatakan bahawa setiap minggu, pasti ada kes kecurian. Dan hampir keseluruhan kes tersebut melibatkan remaja Labuan! Bila sebut kes kecurian bermakna kes tersebut dibawa mengadap polis. Kanak-kanak tersebut berhadapan dengan situasi boleh didakwa di bawah Kes Juvana yang akan mencatat sejarah hitam dalam kamus hidup mereka. Dalam beberapa ketika, ibubapa salah seorang kanak-kanak tersebut datang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku. Saya sayu melihat kelibat ibubapa tersebut yang sudah semakin dimamah usia. Apalah yang terselit jauh dilubuk hati mereka bila dapat tahu anak mereka berkelakuan sedemikian rupa.

Perkara ini pada saya, berkaitan dengan faktor didikan dan pengaruh persekitaran. Pengaruh persekitaran yang pesat berubah mampu mendominasi cara berfikir kanak-kanak Labuan. Saya tidak mengatakan seluruh kanak-kanak Labuan, tetapi saya melihat pengaruh persekitaran mampu mempengaruhi mereka agar berakhlak buruk dan menyusahkan masyarakat, apatah lagi negara. Kegiatan melepak, aktiviti minum arak oleh remaja-remaja di bawah umur, pergaulan bebas, budaya tindik-menindik di badan, rambut yang berwarna pelangi dan sebagainya boleh dilihat di sekitar Labuan. Saya tertanya-tanya, sejauh mana keberkesanan dakwah di Wilayah Persekutuan Labuan. Saya masih belum dapat maklumat sama ada, para pelajar di Labuan ini, adakah di wajibkan pergi ke sekolah Agama atau tidak. Tetapi jika pergi sekali pun, pada saya, ia perlu di seimbangkan dengan mewujudkan suasana yang kondusif untuk mendidik anak bangsa yang baik. Penjualan arak dan rokok yang murah serta mudah didapati di kedai-kedai runcit biasa mesti dihentikan kegiatannya. Para pendakwah perlu lebih proaktif daripada sekarang untuk mendidik keturunan yang rabbani pada masa akan datang. Pertemuan antara semua pendakwah mesti menghasilkan satu gerak kerja dakwah yang dilihat bersifat semasa(waqi’iyyah) dan tidak hanya bergantung kepada cara konvensional seperti pengajaran di dalam kelas atau kuliah dimasjid semata-mata. Keadaan semasa tidak boleh bergantung dengan cara sedemikian rupa. Ustaz dan ustazah serta para pendakwah di seluruh Labuan kena buat ‘ekstra work’ sedikit. Saya sudi menjadi amilinnya, insyaallah. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah menafikan usaha gigih para pendakwah dan para ustaz ustazah untuk menjayakan agenda dakwah di bumi Labuan. Tahniah saya ucapkan atas kegigihan kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan teruskan perjuangan! Saya sentiasa menyokong!

Berapa Kosnya?

Akhirnya, semalam selesai urusan membuat laporan Polis dan kad pengenalan. Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kos bagi kehilangan dokumen-dokumen penting berikut:

a) Kad Pengenalan: RM110 (biasa), RM60 (bagi pelajar..jangan lupa bawa kad pelajar)

b) Lesen memandu: RM20 beserta salinan kad pengenalan sementara(bagi yang baru buat kad pengenalan) dan gambar berukurabn lesen memandu.

c) Kad ATM CIMB Biasa dan Islamic: Setiap satu kad, RM12

d) Kad ATM Bank Islam: Rm18

(Belum termasuk kos pergi dan balik menggunakan pengangkutan)

Kad-Kad Atm Bank lain, saya tidak pasti, tetapi yang penting, memang ada bayarannya.

Kesimpulannya

– Semoga Dakwah kian subur di bumi Labuan. Labuan perlukan para petugas dakwah yang komited. Jadi diharapkan kepada sesiapa sudi menetap di Labuan untuk satu tempoh, amat dialu-alukan.

-Jaga dompet baik-baik. Jangan cuai. Tapi apa yang berlaku pada saya, ada hikmahnya. Saya semakin tahu bagaimana keadaan Labuan dan penghuninya.

-Hargai apa yang sedang dimiliki kerana bila Allah tarik nimmat tersebuit, masa itulah mungkin kita akan menghargainya sebaik mungkin. Tapi hakikatnya, ‘ia’ sudah tiada pada kita lagi.

“BERUBAH UNTUK MENGUBAH”

Abu Nasih @ http://jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

17 Oktober 2008/17 Ramadhan 1429

9 Comments leave one →
  1. October 17, 2008 1:08 pm

    masa dengar mula2 ana terkejut plus risau juga…semoga kan sentiasa tabah menghadapi ujianNya….tanda kasih sygNya…pasti ada hikmah di sebaliknya…jgn mudah putus asa..nta mujahid..kena banyak bersabar🙂

  2. Abu Nasih permalink*
    October 17, 2008 4:35 pm

    Syukran,ukhti…setakat ni,alhamdulillah,dah selesai..tggl lesen je belum..🙂

  3. October 17, 2008 7:28 pm

    kalau lesen memandu hilang kena buat report polis juga ke sblm ke jpj?

  4. Abu Nasih permalink*
    October 18, 2008 12:25 am

    Buat dulu report sbg bukti yang kita hilang lesen..then, bila nak buat lesen, tunjuk pd mereka..:)

  5. October 18, 2008 1:39 am

    Salam….Rasa lega sket bl kongsi mslh dlm blog kan?? Mg Allah permudahkan segala urusan..Dah banyak yea update??Nuar pun x byk sgt mcm ni,hehe…ilmu sket sgt..Slm pjuangan!!

  6. Abu Nasih permalink*
    October 18, 2008 2:12 am

    Salam,nuar…alhamdulillah…harapan abg agar pengalaman yg abg lalui, dapat beri manfaat bukan saja pada abg,tp juga pada semua pembaca blog abg…

    Ada peluang abg update,nuar..abg nak blajar bdisipliin untuk menulis selalu…Hari tu da lama tak update(minggu lapes) sebab ada program..

    teruskan usaha melihat dan berfikir serta berzikir…mg ketemu kebenaran yang sentiasa membuatkan hati kita amat tenang bersama Allah….:)

  7. Fazly Emir permalink
    March 15, 2009 1:04 pm

    thx u… amat membantu.. baru hilang dompet jugak ni.. he he he

  8. Eman permalink
    May 3, 2010 1:20 am

    Nak ganti kad ATM bank islam tu kena pegi cawangan asal kita wat dulu ke? Tk leh wat kat cawangan yg lain ke utk ganti?

  9. perindu damai permalink
    September 15, 2010 11:55 pm

    Alhamdulillah…
    Terima kasih banyak atas petunjuk bila dompet ilang…
    kagum dengan kesabaran anda..
    terima kasih banyak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: