Skip to content

Sensitiviti Umat ISlam Sekali Lagi Dicabar

September 25, 2008

Oleh: Aliff Bin Basri@Abu Nasih

Sekali lagi sensitiviti umat Islam dicabar oleh musuh-musuh Islam. Dan lebih tidak bertanggungjawab lagi ia dilakukan di dalam bulan Ramadhan. Kali ini, sebuah NGO di Amerika Syarikat bernama Clarion Fund. NGO ini ditubuhkan oleh seorang penerbit filem Kanada yang bernama Raphael Shore. Sekarang dia menetap di Israel. NGO tersebut bertindak mencetak dan mengedar sebuah dokumentari dalam bentuk VCD kepada seluruh rakyat Amerika Syarikat, termasuk di universiti-universiti tempat hmerika Syarikat. Dokumentari tersebut berjudul “Obsession: Radical Islam’s War Against The West”.


Antara isi VCD tersebut ialah sesi wawancara bersama dengan beberapa individu pro-kristian dan Yahudi yang sudah diketahui umum bahawa mereka ini adalah antara yang anti dengan Islam. Antara mereka yang dimaksudkan itu ialah Martin Gilbert, Daniel Pipes dan Steve Emerson. Menurut Clarion Fund di dalam laman webnya, tujuan diedarkan VCD berkenaan ialah untuk mendidik rakyat Amerika Syarikat tentang apa yang dimaksudkan oleh beliau sebagai sentimen radikal Muslim yang sebenar. Ini ditambah lagi dengan kenyataan penerbit bagi dokumentari berkenaan yang pada saya amat kurang sopan dan perlu diajar oleh umat Islam, lebih-lebih lagi oleh golongan yang berautoriti. Penerbit dokumentari berkenaan mengakui bahawa dokumentari tersebut bertujuan untuk menakutkan rakyat Amerika. Pada saya ini merupakan suatu jenayah yang dilakukan secara terang-terangan yang tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam dan masyarakat dunia kerana tindakan beliau ini berupaya menghilangkan perdamaian sesama  umat manusia yang selalunya dicanangkan oleh PBB sendiri. Sekali lagi ditegaskan bahawa satu tindakan keras mesti diambil oleh tihak yang berautoriti untuk membendung masalah ini.

PERANAN MAHASISWA ISLAM

Saya melihat kewujudan GAMIS sebagai suara mahasiswa Islam dalam usaha mendepani cabaran agar Islam sentiasa terus terpelihara. Lebih dari itu, GAMIS juga bertindak sebagai suara mahasiswa secara keseluruhannya tanpa mengira batas agama dan bangsa. Oleh itu, saya mencadangkan kepada GAMIS untuk melakukan satu gerak kerja yang bersepadu untuk berhadapan dengan masalah ini. Berikut adalah cadangan untuk menghadapi masalah di atas:

Kepada Kedutaan Amerika Syarikat:

1) Menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh NGO tersebut kerana ia mampu mewujudkan ketegangan antara agama.

Kepada Masyarakat Islam:

1) Menerbitkan risalah agar mahasiswa dan masyarakat Islam sedar situasi yang sedang berlaku dan perlunya umat Islam bersatu serta beramal dengan Islam.

2) Mempergiatkan lagi dakwah diperingkat sekolah-sekolah seperti yang dilakukan oleh Wise GAMIS, Persatuan anak-anak Negeri dan NGO lain. Penekanan diberikan  kepada aspek akidah dan pengamalan cara hidup Islam.

3) Memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat bukan Islam tentang ISlam dengan memperbanyakkan pertemuan(muqabalah) dengan NGO atau persatuan mahasiswa yang bukan ISlam.

4) Melakukan muzakarah antara persatuan-persatuan mahasiswa Islam yang lain untuk membincangkan jalan penyelesaian bagi masalah salah faham dan anti-Islam ini. Seterusnya bergerak kerja secara berpasukan(bukan sendiri-sendiri) untuk memastikan objektif tercapai.

Peranan mahasiswa Islam secara individu juga perlu dititik beratkan. Beramallah dengan Islam secara menyeluruh. Perbaiki amal ibadah. Tingkatkan ilmu pengetahuan tentang Islam dan juga ilmu pengetahuan tentang musuh-musuh Islam. Tidak kurang penting juga ilmu fardhu kifayah yang sedang di dalami di universiti masing-masing. Teruskan nasihat menasihati antara sahabat-sahabat seperjuangan agar sentiasa berada dalam keadaan sedar dan istiqamah dalam perjuangan.

Saya mengharapkan perbuatan tidak bertanggungjawab ini akan dapat dibendung oleh umat Islam secara keseluruhannya. Saya juga yakin dengan keupayaan pimpinan GAMIS dan persatuan-persatuan mahasiswa Islam yang lain dalam usaha untuk memastikan agama Islam terbela. Teruskan perjuangan kalian dan saya sentiasa menyokong perjuangan kalian.

Ruj: http://www.bharian.com.my/ (bertarikh 24 September 2008)

“HIDUP UNTUK ISLAM”

Abu Nasih @ http://www.jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

25 September 2008/25 Ramadhan 1429

7 Comments leave one →
  1. September 25, 2008 4:04 pm

    Slm..btul2..islam kini makin di cabar..tp kita jgn mudah pantang di cabar..kita hebat sbnrny..jd kita mmpu merangka prncgn yg lbh baik..Tp solat jamaah kene jg dulu..huhu..

  2. Abu Nasih permalink*
    September 25, 2008 5:11 pm

    Hm,betul tu…syukran,akhi…ana sokong sgt…syukran atas peringatan tu…;)

  3. September 25, 2008 5:28 pm

    salam… k’upayaan pihak yahudi dan nasrani mencabar islam semakin menebal… selagi mana umat islam berpecah (umpama buih) selagi itulah umat islam tetap dicabar… lipatgandakan usaha memartabatkan islam…

    banyak sudah, saban tahun islam diseksa dan ditekan… banyakan berdoa dan bermunajat… doa senjata ampuh bagi umat islam… jom qiamullail…

    tegur ana… ana memerlukan teguran dr anta… ana rindukan MQ

  4. Abu Nasih permalink*
    September 25, 2008 5:40 pm

    Insyaallah,akhi…moga kita istiqamah beribadah…moga bantuan Allah sentiasa bersama gerakan Islam dan umat Islam keseluruhannya…

    Ayuh bangkitkan ummah…dengan segala keupayaan yang kita ada…

    ana pun rindu kan MQ ana dan MQ antum…

  5. September 26, 2008 1:40 am

    hmmm…Islam sememangnya menjadi mangsa kafir laknatullah sbb ape??klu kita kenang kembali perang salib di mana salahuddin al-ayubi telah memenangi kristian…jd, sejak itu kristian mula merasakan bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan tentera Islam…lalu mereka merancang strategi lain..iaitu serangan minda terhadap umat islam…dn nampaknya mereka berjaya…buktinya, kita blh lihat sendiri apa yg telah berlaku terhadap umat Islam masa skrg…masih adakah ciri2 muslim dlm diri mereka…jd perlunya sensitiviti dr golongan2 yg sedar ini…sama2 kita usahakan…semoga segala usaha kalian kan dibayar di akhirat nanti..insyaAllah..
    TAKBIR!!!

  6. September 26, 2008 1:41 am

    MQ tu ape? saja tanya…klu x leh tau xpela ^_^

  7. Abu Nasih permalink*
    September 26, 2008 2:22 am

    Btul tu..GHAZWATUL FIKR yang sedang meracuni pemikiran umat Islam yang leka..malah kdg2 dikalangan ahli geraknn Islam sendiri terperosok dalam perangkap yg halus ini…nsht untuk ana sbnrnya…mg kita diampunkan Allah…

    MQ tu kursus pelajar Islam…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: