Skip to content

Al-Quran Mengajak Untuk Berbahagia

September 9, 2008

Salam Mujahid,

“Al-Quran mengajak untuk berhusnu zon (berprasangka baik atau berfikiran positif) terhadap Allah, mengajak untuk bertawakkal kepadaNya, sentiasa optimis, yakin akan janjiNya, menantikan pertolongan daripadaNya dan menyakini bahawa selepas kesusahan pasti datang kemudahan. Al-Quran memperingatkan kepada kita untuk tidak bersedih hati dan menyesali apa yang telah terjadi, kerana itu semua sememangnya telah tertulis, serta jangan takut dan khuatir terhadap sesuatu yang akan datang, kerana perkara tersebut merupakan sesuatu yang masih ghaib.

Al-Quran menjanjikan kekayaan selepas kemiskinan, menjanjikan kemuliaan selepas kehinaan. Al-Quran melarang untuk bersikap putus asa, berprasangka negatif dan melarang sikap ragu. Al-Quran memerintahkan untuk mengeluarkan perkara-perkara yang merosakkan jiwa dan menyingkirkan pelbagai penyakit hati seperti iri hati, dengki, dendam, permusuhan dan pergaduhan. Al-Quran memerintahkan untuk menjauhi sikap gemar mencari kesalahan dan kekurangan orang lain serta memerintahkan untuk menjauhi sikap senang dan berpuas hati terhadap kesalahan dan musibah yang menimpa orang lain.

Al-Quran memerintahkan supaya gemar memaafkan, toleransi, bersabar dan berbaik hati kepada sesama (manusia), memerintahkan untuk menyimpan amarah, mengendalikan emosi dan berakhlak mulia. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab termulia yang mengajak kamu untuk sentiasa memiliki hati yang senang dan berbahagia. Al-Quran membawa khabar gembira kepada kamu berupa perinmtah untuk selalu tenang, tabah, bahagia dan sentiasa bersikap optimis. Ini kerana selepas malam pasti datang fajar, di balik bukit pasti terdapat sebuah taman, setelah gurun sahara pasti terdapat sebatang sungai, di sebalik batu besar dan keras pasti terdapat sumber mata air yang sejuk, di sebalik terik sinar matahari, terdapat tempat berteduh dan selepas lelah pasti kamu boleh menemukan rehat dan tidur yang lelap.”

FirmanNya:

“Sesungguhnya selepas kesukaran terdapat kemudahan.” (al-Insyirah: 5)

Sumber: “Hakaza Hadathana az-Zaman”, Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni

P/S: Jadikan al-Quran teman yang paling utama….

Abu Nasih
W. P. Labuan
9 September 2008/9 Ramadhan 1429

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: