Skip to content

Kenangan Di Kota Belud

September 22, 2008

Kota Belud sungguh unik, seunik namanya. Ia adalah antara kawasan terbentangnnya sawah padi. Sikap masyarakatnya yang peramah dan baik hati menyebabkan saya tidak dapat lupa kenangan indah bersama keluarga angkat saya yang juga merupakan penduduk tempatan sewaktu menyertai program Himpunan Mahasiswa Sabah anjuran Persatuan Siswazah Sabah(PSS) pada bulan 12 tahun lepas.

Program tersebut yang dianjurkan bertujuan untuk memberi kursus intensif secara teori dan praktikal tentang cara-cara berdakwah kepada masyarakat Sabah, amat memberi kesan kepada saya. Dua hari terakhir selepas kursus berlangsung secara teori, kami, para peserta diagih-agihkan kepada keluarga angkat kami yang terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Rosok, Kota Belud.

Saya dan sahabat saya, saudara Syukri diserahkan kepada sebuah keluarga yang amat sederhana hidupnya. Abang Razak menjemput kami dengan menggunakan kereta jirannya. Sewaktu menuju ke rumah Abang Razak, hati saya menjadi ‘panas’ apabila melihat jalan yang kami lalui penuh dengan lopak air dan berlumpur.

“Apa yang BN buat selama memerintah Kota Belud ni?” Bentak hati saya.

Padahal, Sabah antara negeri yang kaya dengan sumber asli, tetapi di mana kekayaan tersebut digunakan?

Tetapi hati saya kembali lembut bila melihatkan anak-anak saudara Abang Razak yang comel-comel sedang menyambut ketibaan kami di depan pintu rumah mereka. Semuanya masih kecil. Seramai 3 orang dan sekitar umur 1-4tahun. Sebaik sahaja sampai di rumah Abang Razak, kami berkenalan dengan ahli keluarga Abang Razak. Rumah itu dihuni oleh ibu bapa abang Razak, kakak dan abang ipar abang Razak, serta anak-anak abang razak yang masih kecil.

Abang ipar abang Razak sangat peramah. Kami berbual panjang tentang keluarga masing-masing. Kami jadi sedikit terkejut apabila dimaklumkan bahawa ibu bapa abang Razak masih belum Islam. Maknanya, dalam satu rumah, wujud insan yang hidup dalam keadaan berlainan agama yang terdiri daripada anak beranak. Ini pertama kali saya berhadapan dengan situasi sebegini rupa. Menurut abang ipar abang Razak lagi, dalam beberapa minggu lagi semasa raya Haji, ibu bapa abang Razak akan memeluk Islam.

ALLAHHU AKHBAR!

Gembiranya hati saya mendengar berita tersebut. Saya jadi kagum pada abang Razak dan abang iparnya itu, kerana walaupun ilmu mereka tentang Islam kurang, tetapi semangat mereka untuk menarik ibu bapa mereka (bahkan penduduk sekitar) untuk memeluk agama fitrah ini amat kuat. Ini kerana, bukan sahaja mereka bercita-cita hendak melihat pengislaman ibu bapa mereka, bahkan mereka bercita-cita untuk menarik penduduk sekitar menganut agma suci ini juga. Saya teringat kisah yang berlaku kepada sahabat Nabi saw, iaitu Abu Dzar al-Ghifari. Beliau merupakan perompak dan berasal daripada keluarga yang menjadikan merompak sebagai kegiatan utama keluarga tersebut. Akan tetapi, sebaik sahaja beliau memeluk Islam, beliau menyebarkan ajaran suci ini kepada seluruh kerabat keluarga beliau. Dan akhirnya, beliau berjaya mengajak seluruh kerabat keluarga beliau untuk memeluk Islam. Ini semangat yang ditunjukkan oleh sahabat Rasulullah saw sebaik sahaja mendapat nikmat iman di dada.

Semangat untuk menyebarkan Islam ini saya lihat turut ada pada abang Razak dan abang iparnya, walaupun tidak mempunyai ilmu yang banyak tentang Islam.

Tetapi kita pada hari ini, ilmu banyak, tapi sayangnya, kita masih gagal mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk menyebarkan Islam kepada rakan-rakan yang bukan Islam. Bukan sahaja kepada rakan-rakan bukan Islam, bahkan kepada saudara-saudara seagama juga, kita takut hendak menyampaikan ajaran Allah.

Hakikatnya, di luar sana, ramai yang belum tahu tentang Islam dan mereka sebenarnya ingin tahu tentang Islam. Dakwah perlu diperkasakan. Organisasi dakwah perlu diperhebatkan gerak kerjanya agar menjadi lebih efisien dan efektif.

Teruskan berdakwah….

Abu Nasih @ http://www.jurnaldaie.wordpress.com

W. P. Labuan

22 September 2008/22 Ramadhan 1429

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: