Skip to content

Cahaya Atas Cahaya(Siri 1)

September 27, 2008
tags:

PROLOG

“Tok…Tok… bukan ke itu pak cik yang ada dalam gambar kat dinding tu?” ujar Faris kepada ku sambil menunjukkan ke arah gambar yang tergantung di dinding rumah kami.

Aku sekadar menganggukkan kepalaku sambil tersenyum menonton berita. Perlahan-lahan dan dengan penuh kasih sayang aku mengusap rambut cucu sulungku yang berusia 7 tahun sambil memberi respon.

“Benar Faris.. Orang yang dalam TV itulah di dalam gambar yang tergantung tu.” Timbul rasa bangga dan syukur kepada Allah yang masih memanjangkan umur aku untuk melihat juniorku semasa dikampus hampir 32 tahun yang lalu. Sekarang beliau yang dimaksudkan merupakan orang penting di dalam pemerintahan negara. Negara yang mendapat  keberkatan Allah swt. Suatu yang aku impikan sejak menuntut di universiti lagi. Sekali lagi aku melahirkan rasa syukur pada Allah yang masih memberi aku peluang hidup hingga saat ini. Saat yang ditunggu-tunggukan oleh seluruh pejuang-pejuang Islam. Melihat Islam mulia di bumi Allah.

Keputusan pilihanraya setahun yang lepas telah membuktikan bahawa rakyat telah memberikan lampu hijau dengan rela hati untuk bernaung di bawah panji Islam. Melalui wadah Parti Keadilan dan Kebenaran(PKK), Islam diperkenalkan kepada rakyat Malaysia sejak 89 tahun yang lalu. Tetapi dengan izin Allah secara menyeluruhnya pada hari ini sejak setahun yang lepas rakyat telah membuktikan bahawa mereka mahukan pemerintahan Islam secara syumul dilaksanakan di bumi Malaysia. Tidak kira cina, india apatah lagi melayu, majoriti daripada mereka menerima dengan senang hati modul pemerintahan Islam yang selama ini dicanangkan oleh PKK.

Hari ini aku tersenyum apabila melihat muka juniorku sedang memberikan amanat dihadapan puluhan ribu rakyat yang berbilang kaum sempena merasmikan ‘Tahun Melawat Malaysia 2040’ di Dataran Merdeka.

“Abi..Faris… Mari ke dapur, makan malam dah siap” Batrisya Qistina puteri sulungku memanggil dari dapur.

“Ok, ummi! Jom tok.. Ummi panggil makan.” Sahut Faris.

Lamunanku tersentak. Tanpa sedar air mataku mengalir perlahan.

(bersambung…)

2 Comments leave one →
  1. September 28, 2008 1:01 pm

    teruskan menulis…x sabar nk tunggu sambungan…papepun tahniah ye..🙂

  2. Abu Nasih permalink*
    September 29, 2008 2:20 am

    terima kasih atas sokongan…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: