Skip to content

Ulasan Cerpen: Yang Aneh Itu Lelaki

September 23, 2008

Sekali saya renung tajuknya, saya tidak faham apa yang pengarang maksudkan. Menyebabkan perasaan ingin tahu saya semakin membuak-buak. Jadi saya ambil keputusan untuk membaca cerpen ini. Kebetulan saya memang bercadang untuk membuat sedikit telaah tentang apa-apa sahaja bahan bacaan. Untuk pengajaran diri dan perkongsian ramai.

YANG ANEH ITU LELAKI

Merupakan sebuah cerpen yang dinukil oleh Rebecca Ilham(Rebecca Ilham, atau Becky, adalah pseudonim Hazwani Rameli, seorang pencinta buku, seni, sastera dan fanatik bola sepak. Lahir di Kota Bharu, zaman anak-anak di Bukit Marak, remaja di Pulau Pinang, Sungai Petani dan Ipoh, pra-dewasa di Banting dan belajar di Amerika). Kisah ini berlatarkan suasana asrama di Universiti of New York, Amerika Syarikat. Seperti biasa, selalunya cerpen hanya menonjolkan beberapa watak utama sahaja. Bagi cerpen ini, hanya dua watak yang jelas memainkan peranan, iaitu Amar yang merupakan seorang mahasiswa dan Kamelia yang merupakan seorang pembantu penghuni asrama. Suasana yang ditunjukkan penulis juga memperlihatkan secara tidak langsung budaya hidup bebas di Barat. Ini dibuktikan dengan kehadiran Amar secara bersendirian ke rumah Kamelia.

Dalam cerpen tersebut, Amar digambarkan sebagai seorang homoseksual. Dia datang ke rumah Kamelia bertujuan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan orang ramai yang kononnya menuduh Kamelia seorang yang anti pengguguran anak, seorang yang anti homoseksualiti tetapi pada masa yang sama merestui homoseksual. Apa maknanya? Isu ini yang cuba dikupas oleh pengarang melalui cerpen ini. Amar digambarkan sebagai seorang perokok dan ini tidak disukai oleh Kamelia. Kamelia pula, seperti yang telah disebutkan tadi, beliau merupakan pembantu penghuni asrama di kampus tersebut. Beliau digambarkan seorang yang mempunyai prinsip hidup yang jelas. Kehadiran Amar ke biliknya dan sifat peribadi Amar adalah suatu tindakan yang kontra dengan prinsip hidupnya. Tambahan pula, Amar dan Kamelia berasal dari negara timur yang mempunyai adat, budaya dan agama yang terpelihara. Kamelia juga seorang yang terpelajar. Ini dapat dilihat melalui jawapan-jawapan yang dikemukakan  terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Amar tentang homoseksual dan homoseksualiti. Siap dengan nama penyelidiknya sekali.

Pokok persoalan bagi cerpen ini ialah tentang homoseksualiti, homoseksual dan faktor penyebabnya. Amar membangkitkan persoalan pada Kamelia samada homoseksualiti ini adakah disebabkan oleh pilihan. Kamelia menjawab bahawa homoseksualiti bukan disebabkan oleh pilihan dan juga bukan dilahirkan secara semulajadi dan terus tertarik dengan kawan sejenis.Tetapi sebenrnya ia merupakan keinginan yang bersarang lama tanpa dibendung dan akhirnya subjek menzahirkannya pada suatu masa. Menurut Kamelia lagi, homoseksualiti juga bukan disebabkan oleh biologi. Ini kerana, menurut satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Whitman dari New Zealand selama 13 tahun, setelah dia menekuni dan memilih DNA (selama 13 tahun), tiada satu pun sel homoseksual di dalam badan manusia! Sebenarnya, homoseksualiti ini adalah disebabkan faktor persekitaran. Faktor utamanya ialah didikan ibu bapa sajak dari kecil. Ini berlaku apabila ibu bapa gagal memberi faham kepada anak lelakinya tugas dan tanggungjawab apabila bergelar ‘lelaki’.

Kamelia juga memberi penjelasan bahawa homoseksualiti merupakan suatu orientasi seksual dan pelakuannya adalah secara jelas dilarang oleh Allah swt melalui firma-firmanNya. Walau bagaimanapun, di dalam cerpen ini, dikemukakan satu contoh firman Allah yang berkaitan iaitu di dalam surah Hud, ayat 77-78 yang bermaksud:

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami(para malaikat) itu kepada Lut, dia berasa susah dan berasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata, ‘Ini adalah hari yang amat sulit.’ Dan datanglah kepada kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Lut berkata, ‘Hai kaumku, inilah puteri-puteri(negeri)ku mereka lebih suci bagimu maka bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?’

Menurut Kamelia juga, perlakuan homoseksualiti ini wajib ditolak (tanpa kompromi-tambahan saya), tetapi pelakunya tidak wajib dipulaukan. Ini kerana sekiranya pemulauan ke atas mereka berlaku, ia sebenarnya mengundang bahaya yang lebih besar kepada masyarakat seluruhnya. Tindakan mendiskriminasi ini mampu membawa impak negatif dan semakin memburukkan lagi keadaa. Kamelia memberi contoh kewujudan ‘Al-Fatiha Faoundation’. Ia merupakn sebuah pertubuhan homoseksual yang didukung oleh muslim! Kerana apa? Kerana mereka disisihkan dan dipinggirkan.

PERANAN DAIE

Saya memandang cerpen ini sebagai wadah untuk lebih memahami mad’u. Subjek yang hendak di dakwah perlu difahami latar belakangnya, pendidikannya, cara mereka berfikir, kegemarannya, dan pelbagai lagi faktor agar para duat dapat menyusun strategi untuk memastikan subjek (mad’u) dapat menerima maudu'(bahan) dakwah. Dalam konteks semasa, golongan homoseksual merupakan golongan yang masih agak terpencil di negara kita, akan tetapi, ia perlu di ubati agar tidak merebak dan seterusnya mampu menghancurkan masyarakat suatu hari kelak. Mereka ini perlu didekati oleh pada duat dan bukan menunggu untuk didekati. Mereka ini adalah golongan yang perlu difahami terlebih dahulu, barulah mengajak mereka cuba memahami apa yang kita bawa. Jika kita tidak fahami mad’u, di khuatiri maudu’ yang hendak disampaikan itu, tidak mencapai objektifnya. Kita perlu tentang perbuatan itu, tetapi kita tidak boleh membiarkan pelakunya terus menerus di dalam kesesatan. Mereka perlu didekati para duat.

Tugas kita adalah menyampaikan dakwah Islamiyyah tanpa jemu. Para duat harus melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu psikologi manusia agar dapat memahami manusia ciptaan Allah ini dengan lebih dekat. Tidak cukup hanya dengan memahami syariatullah, tetapi kena memahami juga sunnatullah. Ini pernah diterangkan oleh Ustaz Hasrizal(www.saifulislam.com).

Setakat ini sahaja ulasan saya tentang cerpen ini, yang berkesan menjadi guru buat saya. Agar lebih menyedari hakikat bahawa, KITA DATANG DARI ALLAH, DAN AKAN KEMBALI PADA ALLAH. Terima kasih buat penulisnya. Teruskan menulis dan saluti dengan dakwah, nescaya tidak sis-sia di sisi Allah.

Rujukan:

http://rebeccailham.blogspot.com/.

Majalah Dewan Kosmik, Bulan September 2008

http://www.saifulislam.com

“PERKASAKAN DIRI, MARTABATKAN ISLAM”

Abu Nasih@www.jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

23 SEPTEMBER 2008/23 RAMADHAN 2008

4 Comments leave one →
  1. September 24, 2008 12:00 am

    Assalamualaikum..Blog yang berwajah baru..agak kontoemp..:-) truskan usha ya akhi!!

  2. Abu Nasih permalink*
    September 24, 2008 2:31 am

    Waalaikummussalam..syukran adik ku…mohon tunjuk ajar dari nta juga ye..kalau dapat, tolong komen artikel ana setiap kali keluaran..ana ingin perbaiki, insyaallah…

  3. September 24, 2008 10:27 am

    Salam,

    terima kasih atas ulasan. Sebagai latar, cerpen ini saya tulis sebaik saya berjaya menjawat jawatan sebagai pembantu residen di kolej kediaman universiti. Salah satu isu yang dibangkitkan secara mendalam sewaktu temuduga adalah ‘bagaimana menangani residen yang berbeza orientasi seksualnya.’ Dan cerpen ini adalah jawapan saya secara panjang lebar (tidaklah saya menjawab dengan sebegitu panjang lebar semasa temuduga!).

    Terima kasih kerana membaca! Anda menyatakan berminat menulis, apa lagi, mulakanlah ayat pertama!

  4. Abu Nasih permalink*
    September 24, 2008 4:19 pm

    Oh, begitu…teruskan menulis ye…saya menanti hasil karya terbaru saudari…
    Terima kasih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: