Skip to content

Kembara Aidilfitri 2008

October 8, 2008

3 OKTOBER 2008

Hari ini sebelum bertolak ke Kota Kinabalu, kami sempat kunjungi 2 buah rumah. Mula-mula ke rumah seorang sahabat yang baru lepas selesai pengajian di Politeknik Kota Kinabalu. Hati rasa gembira bila dapat tahu dia seorang sahabat yang mendapat tarbiyyah di kampus. Bertambah lagi jundu di bumi Labuan yang kegersangan tarbiyyah Islam(walau ada JAWI sekalipun). Sememangnya bumi Labuan memerlukan ramai Jundu dalam proses mewujudkan bi’ah solehah di bumi Labuan. Semoga 10 tahun dari sekarang, bumi Labuan mampu melahirkan penggerak-penggerak jihad yang berkualiti dan mampu memikul beban tugas dakwah Islamiyyah.

Feri bertolak sekitar jam 2.00 petang dan sampai di Menumbok sekitar jam 4.00 petang. Perjalanan diteruskan menuju ke Kota Kinabalu selama hampir 2 jam setengah dari Menumbok. Van yang kami naiki mengisi 11 orang perantau yang tidak pulang ke kampung. Termasuk 2 orang sahabat dari bumi Sabah(padahal boleh balik..jangan marah ye ady dan Rosman..hehe). Sampai di Kota Kinabalu sekitar jam 6.40 petang dan kami terus ke destinasi pertama iaitu ke rumah sahabat kami, Johan. Di rumahnya, yang istimewa ialah burasak(makanan ‘special’ di Sabah). Ia seperti Lontong, tinggal lagi lontong berbentuk silinder, tapi burasak dilipat macam kuih lepat pisang dan diikat dengan ketat serta rapi. Burasak yang kami makan dipasangkan dengan lauk ayam masak lengkuas. Alhamdulillah, kenyang…

Seterusnya kami ke rumah Ustaz Nik. Ustaz kepada Syukri. Bila sampai sahaja di rumah Ustaz Nik, walau rasa letih(padahal tak memandupun..jangan marah,syuk..hehe) tapi bila lihat anak-anak Ustaz Nik yang masih kecil dan comel, saya jadi segar semula! Menurut Syukri, kalau Ustaz Nik ada program, tiga-tiga beradik itulah akan dibawa bersama dan akan bergelimpangan tidur keletihan sekitar masjid sementara menunggu abinya selesai berjuang. Telatah si Aisyah yang berumur sekitar 1 tahun amat melucukan. Bila dikacau oleh kakaknya yang berumur sekitar 3 tahun, habis riuh satu rumah dengan tangisan manjanya. Di rumah Ustaz Nik, diterangkan juga serba sedikit(padahal banyak juga) tentang rawatan menghadapi makhluk halus menurut Islam. Beliau merupakan bekas anak murid Dr. Haron Din di Darussyifa’. Beliau memperingatkan pada kami agar tidak mudah terpedaya dengan rawatan-rawatan yang mengaku kononnya menurut syarak. Khususnya berkaitan dengan rawatan akibat rasukan Jin atau sebarang makhluk halus. Antara kata kuncinya, sebarang rawatan yang menggunakan ‘khadam’ atau dengan bantuan jin, merupakan perbuatan syirik! Hanya rawatan menggunakan ayat a-Quran dan degan doa-doa ma’thur dari Rasul saw sahaja yang boleh menjadi bacaan untuk rawatan tersebut. Tidak boleh guna bantuan jin sama sekali. Untuk lebih lanjut, kena masuk kelas….

4 OKTOBER 2008

Pagi ini, kami bertolak ke Tuaran, untuk berkunjung ke rumah abang Fairus Bend, sahabat dari UMS KK. Tetapi sebelum kami ke rumah abang Fairus, kami bercadang untuk ke Taman Buaya Tuaran kerana pagi ini yang masih awal untuk bertandang ke rumah orang. Sebagai muslim, Islam ada mengajar bila waktu yang sesuai untuk bertandang ke rumah orang lain. Sudah lama saya tidak berkunjung ke mana-mana zoo atau mana-mana taman haiwan. Tapi pada pagi ini, saya berpeluang untuk ‘beraya’ di rumah buaya.

Lebih kurang jam10.30 pagi, barulah kami ke rumah abang Fairus. Seperti biasa, kuih Makmur menjadi pencarian pertama saya antara banyak-banyak kuih yang dihidangkan bila sampai sahaja di rumah abang Fairus. Perbualan berkisar tentang pengalaman hidup abang Fairus. Seterusnya, kami meneruskan pengembaraan kami ke Kudat. Di Kudat, kami menziarahi mak cik Ady. Perjalanan sekitar 2 jam setengah agak memenatkan. Apatah lagi pemandu.. Di rumah mak cik Ady, kami berkenalan dengan seorang muallaf. Nama Islamnya, Zulkarnain. Dia baru sahaja kembali kepada fitrah dengan memeluk Islam. Semoga dia menjadi contoh kepada semua penganut Islam agar lebih menghargai Islam yang di anuti. Islam bukan sekadar nama, tetapi merupakan amalan kehidupan. Selepas itu, kami ke rumah pak cik Ady yang berhampiran dengan rumah yang sedang kami kunjungi. Dia pernah bekerja dengan MARA dan celik politik orangnya. Selepas dia tanya seorang demi seorang tentang kami berasal dari mana dan kebetulan kebanyakkan dari kami berasal dari negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat. Terus dia kata:

“Habis 5 negeri disapu Pakatan Rakyat.” Tekejut saya dibuatnya. Dengan dia, banyak bersembang sekitar suasan politik di Sabah. Setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan kepada kerajaan Negeri Sabah, tapi dia pelik, ke mana wang tersebut digunakan? Sudah banyak kali dia ajukan pertanyaan dan aduan tentang jalan di hadapan rumahnya agar diturap, tetapi sampai sekarang masih bertanah merah. Sedih saya mendengar rintihan dia. Semoga anak-anak Sabah mendengar rintihan pak cik ini dan bangkit membela masyarakat di bumi Sabah.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Atau lebih dikenali dengan jolokan sebagai ‘The Tip Of Borneo’. Ini kerana kedudukannya yang paling atas Sabah dan turut dikenali sebagai ‘tanduk Sabah’. Cantik sungguh pemandangan di sana. Ukiran-ukiran batu yang terbentuk akibat hakisan ombak sangat cantik dan unik. Umpama ada manusia yang mengukirnya. Nasib baik kamera Nuek masih ada bateri. Dapatlah menyimpan kenangan berada di ‘tanduk Sabah’ yang amat mengasyikkan.

Dalam perjalanan pulang dari Tanjung Simpang Mengayau untuk menuju ke Kundasang, tiba-tiba tayar pecah. Ada yang nampak gelabah, ada yang ‘relax’. Macam-macam telatah ada. Tetapi, alhamdulillah, Allah hantar seorang ‘apek’ yang sudi membantu kami. Dia pinjamkan ‘jek’ untuk angkat van. Doaku agar di masuk Islam dan amalkan cara hidup Islam.

Setelah semua selesai, kami meneruskan perjalanan untuk ke rumah Sahabat muslimat tahun 1. Lepas Isyak kami sampai ke rumah dia. Hidangan nasi dengan ayam masak kicap amat menyelerakan. Kami tidak lama di rumah sahabat muslimah tersebut, lalu meneruskan perjalanan ke Kundasang. Perjalanan malam yang sejuk. Tapi seronok. Kami sampai Kundasang sekitar jam 12 tengah malam.

5 OKTOBER 2008

Cuaca sejuk terasa hingga meremang bulu roma saya. Suasana berkabus menghiasi sekeliling masjid. Cadangnya akan bertolak ke rumah Fezri pagi ini, tapi masing-masing kepenatan. Masing-masing mengecas ‘energy’ dengan bertafakur di dalam dan luar masjid. Sekitar jam 10 pagi, barulah kami mula bertolak ke rumah Fezri. tetapi sebelum itu, kami singgah sebentar di pasar Kundasang. Banyak buah-buahan yang dijual. Segar-segar belaka. Saya beli buah tangan untuk adik-adik usrah yang tersayang. Tiada apa yang mampu dapat saya belikan selain kerepek ubi.

Selepas membeli-belah di pasar Kundasang, kami terus menuju ke Papar. Menuju ke rumah Fezri. Cadangnya mahu ke rumah kak jannah, tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan, kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Menumbok kerana feri sedang menunggu kami. Setibanya kami di Menumbok dalam jam 4.05 petang, feri masih belum jalan. Kawasan pembelian tiket dibanjiri dengan penumpang-penumpang yang ingin pulang ke Labuan kerana cuti raya telah berakhir. Turun sahaja dari van, kami menunaikan solat jama’ dan qasar. Sejurus selepas itu, saya, abang long dan beberapa sahabat lain ambil keputusan untuk balik ke Labuan dengan menaiki ‘speed boat’, dengan harga RM15. Cadangnya mahu naik feri biasa kerana murah, tetapi disebabkan lambat dan penuh manusia di dalamnya, kami ambil keputusan balik naik ‘speed boat’. Walaupun mahal, tapi puas hati sebab cepat. Dalam masa 15 minit sahaja, bot kami sudah sampai Pulau Labuan.

Sampai sahaja di Labuan, saya, abang Long dan Rosman(kami satu bot), berpecah mengikut haluan masing-masing. Saya pergi ke KML kerana dijemput hadir ke jamuan hari raya anjuran Surau al-Irfan, KML.

Pengembaraan hampir 3 hari penuh ini banyak mengajar saya erti menghargai waktu dan nikmat yang sedang dinikmati. Kadang-kadang, sebelum memiliki sesuatu, kita beria-ia hendakkan apa yang dihajati, tetapi bila sudah berada di dalam tangan, kita seolah-olah tidak mengendahkannya. Seolah-olah kita tidak mensyukuri nikmat kurniaan Allah kepada kita selama ini. Akibatnya, bila nikmat yang kita perolehi ditarik balik oleh Allah swt, barulah kita menyesal. Ini yang selalu terjadi kepada umat manusia. Semoga kita tidak menjadi golongan yang rugi.

P/S: Diari perjalanan di atas sebagai perkongsian untuk semua. Ambil dan nilailah apa yang baik serta semoga mendapat manfaat dari catatan tersebut. Baca dengan hati dan nurani.. Bukan dengan mata semata-mata..

Abu Nasih

W. P. Labuan

7 Oktober 2008/7 Syawwal 1429

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: