Skip to content

Bersahur Dengan Para Jundullah UMS KAL

September 23, 2008
JAM 8.15 MALAM
“Salam, abg aliff sahur jam brapa ye mlm ni? M, Nadil nak belanja abg sahur malam ni, boleh? Itu pun kalau abg sudi.”

Nadil mesej saya malam tadi.

“Salam, Ish, tak perlu susah-susahlah Nadil. Abg yang patut belanja Nadil.” Saya malu bila adik nak belanja saya. Patut saya yang belanja dia.

“Eh, tak pe la abg.. Biar Nadil belanja abg malam ni, k? Dalam jam1 pagi nanti ye..di Kafe.”

“Hm, kalau gitu, ok..Jumpa di kafe jam 1 pagi ye?”

JAM 3.10 PAGI

Saya baru sahaja balik dari bersahur dengan Nadil tadi. Dia belanja saya Nasi Goreng Pattaya. Antara makanan favourite saya selain tom yam dan masakan asam pedas. Makan malam dilengkapi dengan nescafe ais. Memang tidak tidurlah jawabnya.

Sewaktu makan, seorang lagi adik usrah saya, Imran, berasal dari Perak dan berdarah Pakistan turut serta dalam ‘pesta sahur’ kami pagi tadi. Saya mula buka persoalan dengan bertanyakan maklum balas tentang usrah gabungan yang telah diadakan pada Sabtu lepas. Kalau-kalau ada persoalan yang belum terjawab. Perbincangan pagi tadi pada saya merupakan perbincangan yang amat bermakna. Kepuasan bukan sahaja pada diri mereka yang mendapat jawapan hasil pertanyaan mereka kepada saya, tetapi saya juga merasa puas kerana dapat belajar sesuatu daripada mereka. Soalan yang bertubi-tubi berkisar tentang al-quran, harakah dan dakwah mengajar saya erti kesabaran untuk menjawab setiap persoalan mereka.

Sepekara yang perlu saya sedar ialah, bukan semua soalan tersebut, saya dapat jawab atau dapat jawab dengan baik. Saya juga adalah golongan yang masih belajar, jadi suka saya tekankan kepada adik-adik saya yang saya sayangi agar segala pandangan dan jawapan saya bukan bersifat mutlak. Jika ada yang tidak setuju, kita bleh berbincang. Saya jenis open. Ini yang saya selalu tekankan dalam usrah. Akan tetapi, jika tentang hukum, saya akan tegaskan setakat yang saya tahu. Jika tidak, akan saya rujuk pada yang lebih arif. Percambahan minda melalui perbincangan, bukan untuk menguji banyak atau sikitnya ilmu, tetapi adalah untuk mencari kebenaran. Jika ada yang lebih baik, kita ambil pendapat dan pandangan yang lebih baik. Semuanya tidak boleh lari dari al-Quran dan sunnah. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan berbincang, tapi mesti diamalkan.

SEKITAR PERSOALAN

Persoalan yang timbul kebanyakkannya adalah berkaitan dengan isu-isu dakwah. Isu ummah. Saya kagum dengan adik Imran yang arif tentang isu dakwah. Pagi tadi dia mengupas perbahasan diantara Dr Zakir Naik dengan pemimpin dan penganut Kristian. Ada 3 persoalan yang dibangkitkan iaitu:

1) Benarkah Islam tersebar kerana mata pedan?

2) Kenapa umat Islam menyembelih korban dan memakan daging binatang(lembu, kambing dan sebagainya)? Bukankah itu menyeksa binatang?

3) Kenapa Islam kelihatan seolah-olah menindas wanita? Contohnya, memakai tudung, purdah, tinggal di rumah.

Persoalan-persolalan ini dijelaskan dengan panjang lebar oleh Imran. Jadi ketika itu,seolah-olah dia sedang menjadi Naqib saya. Seronok saya mendengarnya. Nadil juga turut tawadhuk mendengar penjelasan sahabatnya. Ingin sahaja saya berkongsi dengan pembaca secara panjang lebar tentang persoalan yang ditimbulkan, tetapi saya kesuntukan masa pagi ini. Insyaalah, akan datang jika ada kesempatan dan peluang, saya akan kongsikan intipati penjelasan yang telah Imran kongsikan bersama. Ini peristiwa yang berlaku di Kafe. Sedar tidak sedar, jam sudah menunjukkan jam 2.40pagi. kami berada di kafe sejak jam 1.15 pagi tadi.

SEBELUM BERPISAH

Sebelum berpisah ke bilik masing-masing, Nadil mula pergi kepada persoalan berkisar tarbiyyah diri. Persoalan yang kadang-kala diabaikan atau terabai oleh seseorang yang mengaku pejuang Islam. Saya kagum dengan Nadil, kerana di amat bersungguh-sungguh hendak berubah ke arah yang lebih baik. Dia merupakan seorang peserta debat. Diperingkat UMS KAL, kumpulannya menang. Pada saya, Nadil aset kepada kebangkitan Islam. Kualiti semangat dan ‘softskill’ yang ada padanya, pada saya tidak boleh dipersia-siakan. Kebolehannya perlu diasah dan disaluti dengan nilai ketaqwaan yang mendalam kepada Allah. Dengan taqwa dan kefahaman yang jelas tentang Islam dan perjuangan, mampu menjadikan kebolehan debat yang dia miliki, digunakan sebaik mungkin untuk dakwah Islamiyyah. Harapanku, agar Nadil teruskan istiqamah mencari hidayah Allah, mencari kefahamn Islam dan perjuangan menegakkan Islam. Dia kena kuat untuk menghadapi ujian menentang hawa nafsu. Memang itu perjuangan asasi umat Islam. Belum lagi masuk dalam aspek melawan pemimpin toghut…

KEBIMBANGAN

Timbul kebimbangan di hati saya. Selama ini, dalam proses pembentukan jundu berlaku, sejauh mata penekanan diberikan terhadap fardhu ain? Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Lain tempat, lain keadaannya. Fardhu ain melibatkan pengetahuan asas tentang bagaimana menjalani kehidupan sebagai muslim. Tentang solatnya, wudhuknya dan cara bergaul. Ini adalah sebahagian daripadanya. Ada di antara ahli yang mengaku berjuang di jalan Allah, hebat bila bercakap bab-bab perjuangan, lantang bila menyuarakan isu semasa, tetapi bila ditanya persoalan asas bab solat, masih tidak dapat dicerna dengan baik. Masih tidak faham banyak perkara tentang solat. Benar, lain orang, lain tahap kefahamannya. Cepat atau lambatnya seseorang itu belajar bergantung kepada kesungguhan individu itu sendiri.

Syabas saya ucapkan kepada yang bersungguh-sungguh hendak belajar Islam, tambah-tambah lagi bab solat(ini hanya contoh). Cuma yang menjadi kebimbangan sebenar di sini ialah, ke mana hala tuju nuqaba’ membawa adik-adiknya? Apa sebenarnya niat di hati para nuqaba’ dalam usaha mendidk adik-adik usrah? Adakah kayu ukur para nuqaba’ mendidik hanya sekadar mereka mereka di bai’ahkan? adakah sekadar itu sahaja matlamat nuqaba’? Adakah sekadar berbangga dapat menarik adik-adik ikut semua program dianjurkan? Atau ada lebih jauh daripada itu?

Pada pandangan saya, nuqaba’ mesti bercita-cita agar adik-adik usrah menjadi lebih baik dari semalam. Aturlah strategi agar adik-adik usrah mampu berdikari dengan menjadikan Islam sebagai amalan hidup. Pada masa yang sama, selitkan juga kewajipan berdakwah dan berjuang untuk Islam. Seterusnya ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Tetapi, proses itu tidak hanya terhenti setelah adik-adik berjaya ditarik untuk ke program. Lebih dari itu, para nuqaba’ mesti terus membimbing dan memantau adik-adik agar istiqamah dalam mengamalkan Islam di dalam kehidupan mereka. Proses menyemak kefahaman adik-adik tentang konsep asas dalam Islam amat penting dan pada masa yang sama dihiasi dengan semangat dan kefahaman yang jelas tentang tanggungjawab sebagai Muslim.

Saya khuatir satu hari nanti, akan lahir ahli-ahli yang hanya nampak hebat apabila bercakap, tetapi hakikatnya mereka ini tidak cerna ilmu asas fardhu ain. Semoga para nuqaba’ sentiasa berusaha untuk memberi faham tentang Islam pada adik-adik. Dorongi mereka untuk sentiasa menuntut ilmu Islam. Nuqaba’ tidak dapat menyuap semua perkara tentang Islam, tetapi, usahalah sebaik mungkin dengan dorongan, saranan, semangat dan motivasi yang berterusan agar adik-adik terus dapat istiqamah dalam perjuangan.
Ini sekadar cetusan hati yang bimbang dengan situasi semasa. Apa yang baik, renungkan dan kita sama-sama bertindak. Hanya untuk Islam dan kerana Allah.

“TERUSKAN PERJUANGAN PARA NUQABA’ SEKALIAN”

Abu Nasih
W. P. Labuan
23 SEPTEMBER 2008/23 RAMADHAN 1429

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: