Skip to content

Cahaya Atas caya (Siri 2)

September 29, 2008
tags:

ADIK YANG PERAMAH

Pukul 7.00 pagi(Julai 2008)

Suasana sekitar dataran nampak meriah. Hampir keseluruhannya adalah pelajar tahun satu. Masing-masing dengan wajah ceria bersembang sesama mereka. Baru berkenalan barangkali. Mungkin banyak yang ingin dikongsikan bersama, walaupun baru kenal. Aku berpeluk tubuh dan diselang-selikan dengan menggosok tapak tangan. Agak sejuk pagi ini. Gunung Kinabalu yang menjadi latar pemandangan dari universiti yang aku sayangi ini kelihatan megah berdiri apabila puncaknya jelas kelihatan tanpa dilitupi kabus pagi yang selalunya tebal. Indah sungguh ciptaan Allah. Seolah-olah meraikan kedatangan pelajar baru yang datang dari seluruh pelusuk tanah air.

Pagi ini, pelajar tahun 1 yang baru dan akan ditempatkan di kampus Labuan sedang beratur di dataran berhadapan dengan Kolej Kediaman E(atau kampung E). Pada kemasukan sesi ini, seramai 700 siswa-siswi baru daripada keseluruhan pelajar baru berjumlah 3000 orang akan meneruskan pengajian mereka di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan selama 3 tahun. Terdapat 2 buah sekolah(atau fakulti) di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan iaitu, Sekolah Perniagaan Dan Kewangan Antarabangsa Labuan(SPKAL) dan Sekolah Sains Dan Informatik Labuan(SSIL).

Mereka semua sedang beratur untuk menaiki bas ke jeti feri yang terletak di Menumbuk. Jarak dari Kota Kinabalu ke Menumbuk adalah sekitar 100 kilometer dan mengambil masa lebih kurang sejam setengah hingga dua jam. Kemudian mereka akan menaiki feri Menumbuk untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan pada jam 10 pagi dan dijangka akan sampai Ke Pulau labuan sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Assalamualaikum, abang. Abang ikut kami balik Labuan ke pagi ni?” sapa seorang pelajar tahun baru. Terkejut aku dibuatnya.

“Err, waalaikummussalam. Iya..Iya.. Abang ikut kamu semua la. Kenapa? Abang tak boleh ikut ke?” Sengaja aku bergurau dengan muka ceria.

“Eh, boleh je, abang. Saya saja tanya tadi. Tengok abang khusyuk je dari tadi. Teringin nak berkenalan dengan abang. Boleh ke? Hehe.” Peramah sungguh adik seorang ini. Aku jadi terpikat untuk lebih mendekatinya. Aku macam pernah nampak dia, tapi di mana? Aku sendiri buntu.

“Mestilah boleh. Bukan apa, abang rasa seronok tengok kamu semua yang akan mengisi kekosongan di kampus Labuan nati.” Spontan aku memberi respon. Entah dia faham, entah tidak.

“Kenapa, bang? Di Pulau labuan, takde orang tinggal ke?”

Memang sah, dia tidak faham.

“Eh, bukanlah, dik. Saja cakap begitu, supaya adik tak nak datang Labuan!” Aku berseloroh sambil ketawa. Dia turut ketawa.

“Eh, dah lama kita berbual. Erm, Nama adik ni apa ye? Nama abang Izzul Islam. Tapi panggil je abang Izzul.” Aku mula memperkenalkan diri.

“Maaf, bang. Patut saya yang perkenalkan diri dulu. Nama saya Manang bin Pintau. Panggil Manang je. Saya dari Sempoarna, Sabah.” Orang Sabah rupanya. Aku ingat orang semenanjung, sebab dialeknya tidak menampakkan yang dia orang Sabah.

Sedang kami leka berbual, nama Manang dipanggil untuk untuk naik bas yang sedang menunggu.

“Okeylah, bang. Kita sembang lagi bila atas feri nanti ye?’

“Okey, Manang. Jumpa di Menumbuk ye.” Aku tiba-tiba rasa janggal bila dia bersalaman dengan aku sambil mencium tangan aku. Serba salah aku jadinya.

Ya Allah, siapalah aku untuk di cium tangan. Kalu dia kenal aku dan tahu apa yang aku buat dibilik sewaktu keseorangan, sudah tentu dia tidak akan mencium tanganku. Tidak layak untuk aku dicium tangan. Aku bermonolog.Hanya Allah sahaja yang tahu hati kecil aku berbicara.

Masa kecil, aku diajar untuk menghormati yang lebih tua dengan bersalaman sambil mencium tangan mereka. Tapi, bila aku sudah besar, aku disiplinkan diriku hanya untuk mencium tangan para ulamak dan umara’ yang mentaati perintah Allah dan RasulNya. Bukan mencium tangan semua orang.Β  Ini ialah apa yang dapat aku simpulkan setelah dewasa. Tetapi, tindakan papa dan mama ku mengajar aku agar mencium tangan orang tua sewaktu aku kecil, tidak aku nafikan kepentingannya. Ia bertujuan untuk mengajar aku agar menghormati orang tua. Aku faham dan aku amat hargai didikan papa dan mama.Aku juga akan mengajar zuriatku sedemikian rupa. Tetapi bila besar, semoga dia dapat nilai apa yang sebaiknya untuk dia amalkan dalam hidup dia nanti.

Tapi jauh disudut hati aku, aku kagum dengan Manang. Dia cepat masuk dengan semua orang. Dia ada potensi. Potensi apa? Dia akan tahu nanti…

Tanpa sedar, bas sudah mula bergerak menuju ke Menumbuk. Tidak sabar aku hendak pulang ke Labuan.

(bersambung…)

8 Comments leave one →
  1. September 29, 2008 2:41 am

    kisah benar atau rekaan semata2?πŸ˜•

  2. Abu Nasih permalink*
    September 29, 2008 2:46 am

    enti rasa?πŸ™‚
    Moga memberi manfaat…..itu harapan ana…

  3. September 29, 2008 3:11 pm

    salam..abg pun sama ek..truskan pjuangan.insyaAllah satu ari kita jmpa..fhmi tringin nk jmpa abg n kak afzan..so nnti kita aturkan ek..slamat ari raya..

  4. September 29, 2008 3:46 pm

    salam…

    Hoh, baru lagi nie…bagus…idea itu yg penting

  5. Abu Nasih permalink*
    September 30, 2008 3:23 am

    Insyaallah,fahmi..abg pun tringn nak jmpa fahmi…mg dimakbulkan Allah..Selamat hari raya buat Fahmi…

    Buat abg salman….hehe..trima kasih atas lawatan abg..πŸ™‚

  6. September 30, 2008 5:37 pm

    nk kata kisah benar pun blh juga….
    cuma tukarkan nama watak je…
    camtu ke?πŸ™‚

  7. Abu Nasih permalink*
    October 1, 2008 11:53 pm

    Sekadar berdasarkan pengalaman dan cetusan ilham dari Allah untuk berkongsi melalui wadah penulisan..:)

  8. October 4, 2008 6:11 am

    ic…pape pun tahniah…
    jgn sia2kan anugerah drNya…
    pertingkatkan lg rs kesyukuran pdNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: